Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Monday, January 11, 2010

Aku & Mubaligh Kristian

Semasa bermastautin di Sabah, aku pernah serumah dengan rakan kaum Dusun bernama Johanif. Walaupun namanya kedengaran seperti Melayu, namun dia sebenarnya beragama Kristian. Aku tak ingat nama aliran agamanya, tapi Joe ada menyimpan bible di biliknya yang ditulis dalam bahasa Melayu/Indonesia. Pernah beberapa kali aku membaca bible milik Joe semasa melepak di biliknya dan ketika itulah aku menyedari Bible tersebut menggunakan perkataan "Allah".

Walaupun berasa janggal pada mulanya, namun aku harus menerima hakikat bahawa penggunaan nama "Allah" dalam kitab bible di Borneo sememangnya telah diamalkan sejak lama dulu. Malah Joe dan aku sering berdebat mengenainya apabila ada masa terluang. Namun perdebatan tersebut tidaklah menyebabkan kami bermusuh, malah hubungan kami bertambah akrab.

Dalam proses memahami amalan agama Joe, aku mendapati bahawa bukan semua ajaran dalam agama Kristian menggunakan kalimah "Allah". Hanya beberapa aliran sahaja yang menggunakannya, dan selebihnya menggunakan perkataan God, Almighty, Ruhul Kudus, Jesus etc.

Sepanjang perkenalan kami, tidak pernah sekalipun Joe cuba mempengaruhi aku untuk memeluk agamanya. Bahkan aku pula yang kerap bertanya, "Kau tak minat masuk Islam ke Joe?" Asas aku bertanyakan soalan itu disebabkan ada dikalangan ahli keluarga Joe yang telah memeluk Islam seperti abang dan sepupunya. Malah amalan bersunat juga telah diterapkan dalam keluarga Joe sejak sekian lama. Rentetan itu kadangkala aku sengaja menduga Joe, "Alang-alang kau dah bersunat tu, convert jelah." Namun usikan aku hanya mengundang sengih di mukanya.

Mungkin Joe tidak cuba mempengaruhi aku untuk menerima agamanya kerana dia hanyalah penganut biasa. Sepanjang pergaulan dengan rakan beragama Kristian di Sabah, mereka tidak berdakwah kepada orang lain kerana beranggapan kerja dakwah adalah tugas pihak gereja. Berbeza dengan orang Islam yang setiap umatnya wajib menyampaikan walaupun sepotong ayat, namun ia tidak begitu dikalangan penganut Kristian. Taktik berdakwah pihak gereja yang dipraktikkan agak canggih dan sudah tentu sasarannya adalah golongan muda sepertimana yang pernah aku alami dulu.

Kota Kinabalu ketika aku di sana tidak sama keadaannya seperti hari ini yang dipenuhi bangunan-bangunan baru. Tempat merambu dulu hanyalah di sekitar Centre Point, Wisma Merdeka atau Warisan Square yang agak popular ketika itu. Waktu malam pula jika tidak di Tanjung Lipat atau Tanjung Rhu, aku akan berada di Sadong memerhatikan gelagat orang. Disebabkan aku gemar meneliti tingkahlaku manusia, maka tempat bersantai kegemaran aku adalah di Palm Square yang terletak di tingkat atas bangunan Centre Point. Pelbagai ragam manusia boleh dilihat dan kebiasaannya aku bersantai sendirian.

Di Palm Square itulah beberapa kali aku didatangi pendakwah Kristian dikalangan lelaki dan wanita. Kehadiran mereka tidak dengan pakaian rasmi mubaligh Kristian, sebaliknya memakai skirt pendek dengan baju sendat dan adakalanya berkemeja serta bertali leher. Kadangkala pendakwah ini berpakaian santai seperti jeans dan t-shirt, bergantung kepada tujuan dan situasi. Yang lelakinya agak tampan dan wanitanya pula sememangnya cun bak kata mat rewang.

Sedang menghayati kenikmatan white coffee mahupun apple tea, pasti akan ada yang menegur kononnya nak cari teman berbual. Pernah aku didatangi seorang gadis seksi yang disangkakan kesepian dan cuba mengorat aku. Al-maklumlah...hensem. Hahaha...sorry dear. Gadis ini kononnya nak tumpang meja dengan alasan tempat lain dah penuh, padahal banyak lagi meja yang masih kosong. Mulanya kami minum sambil berbual perihal biasa, tetapi akhirnya melarat hingga ke bab agama. Cara mereka menyelitkan agenda dakwah dalam perbualan agak mengagumkan. Silap percaturan boleh hanyut. Syukur kerana mak, ayah, guru dan ustaz telah memberikan aku didikan yang baik, maka cubaan seperti dakwah Kristian ini alhamdulillah dapat aku atasi.

Perdebatan dengan pendakwah Kristian jarang berakhir dengan baik kerana buktinya mereka yang akan terlebih dulu meminta diri untuk blah ke tempat lain dengan muka kelat. Pendakwah lelaki juga menggunakan pendekatan yang sama, cuma mereka tampak lebih tenang dan agak tricky. Pendakwah lelaki kebiasaannya mahir berhujah dan tidak mudah panik berbanding wanita. Tapi mungkin juga aku ni jenis yang sedikit degil dan keras kepala serta jarang nak mengaku kalah, maka pendakwah Kristian ini tidak mampu berbuat apa-apa. Namun pesona mereka mampu menggugat iman jika tidak berhati-hati.

Apa yang merunsingkan apabila melihat pendakwah-pendakwah ini mendekati golongan muda dan remaja yang sedang bersantai. Gelagat mereka sering menjadi perhatian aku dan yang selalu bermain di fikiran, "Bagaimana jika budak muda ni terpengaruh?" Pernah aku bertanya kepada seorang gadis yang agak ranggi (tidak pasti apa keturunannya) yang baru lepas berbual dengan seseorang yang lagaknya seperti mubaligh Kristian. Disebabkan peristiwa ini sudah agak lama, intipati perbualan kami yang aku ingat lebih kurang begini;

"Siapa yang bercakap dengan adik tadi tu?"

"Oh...itu paderi keluarga kami."

"Jadi adik ni kristian rupanya."

"Nda la bah. Saya muslim."

"Habis tu tadi cakap dia paderi keluarga kamu?"

"Sebenarnya ibu saya dulu muslim yang kahwin dengan bapa saya yang juga muslim. Tapi sekarang ibu sudah kristian. Bapa masih muslim dengan saya. Cuma ibu dan kakak saja yang convert. Tadi tu paderi ibu dan kakak."

"Ibu dan bapa kamu dah bercerailah ya?"

"Nda lah. Kami masih tinggal sama. Bapa saya tak kisah pun ibu dengan kakak masuk kristian. Kan tuhannya sama. Saya pun tak kisah."

"Kamu orang Sabah?"

"Iyalah bah. Asal Keningau."

Perghh...dalam hati aku, sudah jadi Indon rupanya kita ni. Inilah realiti sebenar yang berlaku di Sabah ketika itu. Sejak itu aku buat keputusan untuk mendekati siapa saja yang aku rasa cuba 'didakwahkan' oleh pihak Kristian di sekitar Kota Kinabalu. Aku akan join, menyapa, berbual, melepak bersama mereka bagi memastikan dakwah Kristian tidak meresap masuk terutama di kalangan anak muda Islam. Aku risau dengan dakwah pihak Kristian yang bukan sekadar menggunakan kata-kata, tetapi tarikan material, cinta dan kadangkala seksual turut digunakan. Jika mereka yang didakwahkan terdiri daripada golongan susah dan terdesak, pasti mudah untuk mereka terpedaya dengan dakyah yang dibawa. Lagipun kemiskinan itu sangat hampir kepada kekufuran.

Tanggungjawab sosial ini tidak pernah aku ceritakan kepada sesiapa sehinggalah aku meninggalkan Sabah. Di blog inilah kali pertama aku mengisahkan mengenainya. Kerja amal ini juga telah menemukan aku dengan seorang pegawai JKR yang turut berdakwah di masa terluangnya untuk menarik minat orang kepada Islam. Ramai yang berjaya dipengaruhinya menghayati cara hidup Islam sebenar menggunakan pendekatan unik yang jelas berbeza berbanding yang selalu dipraktikkan oleh kebanyakan ustaz kita yang hanya gah berkupiah, berserban dan berjubah. Jika ada ruang dan masa akan aku kisahkan mengenai dirinya nanti. Terima kasih Abang Man. Jasamu tetap ku kenang hingga ke akhir hayat.

Hari ini aku tidak pasti sama ada pendakwah Kristian masih menjalankan kerja dakwah mereka di sana. Sementelah sekarang sudah wujud pelbagai commercial centre baru di Kota Kinabalu, pasti kerja dakwah Kristian turut berkembang ke tempat-tempat lain. Kadangkala aku runsing memikirkan perihal ini, dihangatkan pula dengan keputusan mahkamah membenarkan Herald Tribune menggunakan perkataan "Allah" dalam terbitan mereka; yang pasti akan dijadikan rujukan polisi dan undang-undang di Malaysia pada masa hadapan. Aku ada alasan yang kuat untuk berasa curiga dengan keputusan mahkamah tersebut. Kajian sekian lama mengenai Project Vatican, Knights of Malta, The Illuminati, Freemason, NWO, The Jesuits etc. telah memaksa aku untuk sentiasa berwaspada dengan game mubaligh Kristian di Malaysia. Pernah berlaku di Sabah seketika dulu, habis satu kampung murtad hanya disebabkan tiada orang Islam yang nak buat follow up di kampung tersebut.

Kerajaan wajib menunjukkan ketegasan dalam hal ini. Sudah terlalu lama Perkara 3 dan Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan DICABULI. Cara Najib dan Hishamuddin menangani masalah dalaman negara akhir-akhir ini juga amat mengecewakan. Pendekatan berhemah dan terlalu berhati-hati tidak akan membantu menyelesaikan konflik. Ambillah ikhtibar kisah Lina Joy mahupun Aishah Bokhari. Kita pun tak tahu pengakhiran hidup kita ni bagaimana. Mungkin kita lahir beriman, hidup beriman, tapi akhirnya mati kufur...siapa nak jawab?

Mungkin selepas ini Cicit Kamat akan menceritakan pula mengenai gerakan Kristian di pedalaman Sabah yang ditaja pertubuhan antarabangsa kerana beliau pernah mewakili Malaysia untuk memantau gerakan tersebut. Tu pun kalau dia rajin nak menaip. Sobar yolah.

9 comments:

  1. Paneh Miang..

    Apa Parti Islam SeMalaysia dah buat untuk berdakwah ???

    ReplyDelete
  2. Bawal...

    Dan apo yang telah dibuek oleh United Malay Nation Org dgn cara berhemah dan berhikmah dlm berdakwah berdakwah ? ramai gak saudara baru hidup merempat dan ada plak yg kembali ke agama asal? ada gak org islam yang pergi (murtad)ke agama lain?
    Tapi...yg telah dibuat oleh United Malay Nation Org adalah DEMO, DEMO KEPALA LEMBU.....dgn cara GANAS....

    ReplyDelete
  3. Bro, aku ada cadanganlah. Kalau dalam perlembagaan terdapat perkara yang menyatakan "KEBEBASAN BERAGAMA DAN BEBAS MENGANUTI AGAMA TERSEBUT". Aku muskill juga dengan perkara ini. Sebabnya, jika kita lahir sebagai melayu, secara automatik kita ialah islam. Pada cadangan saya, kerajaan haruslah buat undang-undang iaitu barangsiapa Melayu yang keluar islam akan dianggap murtad. Dan mereka ini hendaklah dihukum berat ataupun hukuman mandatori seperti pengedar dadah. Pasti tiada melayu yang akan keluar islam. Bagi yang convert islam tak berani pula keluar islam. Kan senang.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Paneh,

    Mak Cik kagum dengan cerita kamu ini. Mak Cik pun ada kawan seorang padri kristian dan kami masih berkawan hingga sekarang walaupun tidak seakrab semasa kami muda-muda dulu. Memang mereka tidak pernah mahu 'berdakwah' dengan mereka-mereka yang dijangka 'susah nak kena makan'. Mereka tidak bodoh dan ada belajar psikology. Hanya golongan tertentu sebagai 'target' mereka.

    Walaubagaimana pun, cubalah kamu letakkan diri kamu ditempat Najib. Dia PM semua rakyat Malaysia bukan Melayu sahaja. Ini isu yang amat sensitif.

    Sama-samalah kita beri sokongan pada Najib demi Agama dan Negara kita. Kita lakukan apa yang terdaya oleh kita.

    Semoga Allah swt akan membalas kebaikkan kamu di dunia dan akhirat, Amin!

    ReplyDelete
  5. Huh!!! kalau najib dan hisyam bertindak awal lagi, tak adalah kelam kabut sebegini...lembik dan menyusahkan org jer...tapi masa kes MB Perak DS Ir Nizar menang kes, tak sampai 24 jam terus fail rayuan dan diterima, tapi kes ni penghakiman 31 Dis 2009 namun memakan masa 4/5 hari baru nak terhegeh2 fail rayuan...dlm masa itu apo yg dibuek UMNO/BN...terus meransang dan menaikkan emosi, demo sana demo sini...(ini modal politik jer)...ini menunjukkan bhw UMNO memang gilakan kuasa (rujuk kes Perak dulu spt di atas)dari cepat2 menyelamatkan maruah islam...demi kuasa di perak dulu bukan main lg mereka bagai lipas kudung failkan rayuan, tapi kes kalimah Allah ni, tunggu...tunggu..tunggu..."kita akan failkan rayuan..."tapi entah bilo tak tahu lah??? tujuannya melambat2kan spy org2 yg tidak berakal waras ni berdemo hari2, terjerit2 mcm org sawan...itulah hipokritnya UMNO yg lbh utamakan kuasa dr maruah agama...memang susah nak dipercayai keikhlasan UMNO sekarang, tambahan plak dgn "kelembikan" pimpinan UMNO/BN..lagi lah menyampah nengok eh...
    Ikhlas aku kata...UMNO cuba main isu kalimah Allah tapi ianya makan diri UMNO semula...UMNO dilihat semakin lemah dan tidak tentu arah kini....percayalah, penghormatan trhdp Najib dan UMNO makin merudum, tambhan plak pelbagai isu negara yg mencengkam najib....

    ReplyDelete
  6. Teruskan usaha berdakwah..tak kira bila ,bagaimana dan di mana. Semoga Allah beri petunjuk kepada pemimpin-peminpin kita untuk menyelasaikan isu ini.

    ReplyDelete
  7. Bila tindakan lambat diambil, dikatakan lenbik. Bila tindakan cepat diambil dikatakan pula gila kuasa.

    Semua pihak perlu memainkan peranan yang sesuai dengan pangkat dan jawatan yang disandang. Dalam mayarakat majmuk ini, setiap tindakan perlu secara rasional tanpa mengikut emosi.

    Saya setuju dengan pandangan melayuangkat kerana Najib adalah Perdana Menteri semua orang Malaysia tidak kira Islam atau Kristian. Sebagai orang Islam kita perlu kuatkan iman dan terus berdakwah mengikut kemampuan sendiri.

    ReplyDelete
  8. Artikel menarik, mungkin penulis di atas boleh mengadakan blog beliau sendiri, jadi senang untuk 'follow-up' artikel beliau dilakukan.Saya dapat memahami keluhan penulis kerana saya pernah ditempatkan di Kem Lok Kawi, KK dari 84-88 semasa di dalam tentera dahulu.Tahun lepas saya kembali ke KK buat pertama kalinya selepas 23 tahun, perubahan dan pembangunan fisikal dan infrastruktur amat mengkagumkan.Wassalam.
    Salam Benua,
    ridzlam@yahoo.com
    Australia Barat.

    ReplyDelete
  9. Anon 12.28pm, well said. Bagi Bawal dan Anon 9.40pm jadi PM dan Menteri Dalam Negeri.Cakap dan kritik memang senang anak-anak Melayu sekarang, suruh praktik, payah!

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive