Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Thursday, May 13, 2010

Episod 3: Melayu Kelas Dunia

sambungan...

Resepi Ketiga yang memberi implikasi berkesan sebagai Melayu Kelas Dunia ialah Melayu mesti BERANI untuk UBAH, TAMBAH, TIMBUN, KONGSI DAN PUPUK. Perangai kena berUBAH dari pengecut kepada berani, ilmu kena berTAMBAH dari ciput kepada banyak, harta kena berTIMBUN daripada semangkuk kepada sekawah, sumber kekayaan kena berKONGSI daripada menjadi kedekut taik hidung masin dan mati sorang-sorang dengannya, semangat Melayu kena berPUPUK dari kecil kerana inilah kaedah sebuah Negara Bangsa boleh disemai, dibaja dan dirancang perkebunan.

Untuk melihat kebenaran preskripsi ini, maka bacalah dengan mendalam dalam kitab lama, yang ditulis oleh Kiyai Allahyarham Tok Kenali dan Kiyai Sheikh As-Shahid Mohamad Said Al-Linggi. Buku zaman moden yang memberi kefahaman dakyah Barat kepada resepi ini ialah buku karangan Anthony Robbins dan John Asaraff serta Bob Procter.

Buku Nole Metanggagare nukilan Jose Rizal, buku Biography of Mahatma Gandhi juga boleh diasaskan dalam asahan pola fikir Resepi ini.

3 comments:

  1. boto tu pm. sompek ko kito berubah sebolom ditolan bangso lain. melayu sudah liwat tak do maso nak kojar. hai ontah. bueklah yang patut kurang2 untuk akhirat.

    dongan kotuo2 yang ado ontah bilo nak poie. dari ateh sampai kobawah samo jo. Najib dah bori lesen judi bola 1Malaysia. dahlah bapak dah bori judi 1Genting. bapak borek anak rintik. orang kito main tuka duit juta2.

    kalau anak mudo ikut teladan macam ni apo yang akan berubah dengan melayu.

    ReplyDelete
  2. Melayu apo jang yg ditakrifkan Kelas Dunia. Ekau tgk ajolah si Epul "lied all the way to his Anus". Yet UMNONGOK still using him as "Talian Hayat". Tak kemano kito ni Jang ooi.

    ReplyDelete
  3. Kasihan teman nengok kome-kome ini. Kawan ini menulis tentang pendekatan dan keperluan untuk Melayu Kelas Dunia.

    Bukan teman dok sibuk dengan beberapa mangkuk hayun yang tiada Kelas Tadika pun tak sior.

    Malu la ooi, tak pandai berpencak jangan le nyibuk.

    Suara Maharajalela.

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive