Artikel Kenapa perlu taat Raja Melayu? kelihatan menimbulkan polemik dikalangan pengunjung yang meninggalkan komentar dalam posting tersebut, sehinggakan ada yang tergamak menulis kata-kata berunsur hasutan sepertimana komen pengunjung yang menggelarkan dirinya "anti raja". Di bawah Perkara 10(4) dan Perkara 149 (1)(b), pihak berkuasa berhak untuk mengambil tindakan di bawah peruntukan Perlembagaan Persekutuan terhadap mana-mana individu yang didapati cuba membangkitkan perasaan tidak suka terhadap Raja-Raja Melayu atau mana-mana kerajaan dalam Persekutuan.
Nasihat kami, lain kali kalau nak komen tu, berhati-hatilah. IP add anda ada dalam rekod kami. Jika diminta oleh pihak berkuasa, maka kami dengan senang hatinya akan memberikan kerjasama. Bak kata orang dulu-dulu, "Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar."
Disebabkan ramai yang berminat dengan kisah Ahlul-Bait Rasulullah s.a.w., maka kami rasa terpanggil untuk menyambung kisah tersebut.

Kewafatan Rasulullah s.a.w. telah meninggalkan 3 warisan terpenting kepada umatnya iaitu Al-Quran, As-Sunnah dan Itrah atau zuriat baginda.
Dalam sebuah hadis riwayat Al Hakim dan disahihkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Bintang-bintang merupakan (sarana) keselamatan bagi penghuni bumi (yang sedang belayar) dari bahaya tenggelam/karam, sedangkan ahlul-baitku (sarana) keselamatan bagi umatku dari perselisihan (dalam agama). Bila ada satu kabilah Arab yang membelakangi ahlul-baitku, mereka akan berselisih, kemudian menjadi kelompok iblis."
Hadis di atas menjelaskan bahawa Rasulullah s.a.w. sendiri telah menguar-uarkan zuriat baginda yang bukan saja sebagai pusaka peninggalannya, bahkan turut menekankan kepentingan mereka yang Allah pilih sebagai (sarana) keselamatan ummah.
Terdapat pelbagai bukti sejarah dalam kehidupan tradisi masyarakat Alam Melayu yang menerbitkan perihal kesultanan ahlul-bait di Nusantara. Golongan yang membawa syiar Islam di Kepulauan Melayu adalah daripada bangsa Arab, khususnya golongan ahlul-bait Rasulullah s.a.w. yang datang beramai-ramai dari wilayah Hijaz dan Hadhramaut. Golongan ahlul-bait ini kemudiannya diberi peranan oleh masyarakat di Kepulauan Melayu untuk mencorak dasar, kerangka dan halatuju masyarakat setempat apabila mereka dilantik sebagai umara'/raja dalam institusi kesultanan ahlul-bait.
Antara warisan terpenting yang telah ditinggalkan oleh umara' dan ulama' ahlul-bait Rasulullah s.a.w. di Alam Melayu ialah pegangan feqah Mazhab Syafie. Imam Syafie sendiri bertegas dengan pendiriannya berkenaan hak, keistimewaan serta keutamaan ahlul-bait, sehinggakan beliau pernah dituduh sebagai puak Syiah Rafidhah, hanya disebabkan rasa cinta dan penghormatan yang begitu tinggi diberikan Syafie kepada ahlul-bait Rasulullah s.a.w. Malahan Imam Syafie sendiri banyak berguru dengan ulama' ahlul-bait di Yemen yang telah menyebabkan alim ulama' ahlul-bait menjadi begitu serasi dengan ajaran feqah Mazhab Syafie.
Imam Syafie juga pernah menulis mengenai ahlul-bait dalam salah satu bait syairnya;
"Jika kecintaan kepada Aal (Ahlul-Bait) Muhammad dituduh Syiah Rafidhi, maka saksikanlah hai manusia dan jin bahawa aku adalah Rafidhi."
Dalam syair yang lain, Imam Syafie menulis;
"Hai Ahlul-Bait Rasulullah s.a.w., mencintai kalian kewajipan dari Allah diturunkan dalam Al-Quran, cukuplah bukti betapa tinggi martabat kalian, (yakni) tiada solat (andai) tanpa selawat bagi kalian."
Menurut Mazhab Syafie, mengucapkan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. dan Aal (keluarga) baginda adalah wajib hukumnya dalam tahiyyat akhir solat fardhu.
Walaupun ahlul-bait Rasulullah s.a.w. tidak maksum, namun keturunan ini bolehlah diibaratkan sebagai kayu kokka berbanding kayu-kayu lain, ataupun ibarat delima berbanding batu-batu permata yang lain. Begitulah perumpamaannya jika dibuat perbandingan akan martabat ahlul-bait Rasulullah s.a.w. berbanding kelompok manusia lain kerana ahlul-bait ini terkandung zat Rasulullah s.a.w. dalam diri mereka. Bahkan, hakikat ini turut diperakui oleh syariat Islam; dan sejarah Islam turut membuktikan bahawa ramai tokoh hebat di dunia ini lahir dikalangan ahlul-bait Rasulullah s.a.w. sejak dulu, kini dan insyaAllah akan berterusan sehingga ke penghujung riwayat dunia ini nanti.
Jika Imam Syafie sendiri pernah menyatakan perasaan kasih, cinta serta memuliakan ahlul-bait Rasulullah s.a.w., MAKA adakah ilmu serta maqam anda itu lebih hebat daripada Imam Syafie sehingga tergamak menulis komen mempersenda, memperlekeh serta menghina ahlul-bait Nabi Muhammad s.a.w. dalam waris Kesultanan Melayu?

itulah bahananya apabila depa komen sblm ni guna logik akal dan bukan bersandarkan ilmu. mcm hompuk n geng. heheh...
ReplyDelete-tom tem bak-
Salam PM,
ReplyDeleteSatu artikel yg baik. Org Melayu perlu tahu fakta sejarah Ahlulbait di M'sia. Kenapa Sultan2 Melayu dapat bertahan lama di M'sia@Tanah Melayu? Kerana keturunan ini dijaga maqamnya oleh Allah. Dan kenapa UMNO dapat memerintah lama diakui parti moden paling lama memerintah dlm dunia..kerana keturunan Ahlulbait menyokong UMNO.
Yang Di-Pertuan Agong dan juga Raja-Raja Melayu adalah pembela agama Islam. Itulah sebabnya terdapat percubaan nak menjatuhkan mereka.
ReplyDeleteMajority rules
pelajaran sejarah dan isu punca raja melayu
ReplyDelete-------------------------------------------
semasa saya belajar sejarah , semasa tingkatan 2/5 kami
di ajar menggunakan buka teks yang ditulis olih satu
bai- joginder singh jessey.
menurut beliau , usul raja raja melayu adalah mereka
memulakan kerjaya sebagai ketua lanun sungai[ river pirates].
semasa sekolah dulu saya selalu juga meminta penjelasan dari guru
samada fakta ini benar. dari ingatan saya , kata guru ini adalah
fakta sejarah yang di kutip olih historian omputih macam winstedt et al.
kalaulah benor, new findings dan fakta baru telah timbul
baru baru ini , adalah wajar fakta ini diterapkan di dalam sejarah
sukatan kementrian pelajaran ,
Akhirkata adakah finding ini akan membawa satu respek baru
yang lebih dari yang lama?
mungkin ada respon dari tetamu blog ,
salam
mat khong khek khuat
Salam brader
ReplyDeleteMinta ampun semalam ese pinjam skrip filem sibu tu msk dalam blog saya
http://gemasindah.blogspot.com
Ya skrip tu mmg cantik utk memahamkan pemimpin UMNO yg banyak belajar sastera tu..lebih lebih lagi tok rais
kalau dah tulis secara lembut cara kasar cara berkias hga sampai skrip filem UMNO nak juga pujuk2 cina tu ..tak tau nak ckp apa lagilah.
org cina dah juta kali doa pada tok pekong dia mintak myu jadi keneneng biar skg dia merentah ..tok pekong dia dah kata ok..tak kan cina nak lopehkan saat keemasan tu..tulah pasal soi lek dan sukun ..buat dek aje...yg faham ttg perangai cina ..ni agaknya Ridhuan Tee ..dia dah tulis banyak kali pasal kiasu dah..tapi DS Najib ..nak pakai cakap dia ke ...nak suruh PAS ..dia dah totok dgn ulamak nik ajis dia..berbueh mulut pun ..takda gunanya..yg patut umno pusingkan balik kepla mereka yalah golongan muda & menengah myu..yg fedup dgn kelibat org yg itu je dlm umno ni..yg sekolah tak berapa ..tapi pandai mengalahkan einstein..
jemputlah melawat blog saya http://gemasindah.blogspot.com & http://fakirabdillah.blogspot.com
Tk n Salam Takzim
Omar Abdullah
Gemas, NSDK
Janganlah nak memperbodohkan Melayu lagi..
ReplyDeleteSemua orang tahu raja berak kencing macam kita juga. Raja bukan macam nabi, raja tidak maksum sebab tu ada raja bunuh orang dengan kayu golf. Ada raja berjudi sampai berjuta di Las Vegas tetapi apabila tidak dapat membayar hutang, mengarahkan perbendaharaan negeri membayarnya!Raja bermukah dan minum arak bukan cerita baru, dah lama kita dengar. Ada raja mengamuk kerana lambat dihidangkan arak sampai menggigil waitress yang terpaksa sambut gelas yahg dihempas ke lantai dek lambatnya dia datang menuang!
Bukan rahsia lagi anak raja negeri itu pakai gangster pukul anak raja negeri ini dalam pesta minum arak. Semua itu membiakkan rasa jijik orang ramai. Apa lagi mereka ini tidak menyumbangkan apapun kepada kemajuan bangsa melayu itu sendiri dan agama Islam khasnya.
Apa yang nak dibanggakan dengan keturunan? Saya pun berketurunan Arab, datuk nenek saya ulamak terkenal di pantai timur tetapi itu tidak menjadikan saya kebal dan perlu dihormati.
Tidak ada satu hadis pun yang menyatakan kita perlu menghormati keturunan raja-raja melayu kerana mereka dititipkan dari keturunan rasulullah! Itu semua ilusi penulis blog ini saja yang niatnya hanya Allah saja yang tahu.
Anon 7.00pm. Pi baco bab hadis raja http://paneh.blogspot.com/2009/10/hadith-raja.html.
ReplyDeleteSudah diterangkan bahawa ahlul-bait itu tidak maksum, tetapi eloklah anon ni pi berguru dulu dengan ulama' sahih, bukannya ulama' politik mcm Nik Ajis atau mana2 ulama' politik lain dalam Pas, kemudian baru komen di sini ok.
Ada melayu yg buta hati kerena buta sejarah. Sejarah kesultanan melayu lama tidak ada kena mengena dgn UMNO atau PAS. PM cuma bentangkan sejarah raja raja kita. Kalau ada raja atau anak mereka yg berlaku tidak adil ini menunjukan mereka manusia biasa semacam kita juga. Namun hari ini yang dipertahankan adalah sistem Raja Berpelembagaan. Undang2 khas juga telah digubal bagi mendakwa mana2 raja yg bermasalah.
ReplyDeleteKalau tak suka pada sistem pemerintahan ini tuan2 dipersilakan berhijrah ke negara yg tuan2 fikir lebih baik. Malaysia tdk kerugian tanpa tuan2.
Kalau marah biar berpada jangan sampai membakar rumah. Membenci bangsa sendiri semata2 kerana dipengaruhi fahaman politik.
den bukan nak panehkan keadaan...
ReplyDeletemaso sekolah dulu, den baco sejarah melayu, amik pekso ttg sejarah melayu. maso kek u dulu pun belaja ttg asal usul melayu.
yg masih den ingat sultan melako di islamkan oleh tok arab dr tanah arab.
itu makno nyo rajo melayu belum islam( maso tu ). mcm mano lak boleh dtg dari keturunan nabi?
satu lagi,
yg keturunan umno, jgn mengado-ngado lak amik kesempatan. umno x masuk book dlm hairaki rajo-rajo ni. bilo tongah kuat dulu, rajo kau nak buang. tp maso ni dah tinggal nyawo-nyawo ikan baru nak mintak bantuan istano. dasar muko tak tau malu.
dah 64 tahun, apo yg kau dah buek ngan orang-orang melayu. ramai yg masih merempat kek negara sendiri.
cermin la diri dulu. jangan asyik nak salahkan org lain.
maaf kalau tekasa bahaso den...
salleh bin ahmad
en salleh,
ReplyDeleterajo melako dah lamo takdo do. sobab tu melako skrg tak berajo. Yg kita kaji skrg rajo yg ada lai merintah di msia ni...contoh aih rajo pahang, johor, slgor, bukan ko dari rantau kepulauan melayu spt pagar ruyung dsb.
Apo kono mengono dgn parameswara yg buko melako tu?
hahahaha. sori la den golak dulu. ni la spesis hompuk n geng yang kojo eh nak membangkang yo tp mendalami sesuatu perkaro yg ditulis dlm posting tu..tarak. mcm si saleh ni la. sah la selamo ni geng pembangkang ni tak membaco pun posting, main taram komen je. tah bilo la budak paneh tu tulih pasal sultan melako ahlul-bait. apo ko bengong. kek situ dah nampak kebengongan tukang komen. org citor pasal sultan lain, dio citor sultan melako. hahahah..
ReplyDeletetp den suko soklan saleh pasal apo umno dah buek nak nolong org melayu merempat. tp den lak nak tanyo saleh, ko lak apo t/jwb ko sebagai org melayu dan org islam utk bantu bangso yang seugamo ngan ko tu merempat? apo dah ko buek? bukan ko t/jwb membelo agamo dan bangso tu t/jwb setiap umat muhammad?
ni la spesis eh kok anak rambut kaler oren, mako umno yg salah. kok anak curi motor gi merempit, umno yg salah. anak dogil melawan cakap org tuo, mako umno gak yang salah.
ko tau tak kenapo org melayu ramai laie yg merempat? bukan sobab umno jo, tp sobab sikap keseluruhan org melayu tu sendiri. kok ko sendiri, berapo lamo dah ko meniago? kok ko dapek projek, ko sub tak kek cino? kalo kojo tu, adokah 8 jam tu ko buek kojo yo selain waktu rehat? ko kau curik tulang poie dating, minam kek kodai tak roti balik buek kojo? atau dok ngumpat kerajaan ngan kengkawan waktu yg ko sepatut eh bekojo? apo yg ko dah buek? itu semuo masalah sikap...paham tak sikap melayu tu sendiri yg suko amik jalan mudah. dan jalan mudah mcm ko amik ialah menyalahkan kerajaan. botul tak?
sobab ko sengkek, mako kerajaan salah. sobab ko nak boli spot rim takdo duit, mako kerajaan salah. apo usaho ko? mcm2 bantuan kerajaan bagi, tp usaho pihak ko mano?
cakap sonang nyalah an org. bg cadangan penambahbaikan tarak. ni la spesis yg menghancurkan bangso sendiri. bangso lain usoho. bangso sendiri cam saleh ni sumo kojo eh nyalahkan orang itu dan ini. samo la cam hompuk n geng.
raja putar/gedoyok ko dodayak... cam tu la...
ReplyDeleteden bukan nak marah tp nampak bona kau ni hompong dlm sejarah. balik rumah bukak lah buku sejarah melayu, apo hubungan antara rajo ngan rajo. baco dan tafsir.
lopeh tu baru la komen.
den tak ponah jd ahli pkr/pas/dap jd jgn nak sabit kan den dgn pembangkang. den tulis berdasarkan apo yg den tengok, baco, dongar dan perhatikan. kalau org tak sekolah boleh lah kau bodoh-bodohkan.
kalau nak di senaraikan kegagalan kerajaan memang banyak tp tak yah lah....
habih kan boreh jo
KALAU KITA MASIH PERCAYA BANGSA KITA MELAYU
ReplyDeleteRAJA RAJA = LAMBANG , BENTENG MELAYU, ISLAM
ISLAM = BENTENG MELAYU
HAK ISTIMEWA = BENTEMG MELAYU
RAJA RAJA, AGAMA ISLAM, HAK ISTIMEWA ADALAH BENTENG TERAKHIR ORANG MELAYU. NAK HIDUP KA NAK MATI KA, TERPULANG KEPADA KESANGGUPAN DAN KEMAMPUAN ORANG MELAYU, HANYA MELAYU YANG BOLEH TOLONG MELAYU.
TEPUK DADA JANGAN SOMBONG
senaraikan kegagalan je ke? senaraikan kejayaan xnk ke? kalo ikut timbangan amal, dua2 kita kita timbang dosa dan pahala dan tgk mana lebih berat. baru bleh masuk syurga. kalo nak senaraikan kegagalan kerajaan, maka adilnya kena senaraikan sekali kejayaan kerajaan. barulah betul islam.
ReplyDeletekalau ikut sistem timbangan amal - kegagalan dan kejayaan...den raso pencapaian kerajaan pakatan dah tentu menuju ke nerako..huhuhu
ReplyDeleteRaja Melayu dari Ahlul Bait
ReplyDeleteKah kah kah. Joke of the century.....
anon 12.24am itu je yg ko dpt komen? kalo setakat tu aku pun boleh gelakkan ko muaaaaaahahahahahaha sobab ko pun lbh kurang joker of d year gak. so apo bukti ko nak kemukakan utk sangkal dakwaan penulis ni selain drpd golak cam cilako ko tuh?
ReplyDeleteDengan adanya Raja-Raja Melayu ketuanan Melayu akan terjamin, siapa yang menyangkal ini tidak faham Perlembagaan Persekutuan
ReplyDelete