Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Sunday, January 3, 2010

Perkara 11 (4) & Perkara 38 (2) (b) Perlembagaan Malaysia vs Hakim Lau Bee Lan: Lebih Sudu Dari Kuah

Apabila membicarakan berkenaan kes yang telah diputuskan dalam Mahkamah Tinggi baru-baru ini, sememangnya sudah diduga ia pasti akan menimbulkan kemarahan yang tidak terhingga daripada orang Islam yang benar-benar Islamnya, dan bukanlah Islam itu dari bentuk kepartian ta'asub mahupun fanatik sempit.

Melihat kepada beberapa qaedah feqah yang sememangnya menjadi garis panduan ulama' Islam zaman berzaman dalam menentukan sesuatu hukum, maka di sini suka saya menarik sidang pembaca dengan beberapa qaedah panduan tersebut untuk direnungi bersama akal yang waras sebagai seorang Muslim mahupun Muslimah.

1. Dar'ul mafasid muqaddamun 'ala jalbil masolih.

Yang bermaksud, menolak kerosakan itu lebih diutamakan daripada memperoleh kemaslahatan.

Dalam kes perbicaraan tersebut, memang telah jelas bahawasanya umat Islam di Semenanjung Malaysia ini langsung tidak boleh menerima hakikat bahawasanya "Allah" itu dipergunakan sebutannya pada agama Kristian. Bukankah sudah jelas di kemudian hari kelak, akan ada anak-anak kita yang tidak kuat pegangan agamanya, pasti dengan mudah dan bersahaja murtad daripada agama Islam lantaran berpendapat bahawa agama lain sama sahaja dengan agama Islam? Lantaran itu, perlulah kita MENOLAK penggunaan kalimah "Allah" selain daripada agama Islam sahaja. Maka inilah 'dharar' kerosakan yang WAJIB kita tolak secara totalnya daripada diterima dalam konteks perundangan negara kita sebagai negara Islam ini.

2. Adh-dharaar yuzaalu syar'an.

Yang bermaksud, kemudaratan itu wajib dibuang/dihindar.

Telah jelas kepada kita akan mudaratnya penggunaan kalimah "Allah" untuk selain daripada agama Islam yang mulia. Jadi entah apa alasannya pejabat Peguam Negara hanya menghantar seorang sahaja peguam bagi menangani kes ini, sedangkan dalam kes liwat Bro Anwar Bin Ibrahim sampai 5-6 orang peguamnya? Memanglah tak dinafikan perihal liwat ni Nabi pun tak mengaku umat, tapi kepentingan umum haruslah diutamakan daripada kepentingan individu. Maka pejabat Peguam Negara harus melihat perkara ini sebagai berat, malah lebih berat daripada kes liwat Bro Anwar Bin Ibrahim tu, walaupun kita semua maklum bahawa kes liwat Bung Nuar ni juga boleh dikategorikan sebagai satu kemudaratan yang wajib dihindar.

3. Al-Adah Muhakkamah.

Yang bermaksud, adat kebiasaan menjadi penetapan kepada sesuatu hukum syarie.

Maksudnya di sini, apabila telah jelas dalam adat/budaya sesebuah masyarakat itu, ianya tidak boleh diterima/diamalkan, selagi mana ianya tidak terpesong daripada akidah Islam dan nas-nas hukum, maka ianya perlu diterima sebagai hukum dan hendaklah dipatuhi larangannya. Sebagai contoh dalam bab kalimah "Allah" dipergunakan oleh penganut Kristian, masyarakat Islam Malaysia pastinya akan menentang berdasarkan perkara-perkara yang telah saya nyatakan di atas, kerana perkataan "Allah" itu telah menjadi budaya dan adat yang hanya digunakan di dalam agama Islam sahaja dan tidak langsung digunakan dalam agama lain.

Cukuplah setakat ini dahulu penerangan mengenai perkara ini yang bagi saya amat telus untuk pengamatan dan perhatian saudara MP Shah Alam dan mereka yang bersekongkol dengannya, yang berterusan menyokong kalimah "Allah" dipergunakan dalam agama selain Islam di Malaysia ini. Ada masa kita perlu berparti, tapi dalam bab Islam dan kesuciannya, parti itu harus ditolak ke tepi kerana Islam itu wajib diperjuangkan dan dipelihara dengan jiwa dan raga kita. Peringatan juga kepada Dato' Seri Hisham, andainya Dato' Seri 'terlalu lembik' di KDN, toksah la duduk di situ lelama. Buat semak dan menyakitkan hati je. Salam perjuangan.

15 comments:

  1. Apo nak bising lagi bai??? bondo dah berlaku...UMNO ni lah bangang eh, maso belum berlaku dio buat dek jer, buat bodoh jer, tengok jer...tapi bila dah terjadi...lagak eh mengalahkan harimau kebulur...garangnya, garang menyalahkan dan menyalak pd org lain...semua org lain salah...mano NAJIB nyorok??? senyap jer PM 1 Malaysia kita nih!!!!

    semua ni perancanagn licik UMNO jer...jgn tertipu lah dgn wayang opera cina UMNO ni...

    ReplyDelete
  2. PERANGKAP UMNO SEMUA NI!!!!

    Mengapa saya panggil perangkap? :

    1. Keputusan ini hanya diperingkat Mahkamah Tinggi. Ertinya, keputusan ini masih boleh dirayu di Mahkamah Rayuan serta boleh pergi ke Mahkamah Persekutuan. Ertinya, keputusan ini masih belum muktamad.
    2. Berita terbaru, JPM telah menyatakan kehendak mereka untuk merayu keputusan tersebut. Sila klik di sini.
    3. Mahkamah adalah dalam penguasaan UMNO. Kalau Dato Seri Anwar boleh didapati bersalah dahulu, mengapa keputusan ini tidak boleh dipastikan mengikut kehendak yang sepatutnya?
    4. MEngapa UMNO mahu bising dalam isu ini, sedangkan apabila Najib meluluskan 10 lesen judi, tiada protes dari UMNO ataupun mana-mana NGO Melayu?
    5. Hukum penggunaan nama Allah oleh bukan Islam adalah Khilaf dan tidak sepakat. Hukum judi SEPAKAT SEMUA ULAMA Haram. Mengapa UMNO mahu bising pasal isu yang tak jelas, sedangkan isu yang jelas haram macam Najib lulus 10 lesen judi, mereka tak bising?

    Ini semua perangkap UMNO. Hati hati supaya kita jangan terpengaruh dan terjerat dengan perangkap ini. Sejak bila pula UMNO ni berjuang Islam? Mereka adalah parti nasionalis sekular Melayu. Mereka telah bertanggungjawab menindas serta menghalang perlaksanaan shariah Islam sejak Merdeka.

    Menentang hukum Allah seperti yang UMNO telah lakukan selama ini lebih jelas Haram nya berbanding dengan penggunaan nama Allah oleh bukan Islam. Hukumnya lebih jelas haram.

    ReplyDelete
  3. Sunday, January 3, 2010
    ANTARA SAYANG ALLAH DAN SAYANG PERIUK NASI - BEGITU JUGA DENGAN MAHATHIR
    Hari ini media-media arus perdana yang pro-kerajaan dipenuhi berita kebimbangan pemimpin-pemimpin parti politik Malaysia dan NGO Islam dengan implikasi keputusan Mahkamah Tinggi. Antara yang bersuara ialah ketua sayap pemuda dan wanita Umno, Timbalan Presiden Pas dan mantan PM, Dr Mahathir.
    Apabila yang lantang mempertahankan nama Allah ialah Ketua Wanita Umno, Datuk Shahrizat Abdul Jalil dan Dr Mahathir, ia mengundang sedikit rasa kagum dalam diri saya.
    Saya kagum kerana Shahrizat yang rambutnya separuh telanjang dan seperti Muslimah yang tidak lengkap berpakaian mengikut norma Islam itu, rupanya sangat sayang kepada Allah. Tapi rupanya ada pengecualiannya. Shahrizat walaupun tidak menggambarkan dirinya sebagai Muslimah yang patuh kepada ajaran Allah, rupanya masih sayangkan Allah.

