Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Tuesday, August 18, 2009

Apa Itu MALAYAN UNION?

Pada tahun 1943, Jabatan Negara bagi Tanah dan Jajahan Takluk Britain merancang hendak menjadikan Negeri-negeri Melayu sebagai "Jajahan Takluk (Koloni) Britain", apabila sahaja Jepun dikalahkan dalam peperangan (Perang Dunia Kedua). Britain bercadang hendak menggabungkan `Negeri-negeri Melayu Bersekutu' iaitu Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan; dengan `Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu' iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis; dan tiga Negeri-negeri Selat iaitu Pulau Pinang, Province Wellesly dan Melaka menjadikannya Negara Malaya Bersatu atau MALAYAN UNION, di bawah satu pentadbiran pusat, diperintah oleh seorang Gabenor Inggeris. Malayan Union akan menggantikan pemerintahan beraja di Negeri-negeri Melayu, dengan cara:

1. Memansuhkan kedudukan Negeri-negeri Melayu yang berdaulat dari berada di bawah `naungan' Kerajaan british, kepada Jajahan Takluk (Koloni) yang dikuasai penuh oleh British;

2. Mengawal dan mengurangkan kuasa politik orang Melayu;

3. Menghapuskan kuasa Raja-raja Melayu, termasuk sebagai Penaung Agama Islam dan Ketua Adat Resam Melayu. Sebuah `Majlis Penasihat Islam dan Adat Resam Melayu' akan ditubuhkan oleh Kerajaan MALAYAN UNION kelak. Majlis itu akan dipengerusikan oleh Gabenor Inggeris, dengan Raja-raja Melayu menjadi ahli-ahlinya. "Majlis Penasihat" itu akan berperanan sebagai kuasa penimbal untuk memutuskan fatwa-fatwa berkaitan dengan agama Islam dan perkara-perkara berkenaan adat resam orang Melayu;

4. Mewujudkan hak kerakyatan sama taraf (Common Citizenship), dengan syarat kelayakan yang longgar, bagi semua penduduk Malaya, tanpa mengambil kira bangsa atau keturunan;

5. Memastikan sumbangan kaum-kaum pendatang sebagai pelabur dan sumber tenaga kerja dipelihara dan diutamakan, untuk memajukan ekonomi MALAYAN UNION;

6. Menghapuskan hak-hak istimewa untuk orang Melayu, termasuk peruntukan tanah simpanan Melayu (Malay Reserve Land) dan jawatan-jawatan penting dalam pentadbiran kerajaan.

2 comments:

  1. jang,

    sambong la laie ese tulih sekorat yo.... panjang laie tu hah ,....

    apo pun den suko bonar dengar bab sejarah nie...moga moga ada lah anak melayu yang sedar sikit.... ds hisham jangan lah terasa hati .... walaupun statement dia baru nie mengatakan keinginan bangsa dimalaysia disatukan seperti Malayan Union tapi 1Malaysia bukan Malayan Union..... sekurang kurangnya melayu masih ada pegangan dan hak di negeri sendiri tak seperti dasar malayan union yang tuan hamba gambarkan.

    tq......

    ReplyDelete
  2. tapi atok polik sikit lah. bilo paneh menulih artikal tontang sejarah yang semestinya hak semuo, anon-anon yang selalu menghentam paneh tu tak ponah nak nak komen sikti pun. kalu komen pun pasti komen yang bangang yang tak sikitpun menyentuh tentang artikal tersebut. jadi, manusio ni lah yang dikatokan mentaliti kelas ketigo yang disobut dek anak buah atok tu

    ReplyDelete

Blog Archive