Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Wednesday, January 6, 2010

Mereka saudara mara Rosmah?

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan melahirkan rasa simpati dan dukacita kepada sebuah keluarga yang kehilangan empat anggotanya akibat dibunuh di Kampung Batang Rokan, Gemencheh, Tampin, petang semalam.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hassan berkata kejadian itu adalah suatu yang amat mengejutkan dan berharap siasatan dapat diselesaikan segera oleh pihak polis.

"Saya bagi pihak kerajaan negeri amat bersimpati dan kita berdoa semua arwah berada di kalangan orang yang soleh," katanya kepada pemberita ketika meluangkan masa kira-kira setengah jam bersama beberapa anggota keluarga berkenaan di bilik mayat Hospital Tuanku Jaafar di sini malam tadi.

Mayat keempat-empat mangsa pembunuhan ngeri itu dibawa dengan sebuah trak polis lewat malam tadi untuk dibedah siasat.

Turut berada di situ ialah Ketua Polis Negeri Datuk Osman Salleh dan Ketua Polis Daerah Seremban ACP Saiful Azly Kamaruddin.

Dalam kejadian itu, empat orang yang terdiri daripada sepasang warga emas, Atan Daud, 90 dan isterinya Sutiah Katas, 80, menantu mereka, Ismail Awang, 76, dan cucu Siti Khadijah Ismail, 22, ditemui mati berlumuran darah di dua buah rumah yang terletak bersebelahan di kampung berkenaan.

Polis dilaporkan sedang mencari seorang anggota keluarga itu bagi membantu siasatan. - BERNAMA

Lagi berita di sini dan di sinun.

Difahamkan DS Rosmah Mansur dalam perjalanan melawat jenazah keluarga sebelah ayahnya itu.

5 comments:

  1. Salam Ziarah.......

    Al fatihah diucapkan kepada mereka dan takziah.Begitu kejam sekali penjenayah ini

    ReplyDelete
  2. Al-fatihah buat mak lang sekeluarga.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Paneh,

    Kami di Shah Alam turut terkejut dengan berita sedih ini. Walaupun tidak kenal mereka, kami turut bersimpati dengan tragedy ini.

    Tak kiralah mereka ini saudara DS Rosmah atau siapa pun, musibah boleh menimpa sesiapa pun bila bila masa.

    Takziah pada kaum keluarga mangsa. Al-Fatihah.

    ReplyDelete
  4. Man...mengaitkan nama Rosmah disini lebih kpd matlamat utk memalukan beliau. What a sick person u r!!!! Have a respect for a privacy.

    ReplyDelete
  5. Al-fatihah....

    This deadly incidence is too sorrowful to accept. My deepest condolence to the family members and their love ones.

    I hope the murderer would be brought to justice as soon as it is possible.

    ReplyDelete

Blog Archive