Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Thursday, February 28, 2013

Ayah...PR tu apa?

Di sebuah negara yang bernama Malaysia, ada seorang anak bernama Jauhar (bukan nama sebenar) yang umurnya masih belum akil baligh sedang bersantai bersama ayahnya Abuzar (juga bukan nama sebenar) di suatu petang minggu di bawah rimbunan pokok gharqad. Tiba-tiba si anak bertanya kepada ayahnya;

Jauhar: Ayah...BN tu apa?

Abuzar: Ohh...BN tu parti Barisan Nasional yang merupakan sebuah parti gabungan 14 parti lain seperti UMNO, MCA, MIC, Gerakan, PBB, Pesaka dan beberapa lagi. BN ditunjangi oleh UMNO; dan antara perjanjian, permuafakatan dan persetujuan antara parti dalam BN, menetapkan jika BN menang PRU, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri mestilah dipilih dikalangan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO.

Jauhar: Ayah...PR tu apa pulak?

Abuzar: PR?

Jauhar: Pakatan Rakyat...

Abuzar: ?????...entahlah nanti ayah check kat senarai daftar ROS ada ke tak nama Pakatan Rakyat tu.

Jauhar: Ayah...bendera BN macam mana bentuknya?

Abuzar: Bendera BN berwarna biru dan terdapat logo dacing berwarna putih di tengah benderanya.

Jauhar: Ayah...bendera PR macam mana pulak?

Abuzar: ?????...tak pastilah nak. Nantilah ayah search dulu kat internet tengok macam mana rupanya bendera PR tu.

Jauhar: Tapi kalau PR menang PRU, siapa pulak yang akan jadi Perdana Menteri..ayah?

Abuzar: ?????...PR tu boleh menang PRU ke? Tapi ayah pun tak pasti. Mungkin mereka bersetuju untuk tidak bersetuju Mahfuz jadi PM kot.

6 comments:

  1. HAHAAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAAH! Konon nak melawak tapi menampakkan kebodohan diri sendiri.

    ReplyDelete
  2. Dari buat benda tak berfaedah ini, elok kau istiqomah berjamaah di- masjid. Sabda Nabi SAW,“Seberat-berat solat ke atas golongan munafiq ialah solat `Isya’ dan solat Subuh. Jika mereka tahu kelebihan pada kedua-dua solat tersebut, tentu mereka akan menunaikannya (secara berjemaah) walaupun dengan cara merangkak (ke tempat solat)."HR Bukhori & Muslim

    ReplyDelete
  3. PR=pemusnah rasuah

    ReplyDelete
  4. eleh cai2 ni suma. dari sibuk komen kat sini bih baek tolong reka bendera pr ke..pegi daftar pr kat ros ke..baru ler orang ramai tak petikai. lagi bepaedah. ni nak undi sape pun tak taw. bendera pun laen laen. ada orang suka pas tapi tak suke pkr ngan dap pun tetap pr kalah. ade yang tak suke pas ngan pkr dan dap saje yang menang pun pr tetap kalah. tak jugak dapat printah. nampak sangat isu kecik macam bendera dan register pun tak besatu pas dap pkr. nak buat bendera ngan daftar ros pun jadi masalah besar. so ape gune undi pr membazir buang mase.

    ReplyDelete
  5. Die nye blog, suke die le, hang gi bace apehal.

    ReplyDelete
  6. pr bererti pekenakan rakyat,betul tak bad wahub anak yg bongsu.

    ReplyDelete

Blog Archive