Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Thursday, January 28, 2010

Kepala BABI, Kepala LEMBU, Kalimah!!!

Pak Sedaro penuh hiba tatkala melihat kepapaan dan kekufuran ILMU dalam kalangan rakyat Malaysia yang makin hari merasa terHIMPIT dek mauduk fikrah jahiliyyah ortodoks.

Pagi tadi dua (2) buah Masjid di Selangor diberita dilempar dengan Objek Kepala Babi Hutan beserta duit bernilai RM35 dan RM40. Apakah ini manifestasi yang didodoi oleh Rakyat Malaysia? Apakah Rakyat Malaysia BERHAJAT mencetus kembali Peristiwa Berdarah 13 Mei 1969? Apakah Rakyat atau manusia yang diupah oleh KEPARAT untuk meluka hati dan perasaan Rakyat Raja ini membuat analisan KESAN dan AKIBAT perbuatan BODOH mereka itu?

Insiden Kepala BABI, Kepala LEMBU, Kalimah, Bakar Surau, Bakar Gereja atau mana-mana Rumah Ibadat, merupakan pendekatan subversif yang dicetus oleh faham atau idealisme KOMUNIS. Kepada warga yang masih MUDA, Sebuah Buku yang ditulis pada tahun 1955 oleh Ketua Pesuruhjaya Operasi Peperangan Gerila di Malaya ketika itu bertajuk The Conduct of Anti-Terrorist Operation in Malaya, telah memberi gambaran tindakan dan peristiwa yang dijangka akan dan boleh dilakukan oleh pengganas Komunis. Pakatan ini membentuk sebuah koloni Min Yuen yang KUAT. Apakah gelombang propaganda lateral telah ditiup ke dalam kotak fikir Rakyat Malaysia yang tidak BERDOSA?

Pak Sedaro yakin ketumbukan PDRM di bawah pimpinan IGP dan DIGP yang memiliki ILMU survivalis Komando, bersama pasukan ATM dan Majlis Keselamatan Negara sedang menganalisa prospek-prospek kedudukan KESELAMATAN Tanahair ini.

Pak Sedaro yakin YAB PM, YAB TPM, YAB MB-MB dan YAB KM-KM baik daripada kalangan BN mahu pun bukan BN, sedang dirundung resah gelisah dengan pelbagai insiden kecil yang berlaku merata jajahan tanahair ini.

Pak Sedaro yakin Persidangan Majlis Raja-Raja Melayu akan datang akan turut membincang dan mengambil langkah-langkah pre-emtif [kawalan dan pembendungan] daripada terus-terusan meresapi jiwa, sanubari dan benak fikir Warganegara.

Pak Sedaro yakin kalangan Usahawan yang menguasai kekayaan sumber ekonomi Negara akan mula mencanai dan mencatur strategi TIMBAL BALAS dan TIMBAL BALIK, kiranya dalam 15 bulan daripada hari ini, akan berlaku sesuatu yang JAUH LEBIH BURUK dan DASHYAT.

Pak Sedaro nak beri INGATAN kepada Rakyat dan Pembaco Paneh. Perpaduan Nasional dan Sikap Toleransi Nasional antara Suku Kaum di Malaysia bukan Bahan Permainan dan Domino yang boleh diPERJUDI di atas sebuah meja Roulette.

Pak Sedaro nak POSAN kepada Rakyat dan Pembaco Paneh, bahawa insiden-insiden kecil seperti inilah yang meletus LETUSAN BERAPI 13 Mei 1969. Jangan buat tak TENTU ARAH, yang pasti manusia BAHALOL yang buat kerja sebegini hanya menerima UPAH untuk memuas Nafsu Jahat dan Iblis pihak tertentu. Yang pasti, Insan Jahat sebenarnya ialah kelompok manusia yang DAYUS DAN BACUL. Yang barang tentu, manusia PENGKHIANAT ini sedang diperhati dan BAKAL menerima HUKUMAN ALLAH sedikit masa lagi.

Ingatlah, bahawa Perlembagaan Persekutuan 1957 merupakan limpahan Daulat Kesultanan Melayu Nusantara hampir 1000 tahun lalu. Pelihara dan pulihara keamanan, kedamaian, kesentosaan dan kebijaksanaan.

Pak Sedaro suka kepada Bidalan Melayu dulu "Berburu Ke Padang Datar, Dapat Rusa Belang di Kaki, Berguru Kepalang Ajar, Ibarat Bunga Kembang Tak Jadi".

2 comments:

  1. paneh...
    orang melayu ni pantang 3 jo...
    1. agama diganggu.
    2. bangsa di hina
    3. raja di cerca...
    tp itu dulu..

    sekarang ni dah macam tak da apa dah..sebab apa. dah ramai makan KFC, McD, Megi, magrib kat kedai kopi, subuh d tgh hari, dah sikit yang pandai asak diri, keris buat hiasan tambah seri, mainan dalam buat pun tak jadi...paham2 la bro..

    baling, kedah

    ReplyDelete
  2. Kepala B.A.B.I tu mesti Brader Anwar Bin Ibrahim yang baling.

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive