Beberapa pemimpin Melayu semasa, seperti Dato' Onn Ja'afar, Dato' Abdul Wahab (Dato' Panglima Bukit Gantang), Dato' Nik Ahmad Kamil (Kelantan), Dato' Hamzah Abdullah dan Zainal Abidin bin Ahmad (Pendeta Za'ba) dari Selangor dan lain-lain, telah terlebih dahulu mendengar berita berkenaan penyerahan negeri oleh Raja-Raja kepada Kuasa Inggeris. Berita itu disampaikan oleh pembesar-pembesar Melayu yang telah menjadi saksi di upacara tandatangan 'Kertas Penyerahan Kuasa' di antara Raja mereka dan Sir Harold MacMicheal.
'Kertas Putih' yang dibentangkan di Dewan Parlimen British pada 22 januari 1946, telah menggariskan rang undang-undang Perlembagaan Malayan Union, yang akan dikuatkuasa kelak. Untuk pengetahuan rakyat umum, 'Kertas Putih' itu telah kemudiannya disiarkan oleh Pentadbiran Tentera British (BMA) di Tanah Melayu. Apabila orang Melayu menyedari tentang rancangan Inggeris itu, maka mereka merasa marah dan kecewa terhadap Inggeris yang dianggap sebagai sahabat dan "penyokong pagar" menjaga dan memelihara kepentingan orang Melayu.
Sebaliknya, "Sokong membawa rebah". Bagi mereka, Inggeris telah mengkhianati kepercayaan orang Melayu. Rakyat juga berasa kecewa dengan sikap kejujuran dan keikhlasan Raja-Raja Melayu, yang dianggap sebagai 'Payung Ketuanan Bangsa'; di bawah mereka, rakyat tumpang bernaung. Sebaliknya, Raja-Raja dengan mudahnya telah diperdaya oleh Inggeris.
Rancangan British yang diumumkan melalui 'Kertas Putih' telah juga menggariskan rangka Perlembagaan Malayan Union yang akan dikuatkuasakan kelak. Justeru itu, kuasa Raja-Raja Melayu akan dilucutkan, termasuk sebagai `Penaung Agama Islam dan Ketua Adat Resam Melayu'. Tamadun Melayu, yang telah dibina sebegitu lama dengan corak pemerintahan beraja, serta kedudukan Bahasa Melayu akan tergugat. Gabenor Malayan Union akan diberi kuasa mutlak untuk memerintah dan mentadbir Tanah Melayu, termasuk mempengerusikan "Jawatankuasa Islam dan Adat Resam Melayu", yang akan diwujudkan oleh Kerajaan Malayan Union nanti.
Di bawah pemerintahan Malayan Union kelak, hak-hak keistimewaan orang Melayu, seperti peruntukan tanah simpanan Melayu (Malay Reserve Land) dan jawatan-jawatan penting dalam pentadbiran kerajaan, yang biasanya disandang oleh orang Melayu, akan dihakis. Orang melayu akan dipaksa bertanding sama rata dengan bangsa-bangsa pendatang untuk merebut segala kemudahan dan peluang dalam semua bidang perusahaan, perniagaan dan pekerjaan.
Orang Melayu sewajarnya membantah dan menentang dengan sekeras-kerasnya rancangan yang membelakangkan kepenetingan mereka itu. Mereka menganggap rancangan Inggeris itu adalah cabaran yang menyinggung maruah, martabat dan kedaulatan Bangsa dan Negeri Melayu. Orang Melayu berazam akan menentang berhabis-habisan, sehingga rancangan Inggeris itu dimusnahkan.
Maka kedengaranlah seruan supaya orang Melayu bersatu padu untuk bertindak. Pemimpin-pemimpin Melayu di seluruh Semenanjung telah menghimpunkan beribu-ribu rakyat dan menubuhkan bermacam jenis dan bentuk pertubuhan, pergerakan, kesatuan, persatuan, perikatan, persekutuan; kesemuanya dengan tujuan menyatupadukan umat bangsa untuk bertindak.
Pemimpin-pemimpin Melayu sedar akan kelemahan Bangsanya. Di bawah Kerajaan Malayan Union nanti, kedudukan orang Melayu akan menjadi lebih buruk lagi jika dipaksa bertanding sama rata dengan bangsa-bangsa pendatang. Pemimpin-pemimpin Melayu sedar bahawa orang Melayu telah jauh ketinggalan dalam semua bidang perusahaan dan pelajaran. OranG melayu akan pupus dan akan ditenggelamkan oleh kaum-kaum pendatang, seperti apa yang terjadi kepada kaum 'Red Indian' di Amerika Syarikat.

No comments:
Post a Comment