Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Monday, January 25, 2010

Ni semua sebab Najib..

1. KJ kata Pemuda Umno telah berjaya mendaftarkan 25,019 anggota baru sejak Mac tahun lepas.

2. Dilaporkan setakat Disember lepas, anggota Pemuda Umno telah mencecah seramai 703,126 orang.

3. Kata KJ lagi, pertambahan anggota Pemuda Umno Malaysia itu kerana faktor Najib.

4. Satu kenyataan 'merendah diri' yang keluar dari mulut seorang yang angkuh dan sangat berkuasa di Malaysia suatu ketika dulu.

5. Sama ada itu ayat 'cari makan' atau 'mintak puji' sukar untuk dipastikan.

6. Ikhlas atau tidak kenyataan tersebut...wallahualam.

7. Cuma yang menjadi persoalan, "Kalo sumo eh nak mengharapkan Najib, apo bincek eh ekau pogang jawatan Ketua Pemuda Umno Malaysia?"

8. Nak kumpul Ketua Pemuda Umno Bahagian di Janda Baik pun tercungap-cungap.

9. Nak cari orang mudo datang program di Rembau pun poluh jantan tu tak ronti meleleh.

10. Semakin banyak sungutan dalam Umno sendiri mengatakan KJ kini sedang memusnahkan Pemuda Umno secara perlahan-lahan.

11. Bukanlah penyatuan atau perpaduan Pemuda Umno yang dicari, tetapi jawatan menteri pula yang menjadi igauan.

12. Kojo kono ikhlas jang...barulah dapek keberkatan.

13. Kepada Pasukan Khas Polis, jangan hanya dok tumpu pada 'AduKacutTulurnya' tu saja sedangkan kes Namewee dan Surind pula ditutup sebelah mata.

14. Hina Allah dan Islam lebih besar kerosakannya berbanding ke bawah Duli.

15. Seperti pepatah Melayu yang sering dilupakan, "Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa."

16. Dan kerana duit...KJ merana.

5 comments:

  1. aku rasa baik ko letak jawatan la kj sbb ko dok dlm umno mcm biawak hidup je. lgpun ko kan sokong penggunaan kalimah 'Allah' di sabah sarawak. elok la ko join pkr. sok bulih ganti aljub tu jd ketua umum. takyah jadi ahli pkr pun bulih jadi ketua umum.

    -tom tem bak-

    ReplyDelete
  2. "Kalo sumo eh nak mengharapkan Najib, apo bincek eh ekau pogang jawatan Ketua Pemuda Umno Malaysia?"

    KJ.... jawab la..... hahahahahahha beguling den tegolak baco mondo nih hahahahah

    ReplyDelete
  3. Salam bro,

    Aku cuma berangan nak dapat sekeping duit ko tu, wow RM 5 Juta.

    Macam duit Ellie (Mamat Lubnan tu aje).


    Kalau bawak kat bank atau money changer, confirm kena tangkap. :)

    ReplyDelete
  4. Salam Paneh Miang, perkara no 13 & 14 tu saya amat setuju.
    Tak menyalahi undang undang ke tentang gambar wang RM5 jta tu.

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive