Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Saturday, May 1, 2010

Bukan TAWAR tapi MINTA MERASUAH

SPRM melapor secara berhati-hati dan berlapik tahap tertinggi. Pesalah trafik [lalu lintas] paling banyak tawar rasuah? Pak Sedaro fikir perlu re-phrase pernyataan tersebut.

Pasukan Polis Di Raja Malaysia bukan semua Pegawai dan Anggota, JOLAP mentekedarah DUIT KOPI, DUIT TEH, RASUAH sebagainya. Dalam analisa Pak Sedaro selama 25 tahun kebelakangan ini, sebanyak 43.46% kekuatan PDRM terlibat dalam mauduk "Peminta Sedekah Eksklusif". Ada yang memang SENGAJA untuk duit poket, ada yang ditawarkan dan ada yang paksa orang beri duit HARAM agar tidak dikenakan bil/resit saman.

PDRM segar dalam masyarakat selama lebih 200 tahun. PDRM masih tidak mempunyai kapasiti Kementerian Khusus dan memiliki Menteri Khas tentangnya. PDRM dengan ketumbukan kakitangan awam dan seragam seramai 200,000 orang amat wajar ditadbir secara eksklusif dan eksekutif. Aset PDRM hari ini dianggar mungkin sekitar USD40 billion sejak 1957. Pada kiraan kuno Pak Sedaro, PDRM sudah wajar memiliki aset sehinga USD100 billion menjelang 2020.

Apakah PDRM di bayar gaji murah di bawah paras nominal yang selaras dengan tanggungjawab dan risiko akauntabiliti? Jika demikian lakunya, maka PDRM wajar pada kelas konstabel diberi gaji asas iaitu RM2,350 sebulan dengan elaun khairat kematian, elaun pangkat, elaun Kerja Berisiko Tinggi, Elaun Khidmat Pakar, Elaun Pengajian Lanjutan, elaun anak-isteri, elaun rumah dan elaun kerja lebih masa. Maknanya jika seorang konstabel dibayar USD1,000 sebulan, maka Insyaallah cukuplah makan-minum dia. Bolehlah dia sedikit mewah, macam kekawan Prebetnya di ATM.

Maknanya seorang KPN@IGP boleh dibayar gaji USD10,000 sebulan, sebab galak juga Perasuah samun wibawa seorang KPN...ini tidak mustahil.

Sebenarnya semua ini tidak mustahil untuk dimaterialkan. Inilah yang dinamakan Kehidupan Lestari dan Berpendapatan Tinggi. Kadar upah@gaji@kos buruh kena meningkat. Misalannys, kerja paling rendah martabat sosialnya dibayar sebanyak USD500 sebulan. Maka kerja paling berisiko, mustahak dalam pentadbiran Kerajaan dibayar sebanyak USD30,000 sebulan misalnya.

Kenapa guna USD sebagai kayu ukur? Sebab nilai USD ialah matawang dagangan perantaraan paling dominan di rantau Asia. Hari ini USD1 bersamaan RM3.35

Pelbagai peristiwa jika dilapor dengan telus dan tulus, menyingkap KAIN DALAM BURUK PDRM. Namun biar apa pun kedudukannya, yang menyumbang kepada "Semangat MAKAN DUIT HARAM@TAIK RASUAH" ialah masalah sosial yang semakin parah dan karam dalam masyarakat khasnya umat Melayu [baik yang BERI mahu pun TERIMA], juga masyarakat bukan Melayu iaitu Cina dan India. Samo ajo. Yang lobih membori ialah kalangan suku Thiong Hua sobab ramai banyak duit. Yang Melayu pun samo naik. Apakah sebenarnya yang cuba ditafsirkan...? Inilah AZAB ALLAH kepada warganegara Malaysia dan rakyat yang ambil enteng soal kerukunan kehidupan dan kerukunan Tamadun Membina Bangsa dan Negara Bangsa!

Selagi ramai yang tidak INSAF @ TAUBAT dalam amalan BERI RASUAH, TERIMA RASUAH, PAKSA ORANG BAYAR RASUAH, TA'DIB RASUAH maka selagi itulah Malaysia berkecamuk dalam sendaloka dan sandiwara. Baik politikus PAS + PKR + DAP + PRM + PSM + UMNO + MCA + MIC + PPP dan sebagainya, selagi namanya manusia yang TAMAK DUNIA, HAMBA DUNIA, KUFUR DUNIA...maka Rasuah merupakan Tulang Belulang dan Darah Daging mereka.

Kepado rakan PDRM yang tidak langsung terlibat dalam skandal dan skrip HARAM ini, beruntunglah kalian daripada kalangan kumpulan yang ganjil dan terasing.

7 comments:

  1. Dalam analisa Pak Sedaro selama 25 tahun kebelakangan ini, sebanyak 43.46% kekuatan PDRM terlibat dalam mauduk "Peminta Sedekah Eksklusif". Ada yang memang SENGAJA untuk duit poket, ada yang ditawarkan dan ada yang paksa orang beri duit HARAM agar tidak dikenakan bil/resit saman.
    ..................

    Tuan, kajian mana yang dicedok tu, basi dan outdated sangat. Mentaliti pengguna sebenarnya lebih nak merasuah apabila terdesak untuk 'jalan mudah' jimat masa,tenaga dan wang ringgit. Keperluan merasuah bukan di pihak polis tetapi lebih kepada pihak pengguna.

    Secara praktikalnya, tuan cubalah hari ini sengaja melanggar beberapa kesalahan jalanraya..Jika 3 kesalahan dilakukan, satu kena amaran, satu dicatitkan nama dan nombor kad pengenalan tanpa saman dan satu lagi yang ketiga disaman.

    Tiada ruang langsung untuk polis jadi Peminta Sedekah Eksklusif kecuali tuan sendiri yang memberi isyarat awal, klu, tips untuk memberi rasuah.

    ReplyDelete
  2. Begitu juga dalam sejarah, belum pernah polis tembak pengguna yang mematuhi arahan berhenti di sekatan jalanraya.

    ReplyDelete
  3. duhai pak sedaro...apo nak buek lai..dah namo nya pun sistem ekonomi kapitalis, mako apo nak heran lai psl unsur rasuah ni...

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, kapal selam kita semakin nak timbul dah.

    ReplyDelete
  5. Salam Bro PM dan KM,

    Situasi yang di ceritakan oleh PMpun ada berlaku dan situasi yang di ceritakan oleh KM jugaberlaku. Dan kedua-dua situasi ini den ponah adapi.

    Keduo-duo keadaan ini sebenarnya kerana peluang dan kepentingan.

    Di sebelah kita(bukan semua): Nak kejar masa, nak jimat masa. Nak jimat duit ya juga. Nak rekod lesen bersihpun ia juga.

    Di sebelah polis(bukan semua):Nak kejar extra, nak jimat belanja(duit sendiri), nak tolong kita jimat belanja(denda dan saman). Kuota tugas oleh boss dah cukup, jadi yang extra time tu kira extra income lerrr...

    ReplyDelete
  6. Kok kapal solam bolum menyolam dah mula timbul? Ini pun kes pelik bin ajaib 1 msia 1 monggolia.

    ReplyDelete
  7. dalam kajian den pulak,90% polis polis d malaysia adalah peminta rasuah tegar.limo ringgit pun sapu asal dapek duit.bulan bulan g pungut duit dari towkey2 pelacur,judi haram,rumah urut dan mcm2 lagi sumber wang haram.ramai polis yg bnyk harta tak sepadan dgn gaji.bnyk anak2 polis perangai jahat mengalahkan syaitan sobab d beri makan dari sumber wang haram,peras ugut dan segela mcm lg.kenyataan ni mmg tk bleh d nafikan.ramai polis ibarat anjing yo.

    ReplyDelete

Blog Archive