Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Wednesday, January 27, 2010

Campak B.A.B.I ke ISA @ Buang

Bukan Islam boleh guna Allah
Oleh SAIFUL HAIZAN HASAM
saiful.hasam@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 26 Jan. – Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini terus mempertahankan sokongannya terhadap penggunaan kalimah Allah di kalangan bukan Islam.

Pendirian Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu ditulisnya sendiri dalam ruangan pendapat di The Wall Street Journal bertajuk “Orang Islam Tiada Monopoli dalam Penggunaan Kalimah Allah.”

Anwar berkata, hanya segelintir umat Islam di seluruh dunia menyokong dakwaan bahawa mereka berhak memonopoli penggunaan kalimah Allah.

Katanya, ini kerana kalimah berkenaan telah diperakui wujud dalam kamus bahasa Arab kuno sebelum ketibaan Islam lagi.

Sebelum ini, Anwar juga pernah dikecam apabila menuduh Islam menindas kaum minoriti penganut agama Hindu, Buddha, Kristian dan Yahudi ketika menghadiri satu persidangan di Australia, Disember lalu.

Dalam artikel yang disiarkan hari ini, beliau berkata, beberapa bahasa semantik yang mempunyai pertalian dengan bahasa Arab turut menggunakan kalimah Allah ketika merujuk kepada tuhan seperti Elaha dalam bahasa Aramaic dan Elohim dalam bahasa Ibrani.

“Manuskrip sejarah membuktikan bahawa orang Islam, Kristian dan Yahudi yang menggunakan bahasa Arab secara kolektif telah menyembah tuhan pencipta serta pentadbir alam semesta yang dipanggil Allah lebih 1,400 tahun lalu.

“Sejarah Islam di Asia Tenggara pula telah dikenali dengan tradisi kemajmukan yang merangkumi semua, manakala hubungan persahabatan antara orang Islam dan bukan Islam telah menjadi satu norma sejak beberapa generasi.

“Sehubungan itu cendekiawan Islam di luar negara melihat isu penggunaan kalimah Allah di Malaysia sebagai tidak masuk akal dan tidak dapat menduga ia mencetuskan bantahan dan kemarahan,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Anwar membuat dakwaan bahawa kelemahan Malaysia dalam menangani isu membabitkan agama dan perbezaan kaum bukannya sesuatu yang luar biasa.

Katanya, layanan buruk kepada kumpulan minoriti di negara Islam selalunya lebih teruk daripada perbuatan serupa yang dikecam umat Islam di negara Barat.

“Kita telah melihat bagaimana orang Islam di seluruh dunia membantah undang-undang mendiskriminasi mereka yang diluluskan di negara Barat yang sepatutnya lebih liberal dan progresif.

“Sebagaimana Perancis serta Jerman dalam isu pemakaian burqa dan Switzerland dengan isu menara masjid, begitulah juga Malaysia yang seringkali gagal menyediakan suasana selamat dan terjamin terhadap masyarakat minoriti,” katanya.

Sementara itu, Anwar mendakwa ketegangan dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam di negara ini dicetuskan oleh beberapa pemimpin politik yang semberono, media arus perdana dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mempunyai kaitan dengan ahli dan pemimpin UMNO. - Utusan.Italic
Pak Sedaro melihat kelancangan MULUT penuh LANGAU Anwar Ibrahim amat menjejaskan keharmonian Negara. Jika DYMM SPBA menitah dan bersetuju dengan titah di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri, adalah lebih baik kepada Anwar Ibrahim. DAN tarik semua Pingat dan Gelaran Istana yang diberi kepada Penderhaka ini. Anwar Ibrahim kini bukan sahaja MENCABAR tetapi sudah MENGHASUT dan MENTERBALIK pemikiran rakyat. Anwar Ibrahim sudah mencabut kesaksian paksi Perkara 3, Perkara 11 (2), Perkara 32, Perkara 160, Perkara 153 dan MENCEMAR KEDAULATAN Perkara 4.

Pak Sedaro fikir jika Anwar Ibrahim ini lahir di Pakistan atau India atau Indonesia atau Thailand atau Filipina atau Cambodia atau USA atau Russia. Anwar Ibrahim telah LAMA meninggalkan dunia FANA ini....

Baik sungguh Pentadbiran Barisan Nasional, yang kasihani Anwar Ibrahim ibarat Beruk Dapat Pisang Setandan, seperti Kodok Panggil Hujan, laksana Mengkarung Lidah Bercabang. Anwar Ibrahim ini sudah MELAMPAU-LAMPAU, dan tidak hairanlah Dia Pernah di SEPAK oleh Pak Menakannya sendiri di Ceruk Tok Kun. Siapa yang kenal Anwar Ibrahim, pergi cari Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan...sepupunya yang boleh mewiridkan Biografi Anwar Ibrahim Al-Juburi Al-Hasad Al-Lahanati....

Selagi DS Najib dan TS Muhyidin tidak AMBIL langkah-langkah affirmative action kepada B.A.B.I., selagi tulah ayam jalak ini berkokok. Si jalak lenteng ini PERLU dipeti sejukkan. Rakyat perlu SEJUK BEKU Anwar Ibrahim dalam peta dan kamus politik.

1 comment:

  1. Dalam keadaan begini dan sekarang serta dari pengalaman-pengalaman yang lepas, saya masih tidak faham dan amat hairan kenapa masih ada yang begitu taksub dengan DSAI!

    Apakah yang mereka sedang fikirkan dan apa yang dah rosak dalam pemikiran mereka sehingga langsung tidak mahu buat analisa dan mengimbang buruk/baiknya.

    Tak kanlah disebabkan benci serta marah dengan segelintir pemimpin UMNO/BN sanggup pula bersengkokol dengan mereka yang memang jelas hendak merosakkan keamanan dan kedamaian yang sungguh susah untuk dibentuk.

    Hatihitam

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive