Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Friday, August 21, 2009

Tindakan Orang Melayu Membanteras Penubuhan Malayan Union

Sepanjang bulan Januari hingga Mac tahun 1946, terdengar seruan supaya umat Melayu bersatu padu untuk menghadapi bencana dari rancangan Inggeris itu. Seruan itu kedengaran bergema di seluruh Semenanjung, dari Perlis hingga ke Singapura. Akhbar-akhbar Melayu seperti Utusan Melayu, Majlis dan lain-lain, turut mengecam Kerajaan Inggeris dan menyeru umat Melayu supaya bersatu padu.

Dato' Onn, pada ketika itu berada di Batu Pahat sebagai Pegawai Daerah, telah mendapat berita tentang penyerahan Negeri Johor kepada Kerajaan Inggeris. Dengan bantuan, sokongan dan kerjasama pegawai-pegawai Kerajaan Melayu, penghulu-penghulu, ketua-ketua kampung, guru-guru, imam dan alim-ulama serta rakyat Melayu seluruh Daerah Batu Pahat, Dato' Onn telah menubuhkan 'Pergerakan Melayu Semenanjung Johor' (PMSJ) pada 3 Januari 1946, dengan tujuan untuk:

1. Menyatupadukan orang Melayu untuk menghadapi segala dan apa jua kemungkinan dari rancangan Inggeris menubuhkan Malayan Union;

2. Bergerak dengan sebulat suara dan satu tekad untuk menentang dan menghapuskan rancangan Inggeris menjadikan Tanah Melayu jajahan takluknya.

Di samping itu, Dato' Onn menyambut seruan umum, supaya orang Melayu bersatu. Beliau mengirim sepucuk surat kepada Utusan Malaysia bertarikh 23 Januari 1946, memohon disiarkan, mengajak pemimpin-pemimpin Melayu di seluruh negara berhimpun mengadakan suatu Kongres untuk membincangkan perkara penubuhan Malayan Union serta memimirkan tindakan dan langkah-langkah yang perlu diambil untuk membanteras rancangan kerajaan Inggeris itu.

Dato' Onn mengesyorkan penubuhan satu 'Pertubuhan Kebangsaan' yang dinamakan 'Pertubuhan Melayu Bersatu' atau United Malays Organisation (UMO) kemudian dinamakan UMNO/Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu [perkataan Kebangsaan dicadang tokok oleh Pendeta Za'ba), untuk menjadi pertubuhan induk mewakili keseluruhan umat Melayu. Beliau mengajak semua persatuan, pergerakan dan kesatuan Melayu di Semenanjung dan Singapura menghantar wakil-wakil mereka ke Kongres itu.

Mulanya, Dato' nn mencadangkan Kongres diadakan di Melaka, mengambil sempena semangat 'Hulubalang Melayu, Tun Tuah' dengan tujuan membangkitkan semangat juang orang Melayu. Tetapi cadangan Dato' Onn itu terpaksa dipinda oleh kerana pertubuhan dan Persatuan Melayu Negeri Melaka tidak mempunyai kemudahan untuk menjadi tuan rumah. Dengan kerjsama Persatuan Melayu Selangor yang dipimpin oleh Encik Zainal Abidin bin Ahmad (Za'ba) dan Pergerakan Kebangsaan Melayu Selangor yang diketuai oleh Dato' Hamzah bin Abdullah, serta dengan bantuan kewangan dikurniakan oleh DYMM Sultan Sir Hishamudin Alam Shah, Selangor, maka persidangan Kongres diputuskan untuk dilangsungkan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur, dari 1 hingga 4 Mac 1946.

2 comments:

  1. UMNO memang 100% tiada harapan di Permatang Pasir. Untuk mengelak kan dari malu mereka telah meletak kan seorang calun yang ada masalah. Perkara ini memang dibuat secara kebetulan.

    Perbuatan ini se mata2 untuk menutup malu bahawa UMNO sudah tidak di terima oleh rakyat.

    Calun yang akan kalah dan pasti kalah ini akan dijadikan alasan - "UMNO kalah kerana salah pilih calun".

    ReplyDelete
  2. Salam

    Selamat menjalani ibadah puasa Ramadhan 1430H

    ReplyDelete

Blog Archive