Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Friday, January 8, 2010

Bila Menteri Amaran Terjaga...

1. Menteri Amaran dah bersuara.

2. Banyak sangat amaran sampai orang pun dah tak takut.

3. Kalau berkesempatan, bolehlah anda buat pilihan dalam poll di atas blog ini berkenaan menteri amaran kita tu.

4. Bab bakar gereja ni diharapkan semuanya bertenang.

5. Islam sebagai cara hidup tidak mengajar umatnya bertindak begitu.

6. Harap pihak polis meneliti dari segenap sudut.

7. Keberangkalian penglibatan pihak luar dan pihak dalaman yang ingin mengambil kesempatan tidak boleh diendahkan.

8. Namun kami berpendapat masalah ini berpunca daripada pihak yang sepatutnya tiada hak menuntut dan pihak yang menafsir undang-undang pula tidak memahami Roh Perlembagaan Persekutuan.

9. What goes around...comes around. Ini hukum karma.

10. Pagi tadi sebaik Zahid Hamidi sampai di tempat kejadian, tidak lama kemudian KJ pula muncul.

11. Ehem...macam berpakat je nak datang.

Gambar sekadar hiasan

6 comments:

  1. Assalamualaikum Paneh,

    Memang betul, biarlah semua bertenang atas isu ini. Mungkin pengajarannya, Sarang tebuan jangan dicuba jolok2..kata orang tua tua dulu dulu.

    Bab KJ ini biarlah dia datang, apa salahnya. Kalau tak datang nanti, orang kata pula, mengapa tak datang pulak si KJ ni??

    ReplyDelete
  2. ni akibat nyolok sarang tubuan,ongeh nak topih.paneh miang dibuek eh,gata mongonyam macam masuk lubok mengsiang.tak boto2 ado yang manjek dodap atau ngelak buluh caro sonsang. ado yang cala bala & ado kono miang buluh.garuk pun bodarah manjek pun bodarah.drpd:puteraboting

    ReplyDelete
  3. boto.tobek usah dikoca.kok kono songek sombilang.sarang ponyongek usah dilocut.kok tak torimbeh.kok bincut.bondo miang jangan didokek,kok tak tahan ngaruk.kok bokudih menanah!
    (mensiangtobek)

    ReplyDelete
  4. Mereka adalah pemimpin Melayu yang cepat sangat nak jadi juara untuk orang lain..

    Jadi Ketua Pemuda, tetapi kalau asyik berteduh di bayang orang lain, susah le..

    ReplyDelete
  5. Apa boleh buat. Bukan alasannya jolok sarang tebuan. Alasannya sekarang Islam tercalit nama buruk. Macamana kita nak orang bukan islam terbuka hati memeluk islam jika perkara ini memburukkan agama islam.

    ReplyDelete
  6. Pemimpin jaga dalam negeri ni lembik sgt...masih dilamun cinta kot dgn .....(kononnya)

    KJ dan Zahid...pemimpin harapan, do something bro...we change

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive