Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Saturday, May 8, 2010

Episod 1: Melayu Kelas Dunia

Subjek besar yang kini sibuk dibacarakan oleh mantan PM iaitu Tun Dr. Mahathir dan Tun Abdullah. Juga diganyang oleh PM semasa, Najib Tun Razak.

Apokah yang difikir oleh mereka? Sejauh mana kebolehan Bangsa Melayu [Rakyat Raja & Orang Asli & Pribumi Sarawak dan Pribumi Sabah] menuju wawasan? Setakat hari ini setelah 53 tahun merdeka, umur UMNO 64 tahun, di manakah status quo Bangsa Melayu? Apokah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan tidak memadai? Apakah perlu ada Perkara 153 Bahagian Khas untuk mewarta segala macam kepentingan, yang secara langsung mahu pun tidak langsung memberi pengukuhan kepada Kepentingan-kepentingan SAH kaum-kaum Lain?

Pak Sedaro fikir kali ini, sey nak kongsilah serba kerdil ilmu Tamadun dalam meletak Melayu Kelas Dunia. Berasaskan buku-buku muktabar dari kurun ke-17 yang dinukil oleh pemikir-pemikir besar Bangsa Latin dan Bangsa Arab-di Asia Tengah; bahawa Melayu telah mula dikenali oleh kalangan saudagar dan pedagang seantero dunia sejak kurun ke-13 masehi lagi. Kerajaan Melayu Majapahit telah membuka lembaran wujudnya tamadun besar di bumi Semenanjung Emas. Di tambah dengan wujudnya Kerajaan Kedah Tua dan Melayu-Pasai.

Hari ini, Melayu diikat dengan sejarah 113 tahun Empayar Kesultanan Melayu Melaka sebagai bukti bersejarah akan kehandalan dan kehebatan Negara Melayu ketika itu. Sejarah 451 tahun penjajahan telah merubah segala tabi'i semulajadi yang dihidang oleh peta Sejarah Perdagangan Melayu Melaka. Nilai 1 bahar bersamaan 100 keping emas yang dimiliki oleh sebuah unit keluarga Melayu di Melaka, menjadi seakan retorika dan mainan minda di bawah sedar.

Episod 1, Melayu Kelas Dunia merupakan hidangan minda kepada pembaco yang yakin bahawa Bangsa Melayu itu Handal, Bistari, Tangkas dan Cekal. Bahawa anak Melayu itu penuh Wibawa, Kaya Ilmu, Kaya Akal, Kaya Ibadah dan Kaya Pekerti. Bahawa anak Melayu itu seorang Islam yang ke mana sahaja di muka bumi Allah ini, dia masih mengESAkan Khaliqnya, menegak kebesaran Kekasih Allah dan meletak Al-Quran sebagai jalan ikutan dan imam hingga ke liang lahat.

Apakah yang diperlukan oleh seorang anak Melayu untuk berada di Kelas Dunia?

Pertama, Melayu itu mesti hidup dalam Saf. Inilah yang dianjur dalam ibadat solat kita, bahu bertemu bahu, meluruskan tumit belakang dalam saf ialah kaedah yang objektif dalam menentukan Melayu itu Kelas dunia. Semua acara perbarisan baik yang diguna oleh Yahudi, Nasrani, Majusi, Islam, Komunis sebagainya, meletak konsep disiplin perbarisan. Teknik perbarisan ini dicedok daripada kaedah kita mendirikan solat. Dalam solat kita begitu tekun dan meletak khusyuk sebagai pilihan yang tidak berbelah bagi. Melayu mesti survive dalam Saf yang berswadaya tinggi.

Hari ini, parti politik Melayu tulen hanyalah UMNO dan PAS. Saf-saf ini amat kritikal dan objektif. Melayu tidak ada dahan berteduh atau banir untuk melabuh. Hanya UMNO dan PAS pilihan mereka. Institusi Raja Melayu ialah Petak Perlindungan paling utama dan terakhir sekiranya Melayu itu berpecah-belah. Saf-saf ini perlu dijaga dengan bijaksana dan penuh bil-hikmah. Sebuah tulisan yang dihujah panjang lebar oleh Khalifah Umar Abdul Aziz, bahawa khalifah iaitu Raja atau Sultan merupakan tamadun paling akhir yang runtuh andai sebuah bala tentera undur diri. Mereka ini mempunyai amanah tertentu dan diikat dengan janji Allah kepada keturunan mereka. Bukan mudah untuk mereka LALAI, namun kiranya IMAN, AMAL dan TAKWA bukan pilihan kehidupan, maka balasan Allah amatlah pedih.

3 comments:

  1. Melayu ni bukannya tak hebat tetapi terdapat terlayu banyak Melayau kaki komisen tradisi menipu rakyat. Segai contohnya bukannya Den tak sokong 1 Mesia 1 Mongolia kita masuk kearena janakuasa Nukliar tetapi yg sudah2 pun zaman sikittol kutty janakuasa bebas IPP punyg dipunyai kroni2 totap mendapat tompat dihati Elitis Melayau yg memerintah hingga membebankan lagi TNB yg terpaksa beli secara TUNAI. Baguslah kalau kita kejanakuasa Nukliar hingga kekomisyen pun lebih lagi Nukliar. Bukannya den tak cayo Melayu tetapi rakyat Mesia "Dah Lama Daaaah Terkono" Den tak lupo walau mantan PM kutty kato Melayu mudah lupo. Den ingat kito pakai tenago hidro atau angin pun cukup dah tapi jgn pulak lupo nak dihantarnya pelajar Melayu belajar Nukliar. Den masih tunggu2 berito kapal solam kito boli bilolah boleh menyolam.

    ReplyDelete
  2. Salam Uncle Paneh,

    Terima Kasih atas ilmu mengenai landasan Melayu walau serba ringkas sejak abad ke 13.

    Alhamdulillah, BAGI SAYA, Bangsa Melayu berada di landasan yang baik sekarang dan mungkin terbaik sejak abad ke 13.

    Orang yang singkat fikiran dan negetif memang tak nampak yang baik baik Uncle, mereka hanya nampak 'komisen' sebab jiwa mereka sakit dan hati mereka busuk tak habis dengan dengki khianat pada bangsa sendiri.

    Hakikatnya kita mesti terima, Bangsa Melayu bertambah maju dan baik. Belum pernah orang Melayu mahu berlumba lumba berniaga, bertani, mencari Ilmu malah telah sampai ke Angkasa!!!

    Kita mesti bersikap positif. Tidak semuanya indah dalam hidup ini. Tidak semua juga mudah, tapi kita mesti jangan mengalah. Semangat mesti kuat. Bangsa mesti kita kasihi dan sayangi. Bahasa mesti kita jaga.

    Melayu memang kelas Dunia, apa bezanya dengan bangsa lain? Malah kita lebih baik dan maju dari mereka.

    Sayang Melayu!

    ReplyDelete
  3. Wahai kawan kawan melayu yang saya hormati, tidak pernah saya pandang rendah orang melayu atau orang malaysia tetapi orang melayu mempunyai kelemahan seperti setiap insan di dunia ini. Kelemahan orang melayu adalah mereka berfikiran sempit. Wahai melayuangkat. Berbanggakah kamu bahawa orang Malaysia telah sampai ke angkasa?? Dengan membelanjakan wang negara yg boleh digunakan untuk menolong rakyat-rakyat yang miskin di negara kita dan jangan lupa saudara malaysia kita yang pergi ke angkasa itu cuma adalah penumpang di kapal angkasa Rusia samalah seperti sesetengah kawan-kawan malaysia yg anggap kaum-kaum lain adalah penumpang di negara ini. Sedar diri lah, saya yakin pada ISLAM tetapi tidak pada sesetengah penganutnya. rosakkan nama Indah ISLAM saja..

    ReplyDelete

Blog Archive