    Begitu juga dengan Dr Mahathir. Mahathir semasa berkuasa dahulu terkenal dengan kelancangannya yang mengkritik hukum Allah, terutama hudud. Antara beberapa ucapan yang menghina hukum Allah yang disuarakan oleh pemimpin-pemimpin Umno ialah:

    i) "Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tiada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama".(Dr. Mahathir b.Mohamed, 2.5.1992)

    ii) 'Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja'. (Dr. Mahathir b.Mohamed, 14.7.1992)

    iii) "Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan".
    ( Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak : 20.4.1993)

    iv) "Saya akan memastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh BN tidak akan melaksanakan hukum hudud". (Dr. Mahathir b.Mohamed, 1994)

    v) "Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum (hudud) yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan?" (Dr Mahathir Mohamad, 3.3.1994)

    vi) 'Hukum rejam kepada penzina adalah primitif'. (Dr. Mahathir b.Mohamed, 3.3.1994)

    vii) "Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam". (Dr. Mahathir b. Mohamed : 4.8.1994)

    viii) "Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar-kacir dan ditindas oleh orang lain tidak secocok dengan ajaran Islam"(Dato' Seri Mahathir Mohamad, 14.4.1994)

    ix) "Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain, akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat" (Dato Seri Dr Mahathir Muhamad, 5.9.1997)

    x) "Apa erti pembentukan negara Islam jika ia mundur". (Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi: 13.11.1999)


    Ketika Dr Mahathir dan Pak Lah menjadi PM dahulu, sayap Pemuda dan Wanita Umno serta NGO Melayu pro-Umno tidak pernah melakukan bantahan apabila pemimpin-pemimpin kesayangan mereka pedas mengkritik hukum Allah. Jika hari ini Najib sendiri yang menyatakan beliau menyokong keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengenai penggunaan nama Allah itu, saya sangat yakin Pemuda dan Wanita Umno tidak akan menyalahkannya.

    Jika UMNO hendak buat bising dalam isu ini, meraka sudah memulakan sejak Dr Mahathir menghina hukum Allah hampir 20 tahun dulu lagi. Mereka juga boleh buat bising apabila Najib meluluskan 10 lesen judi beberapa bulan lalu yang jelas bertentangan dengan hukum Allah. Tapi mereka diam apabila hukum Allah dipermainkan pemimpin mereka kerana mungkin hendak menjaga periuk nasi sendiri.


    Begitulah apabila menyebut nama Allah tidak boleh tapi mengingkari perintah Allah dan mempermainkan hukumnya tidak apa. Semuanya kerana periuk nasi.

    ReplyDelete
  4. Kepada Anon 12.47 PM, Anon 1.29 PM, dan Anon 1.37 PM:-

    Saya pun bukan penyokong setia UMNO tapi dalam hal sebegini kita perlu dan harus ketepikan fahaman dan ketaksuban berpartian.

    Kenapa dalam keadaan amat kritikal sebegini masih lagi menyalahkan parti memerintah. Ini tiada langsung kena menena dengan parti. Harap lupakan dahulu perasaan dan emosi kebencian teramat sangat itu buat seketika. Ini bukan tugas satu parti atau kelompok tertentusahaja, ini tugas semua umat Islam dan Melayu untuk menangani demi keturunan yang beragama Islam dan Bangsa Melayu.

    Mari kita beristigfar dahulu sebelum buat apa-apa komen yang menampakkan betapa 'tidak pedulinya'dan bodohnya kita dan langsung tidak ada kena mengena dengan isu kritikal ini.

    Tidakkah kita sayang dengan agama dan bangsa kita. Tidakkah kita mahu mempertahankan kedaulatan agama kita dari dirobak-robekkan oleh mereka yang memang mempunyai agenda semenjak dahulu lagi. Bukankah kita beragama Islam dan Bangsa Melayu.

    Jangan disebabkan fahaman politik kita jadi buta, tuli dan tidak sensitif kepada, bukan cubaan lagi, tapi ancaman secara terang-terangan. Kalau bukan saudara2 seperti Anon2 yang mempertahankan agama kita, siapa lagi? Kita semua sudah jatuh wajib mempertahankan ancaman ini.

    Ini soal aqidah dan tauhid Saudara2 bukan lagi politik... Ketepikan dulu fahaman ketaksuban berparti Saudara2 dahulu!

    Hatihitam

    ReplyDelete
  5. Kita jgn kalut sedara...dan jgn kita terbawa2 dgn rentak yg cuba dimainkan olh UMNO sekarang...UMNO cuba nak "bernyawa" kembali dgn isu ini..padahal mereka lah yg menolak dan menjadikan Islam semakin jauh terpinggir....mereka lah SUARA mempertahankan islam jika diusik tapi sebenarnya mereka JUARA kepura-puraan membela Islam demi kepentingan diri...
    Yang kita kalut memanjang pasal apa??? kita sudah tdk boleh mengubah apa2 pun...serah pd pihak berkuasa dan berdoa kpd ALLAH...jgn harap pd org2 hipokrit UMNO dlm soal ini...mereka sedang memasang jerangkap dan perangkap...awas..jgn tertipu...
    masalah ini akan selesai dgn aman dan tenang..jgn khuatir...!!! yg penting UMNO tidak akan dapat mempermainkan isu ini lagi demi kepentingan survival mereka..sebab kita sudah terbiasa dan sudah lali dgn taktik UMNOyg suka menangguk diair yg keruh...sebabnya ini lah kerja mereka selama ini yg tiada keikhlasan, cuma menunjuk2 kpd masayarakat bhw mereka itu prihatin dan bertgjwb, namun hakikatnya mereka hnya berpura2...kita sudah lama menyaksikan lagak dan perangai huduh mereka....
    jgn bimbang dan kalut..serah kpd ALLAH dan pihak berwajib..InsyaAllah akan tenang kembali....jgn kita sandarkan apa2 harapan lg pd UMNO..kerana mereka hanya hipokrit....bermuka2 dan ada udang disebalik mee sahaja.....wallahuaklm...

    ReplyDelete
  6. Tidak Salah Penganut Kristian Guna Kalimah Allah - Dewan Ulamak Pas Pusat

    Ditulis oleh Harakah
    Khamis, 03 Januari 2008

    Oleh: Azamin Amin

    KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, YB Dato' Ustaz Haji Mohamed Daud Al-Iraqi menjelaskan, tidak menjadi kesalahan kepada penganut Kristian dan Yahudi menggunakan kalimah 'Allah' malah ia sering digunakan oleh umat Krristian dan Yahudi sejak dari dahulu.

    'Fatwa Politik' untuk raih undi PRU Mac 2008 ini sememangnya mendapat pujian dari bukan Islam dan pihak Gereja. Malahan pihak Gereja secara terang menyatakan sokongannya kepada Pakatan Rakyat. Rujuk surat sokongan dari pihak Gereja. Dan keputusannya PR berjaya menafikan 2/3 dan menang di banyak negeri.

    Kemenangan PR sebenarnya dengan kos. 'Kebenaran' oleh Pas akhirnya dijadikan hujah oleh Herald dengan memetik bahawa perjuangan Herald disokong oleh Pas.

    Sokongan Pas ini dicanang oleh Herald di dalam laman web Herald Malaysia Online. Berikut sedikit sedutan petikan dalam Herald:

    "The Malaysia Islamic Party (PAS) says it supports the Catholic Church's fight to overturn a government ban on the use of the term 'Allah' to describe God in Christian texts. "I personally believe and Pas as well believe the way forward for a mutually respecting religious relationship, especially in a plural, multi racial and multicultural society like Malaysia, is not to deny the right of others to use the name of Allah," Zulfikar Ahmad, a PAS official said."

    ReplyDelete
  7. Fuck off paneh...fuck off Pnecolek Dubur

    ReplyDelete
  8. Ha...tengok..kan aku dah kata...sikit-sikit UMNO main isu ini nak kenakan PAS pulak....ini lah taktik dia sebenarnya...mula2 dia bakar semangat melayu islam dgn demonya setiap hari (dalam UMNO buleh pulak buat demo???)lepas tu UMNO pun mula lah laga-lagakan dengan pemimpin pembangkang, terutama PAS/PKR...mana2 ada statement yg bertentangan atau yg dikira boleh digunakan untuk tibai PAS atau PKR, maka UMNO akan guna dan manipulasi sepenuhnya dengan segala fitnahnya yg melulu, supaya membangkitkan kemarahan dan kebencian org melayu dan bukan melayu pada PAS/PKR dan parti pembangkan lain...maka jika org melayu beralih sokongan dr pembangkang kpd UMNO/BN maka dia akan senyap dengan sendirinya...maka dia UMNO/BN akan kata "...Penggunaan nama Allah telah selesai, makan jangan ungkit2 lagi..." (mudahnya selesai). ini lah modus operandi UMNO sebenarnya....mereka cukup licik menangguk diair keruh dan meneglirukan kita, dan sebenarnya mereka tidak ikhlas pun...semata2 nak kpd sokongan spt dulu2...ye lah mereka sebenarnya amat merindui sokongan besar kita (melayu/islam) spt dulu...so, satu grand design perlu dicipta...dan grand design itu adalah : ISU NAMA ALLAH.....kita2 sama2 buktikan...ini bukan khayalan!!!kita dah lali dgn taktik busuk UMNO...

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Paneh,

    Terima Kasih atas peringatan kamu tentang Perkara 11 (4) dan Perkara 38 (2) (b) Perlembagaan Malaysia ini vs.....

    Ramai betul yang salahkan UMNO pulak dalam hal ini. UMNO Busuk..maka busuklah Malaysia selama ini, Busuklah Merdeka yang diperjuangkan UMNO untuk Orang Melayu, Busuklah MARA, ITM, FELDA, TABUNG HAJI, semuanya Busuk belaka...

    Mudahnya orang berIman melontar kemarahan pada UMNO. HABIS terus kebaikan orang dulu dulu pejuang UMNO,kesian veteran veteran UMNO. Habis manis serpah dibuang..mereka berkorban supaya orang Melayu semasa ketiadaan mereka satu hari nanti seperti sekarang ini di tahun 2010 boleh berdiri sama tinggi dengan bangsa Cina, India dan lain-lain di bumi mereka sendiri!! Orang Melayu boleh Maju, boleh guna laptop, boleh comment Anonymous sebab pengecut tak mahu ditahu identiti sebenar walaupun BerIman dan tak gentar dengan siapa hanya Allah swt.

    Bila Syaitan dan Iblis telah menguasai kita, kita pun penuh dengan BENCI dan MARAH. Rianglah Syaitan dan Iblis dalam dada kita semua. Berombak-ombak dan membuaklah Benci.. benci.. benci. HABIS semua yang Tak baik SAHAJA ada pada Tun Dr. M, Pak Lah, PM kita sendiri, yang meneraju Negara mereka. Satu pun tak ada kebaikan..

    Macamlah diri kita ni baik sangat, suci sangat, tak pernah buat dosa langsung. Pandainya kritik sahaja, rambut anak dara dan bini orang pun nak komen. Semua DOSA-DOSA orang lain ditulis, dicatit, diwarwarkan pada orang lain: kita lupa dosa kita pun tercatit juga oleh malaikat kiri kanan bahu!!!

    Elok juga kita semua google artikle Dr. Syed Ali Tawfik Al-Attas panjang lebar mengenai isu ini. Ketepikan emosi, ketepikan fahaman Politik masing masing...renung renungkan masa hadapan anak bangsa kita..bukan setakat sekarang, tetapi untuk 10 tahun? 20 tahun akan datang?

    Orang Melayu mesti kurangkan EMOSI, dalam keghairahan memperjuangankan Negara Islam, kita mulakanlah dulu dengan mempertahankan Kalimah Allah swt. Kita sama kita bercakaran orang lain ambil kesempatan!!!

    ReplyDelete
  10. Saya setuju betul dengan melayuangkat. Kita kena berani perkenalkan diri. Jangan baling batu sembunyi tangan. Takkan semua yang dibuat UMNO tu buruk. Yang buruk tu peribadi orang tertentu tu, seperti juga mereka yang tak berani memperkenalkan diri, cerca orang dengan pelbagai makian dan cacian, entah entah diri awak yang berperibadi demikian.

    ReplyDelete
  11. Sepatutnya UMNO nak bising buat apa? kalau nak bising, demo besar2an dan terjerit...sila buat masa sebelum keputusan penghakiman dahulu....bila penghakiman telah dibuat, kemudian marah2 dan tak setuju dan komplen marah2 terhdp keputusan mahkamh, bukankah ini menghina mahkamah namanya???? kalau org lain buat UMNO bising....mcm ini kah nak mendidik bangsa????
    UMNO tak perlu terlalak dan terjerit2...apa yg dapat???? tak dapat apa pun...benda dah berlaku, bukan? sepatutnya UMNO bertenang, serah kpd pihak berkuasa, PM kita org melayu islam, menteri2 byk melayu islam, pegawai agama banyak, ulama hebat, lawyer islam pun hebat2, mufti2 ada, NGO islam tak terkira, ilmuan islam banyak dan hebat2....etc...habis, nak bising pasal apa??? serah pd mereka lah biar mereka uruskan...kalau mrk gagal nak uruskan, lbh baik berhenti saja...

    nak kecoh2 buat apa...nanti bikin ketegangan antara semua...ada akal guna lah untuk jalan yg baik, bukan kerja gila dan bodoh!!!! kemudian lepas tu salahkan org lain (terutama seteru politik UMNO)..tak kah ini menunjukkan dgn jelas, bhw UMNO mencipta isu ini untuk menjahanamkan lawan mereka dan mengalihkan perhatian rakyat kpd permslhn negara dan kelemahan najib sendiri?????...sama2 kita saksikan...aku optimis!!!

    ReplyDelete
  12. Ini semuo lakonan UMNO yg terkenal dgn fahaman WahdatulRishwah. Takyah Melayuangkut, tom tom bak atau gedoyak dok cerita mara felda puek puik. Mahahaprak perintah Msia 22 tahun pun, DEB dok tahap lama, anak dia Mukkriz antara 3 Melayu dari 20 bukan melayu terkaya. Puek bersatu kita bersatu terus nyanyi lagu biru tua.

    ReplyDelete
  13. Melayu Islam jangan jadi otak udang.. Baca betul-betul statement Khalid Samad sebelum buat komen. Umnonggok betul. http://www.khalidsamad.com/2010/01/isu-kalimah.html

    ReplyDelete
  14. Saya sokong Melayuangkat...

    Dalam soal aqidah dan agama sebegini pun masih juga terlalu banyak berprasangka dan berandaian buruk. Masih lagi berfikiran cara politik.

    Mohon kosongkan fikiran dan keluar dari kotak dahulu, lihat kebelakang, lihat sekeliling dan lihat masa depan. Lepas fikir sedalam-dalamnya, analisa dan buat keputusan...

    Lepas tu nak masuk semula kedalam kotak politik, masuklah.

    Hatihitam

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive