Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Saturday, May 15, 2010

Sampai bila PAS mahu jadi boneka?


Kehadiran jentera pilihanraya PAS di Sibu untuk membantu kempen calon DAP semakin mengelirukan penyokongnya. Andaian para penyokong Pas (lama) bahawa parti itu tidak akan terlibat secara langsung dengan DAP, ternyata meleset sama sekali. Kerjasama untuk mengukuhkan penguasaan DAP dalam Komplot Pembangkang tampak semakin nyata, tanpa berselindung lagi. Keghairahan untuk menjatuhkan kerajaan BN menyebabkan PAS berterusan menunjukkan sokongan yang tidak berbelah-bagi kepada DAP. Dendam PAS (baru) untuk menjatuhkan BN memungkinkan mereka untuk berbuat apa sahaja walaupun terpaksa berkempen untuk DAP yang terang-terangan tidak menerima (langkah mayat den dulu) Malaysia sebagai sebuah Negara Islam dengan menggunakan taktik licik bagi merealisasikan impian mereka untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara republik.

Persoalan kepada penyokong PAS (lama), wajarkah PAS (baru) berterusan berganding bahu bersama DAP untuk menjatuhkan kerajaan BN? Sedarkah PAS (baru) bahawa parti PAS tidak mungkin dapat memerintah Malaysia? PAS tidak mempunyai kekuatan untuk bertanding sekurang-kurangnya di 112 kerusi parlimen untuk memperolehi majoriti mudah sebagaimana yang dilakukan UMNO (bertanding 117 kerusi parlimen), apatah lagi untuk bertanding di semua 222 kerusi parlimen.

Berdasarkan rekod, PAS tidak pernah bertanding walaupun separuh daripada jumlah kerusi parlimen yang dipertandingkan dalam pilihanraya umum semenjak tahun 1955 lagi. Adakah PAS fikir apabila bergabung dengan DAP dan PKR, maka PAS akan bertambah kuat untuk mendominasi Komplot Pembangkang? Atau sebaliknya DAP yang menjadi semakin kukuh untuk menguasai Komplot Pembangkang?

Bagaimanakah nasib bangsa Melayu sekiranya Komplot Pembangkang berjaya menjatuhkan BN, sedangkan kerusi parlimen milik DAP melebihi PAS mahupun PKR? Yakinkah para penyokong PAS bahawa parti kesayangan mereka itu berupaya mempertahankan Perlembagaan Persekutuan atau hakikatnya mereka hanya mampu tunduk kepada DAP untuk mengubah Malaysia menjadi sebuah negara republik?

Fakta sejarah membuktikan bahawa PAS yang didaftarkan pada 31 Mei 1955, iaitu kira-kira 1 bulan 25 hari sebelum PRU pertama pada tahun 1955, dan diluluskan pula dengan serta-merta pendaftarannya oleh British, dengan harapan PAS akan memecahkan kesatuan ummah yang dibentuk oleh UMNO melalui gabungan 41 persatuan Melayu diseluruh negara ketika itu. Maka persoalan ramai ialah, apakah hukum menjatuhkan kerajaan BN yang diterajui UMNO yang jelas merupakan jemaah Islam kerana majoriti ummah adalah bersama pemerintah?

Kepada para penyokong PAS (baru), ingin ditegaskan bahawa BN sehingga kini telahpun terbukti berjaya mengatasi 3 musuh tegar umat Islam iaitu kemiskinan, kejahilan dan penyakit berjangkit. Jangan kamu warisi negara ini kepada anak cucu kamu sebagaimana yang berlaku di Palestin akibat daripada kifarat bangsa Arab yang menjatuhkan pemerintahnya yang sah iaitu Sultan Abdul Hamid II. Belajarlah daripada sejarah kejatuhan Khalifah Othmaniah yang terakhir iaitu Sultan Abdul Hamid II pada tahun 1924 yang diakibatkan oleh pemberontakan kabilah Arab selepas perang dunia ke-2; seterusnya telah menyebabkan British berjaya menakluki negara Palestin, yang sehingga kini rakyat Palestin menerima natijahnya, berterusan menderita atas kejahilan bangsa Arab yang mendalangi kejatuhan sebuah jemaah Islam iaitu Empayar Othmaniah.

Kepada ahli PAS (lama), pastikan nama-nama seperti Khalid Samad, Dr. Mariah, Husam Musa serta Nizar Jamaludin, tidak mendapat tempat dalam parti di Muktamar Agung PAS yang akan datang. Alasannya mudah saja, mereka inilah yang akan menyebabkan PAS berterusan tunduk dan mengikut telunjuk DAP. Kepada ahli PAS (lama), berpijaklah dibumi nyata. Terimalah hakikat bahawa PAS tidak akan dapat memerintah Malaysia melalui komplot bersama DAP dan PKR. Sungguhpun begitu, PAS masih mampu untuk menjadi pembangkang yang baik, sama ada di Dewan Rakyat mahupun di Dewan Undangan Negeri walau hanya memiliki satu kerusi parlimen sahaja.

Moga orang Melayu dalam PAS tidak menjadi bangsa yang dipermainkan iblis disebabkan keegoan kewarakan mereka.

20 comments:

  1. Guruku berkata. Kalau BN memerintah Islam dan masyarakatnya tidak akan terjaga sekalipun BN adan UMNO di dalamnnya. Tetapi berlainan dengan PR, Islam akan tetap terjaga kerana PAS ada di dalamnya. Sekalipun negara Islam belum tertegak waktu itu.

    ReplyDelete
  2. Sdr Ikhwan faham tak, PAS hanya sebuah parti politik sama seperti UMNO, kalau tak percaya buang nama Islam pada PAS.Nak mudah faham di prk Bagan Pinang sapa yang kalah? Adakah Islam yang kalah atau parti yang politik yang kalah? Atau kalau DAP tukar nama DIP/Democratic Islam Party maka jadilah dia Islam? Di Kelantan dah selesai ke 3 musuh tegar Islam iaitu kemiskinan, kejahilan dan penyakit. Bagi tau ulamak politk sdr fokus yang ini dulu.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Ha3, Islam tertegak dalam PR, yang kta nampak lagi bersuluh,Islam lagi tercabar kerana PAS terpaksa berdiam diri dgn segala telatah DAP mencabar Islam.. Kuasa punya pasal...PAS perlu kembali pada kepimpinan Dr Burhanddin, Dato` Asri, dato` Yusuf Rawa dan bukannya pimpinan Hadi dan Nik Aziz,meletakkan Islam sebagai Perjuangan dan bukannya menjadikan Islam sebagai alat untuk berkuasa...Video membuktikan PAS diperkuda da bukan memimpin.. http://www.youtube.com/watch?v=YGEi-6SaXkQ

    ReplyDelete
  5. "Alhamdulillah". kerajaan kita menghalalkan judi sukan. Ini amat tepat sbb Mahathir mengistiharkan Msia Negara Islam. Muga2 dapat di turuti oleh Saudi Arabia dan Pakistan. Den raso inilah bezanya Pas dan UMNO. Jadi anon 10.57am perlu faham dgn hati dan Iman juga tak boleh disamakan dgn DAP.

    ReplyDelete
  6. PAS yg ku kenal lebih bersifat dendam dan hasad dengki, DAP x yah ckp la mmg anti islam ngan melayu sejak dr dulu lagi, adakah PAS tu islam? PAS cuma bdn parti politik saja x kena mengena dgn keislaman tu sendiri, jika org2 PAS mengaku diaorg ni islam lebih dr org islam lain knp nk berpuak-puak dan bermusuh-musuh dgn sesama islam sendiri, nabi sendiri tak pernah mengajar umat islam bermusuh-musuh sebaliknya berbaik-baik satu sama lain.
    persoalan...sejauh mana penyokong2 PAS kenal DAP kafirun ni, dr pengamalan aku bertemu ngan penyokong2 PAS tegar ni diaorg langsung x knal DAP ni sapa...
    pnah dngar dak DAP kondem MCA ngan GERAKAN secara melampau, tidak bkn,
    diaorg lebih menghasut supaya MCA ngan GERAKAN anti UMNO. untuk apa DAP menghasut parti2 komponen BN supaya memusuhi UMNO atau parti melayu am nya, ingat! sejarah tu wujud.. agenda DAP mmg nk hancurkan bangsa melayu dan umat islam...berbalik siapa islam lebih atau tidak itu kan urusan ALLAH S.W.T kita sepatutnya mengukuhkan umat islam dari kejahatan kaum kafir yg mmg berniat nk menghancurkan kita....

    ReplyDelete
  7. Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
    Soalan :-Siapa bila PAS mahu jadi
    boneka?
    Jawapan:-Bila UMNOBN APCO
    meninggal dunia dan di
    tanam dengan siap di
    talkinkan di Bumi Allah
    SWT , Insyakallah.

    ReplyDelete
  8. lagi baik bersahabat dengan kafir DAP daripada bersekongkol dengan yahudi APCO yang terangan ALLAH laknat bangsa ni sehingga hari kiamat....tapi umno memujanya bak dewata....
    berkemungkinan ada ahli2 dalam DAP yang berminat dengan islam dan memeluk islam melalui perjuangan islam yang PAS bawa,lebih baik daripada ramainya orang islam yang murtad yang dibawa oleh UMNO @ APCO...selama 53 tahun IMNO memerintah...
    mana lebih baik antara DAP @ UMNO @APCO.........
    betapa banggangnya ahli dan penyokong UMNo @ APCO tak kenal antara halal dan haram juga dosa dan pahala...
    yang UMNO @ APCO kenal hanyalah RM...RM....
    KUASA....KUASA.....
    BETINA.....BETINA......
    JUDI....JUDI....
    ARAK....ARAK.......
    HIBURAN.....HIBURAN.....
    inilah dasar perjuangan UMNO @ APCO dulu,kini dan selamanya selagi tak bertaubat.

    ReplyDelete
  9. Pelik benar Guru Ikhwan,nama Guru tapi masih tak menghargai apa yang UMNO buat untuk Islam dan Melayu selama ini.

    Mungkin Guru ini tak sempat tamaat di Maktab Perguruan dulu atau pura pura tak tahu. Patutlah ramai bekas pelajarnya macam Ikhwan ni...kesian

    ReplyDelete
  10. Salam Paneh,

    Ramai benar yang sayang pada PAS WALAUAPA pun dan pura pura tak ingat segala APA PUN yang telah UMNO Perjuangkan Selama ini.

    Eloknya JANGAN DITEGUR lagi PAS, biarkan, biarkan...

    ReplyDelete
  11. umno tu yang jadi kuda vincent tak sedorr2 jugak puak pengampu ni.

    dosa pahala ni kira macam ni. Kalau kamu paneh miang pandai ngaji, pastu ngajor orang sapai pandai ngaji juga spt kamu.. kamu kan dapat pahala.

    dosa pun gitu jika pemimpin yng kamu pilih denga tangan kamu (undi) lulus lesen judi (7 dosa besar), maka kamu yang undi pemimpin2 kamu tu dapat juga dosa2 judi.

    Nanti kat akhirat, di padang Mahsyar Allah soal kamu..

    wahai paneh miang.. kamu telah berjudi bola sepak piala dunia bulan jun 2010.. adakah kamu mengaku? tidak ya ALlah mana ada aku main judi, tak pernah... tapi itulah yang akan kamu dapat nanti. DOSA 2 mereka yang berjudi akan ditimpakan kepada kamu and the gang dan ahli umnongok seluruhnya tanpa kurang sedikit pun..

    tk caya pi tanya mufta harusanasini

    pemimpin2 kamu pun akan berlepas diri drp kamu termasuk mufta2 kamu yang bisu

    tak caya juga gi ngaji kat masjid ..(ni ceramah politik islam kat masjid tak boleh) buka QUran, buka kitab.. jgn buka utusan melayau, berita hairan.. tak jumpa benda2 ni

    ReplyDelete
  12. Kenapa rakan komentar tidak jadi Orang Cerdik Pandai, Pandai Ilmu dan Pandai Besi.

    Dok sibuk mengatur dunia dan keputusan sulit mentadbir Negara. Dosa dan Pahala urusan Allah jua.

    Siapa yang Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar, Menteri tanggunglah DOSA dan PAHALA atas segala keputusan.

    Akhirnya, bala bencana melanda Negara ini adalah kesan tangan-tangan kamu jua.

    Kalian yang tidak kritikal dan analitikal memberi hujah dangkal dan tidak bersanad, amat LEMAH kalian semua.

    Sampai terbalik bumi pun, PAS terus boneka Platinum Anwar dan Kuda Emas DAP!

    Maharajalela bersuara.

    ReplyDelete
  13. Bila UMNOBN APCO meninggal dunia dan ditanam dengan siap ditalkinkan di Bumi AllahSWT , Insyakallah.
    -Pas tidak ada kekuatan untuk menguasai PR. Sedangkankan parti PKR yang kebanyakan ahlinya adalah bekas ahli UMNO pun Pas tidak dapat mengatasinya inikan pula untuk menguasai Dap supaya tunduk pada Pas.Berpijaklah di bumi nyata Haji, Pas hanya parti politik berhaluan kiri, tidak ada kena mengena dengan agama Islam. Apa hal pulak Agama Islam kat negara ni lemah sebab Pas paling lemah.
    Islam tetap kukuh dinegara ini walaupun Pas terkubur ditalkinkan Dap.

    ReplyDelete
  14. bila org Islam yg tk paham Islam berckp pasal negara Islam.... dan cube nk memisahkan Islam dlm dlm kehidupan.... Islam tu bkn stakat kt mesjid je spt yg disytiharkan UMNO... dan jgn lah kite kutuk Ulamak2 besar negara kita... siapakah kita nk mempertikaikan pentadbiran mereka...

    ReplyDelete
  15. Aku mulanya dah berjinak-jinak dengan PAS sebab sebelum ni memang tertarik semangat perjuangan Islamnya. Tapi kini hasrat tu aku tutup rapat-rapat. Sebab semakin hari semakin teruk dan jauh terpesong perjuangan PAS ni. Jika dengan DAP yang pernah luahkan "Langkah Mayat Kapal Dulu Baru Boleh Tubuh Negara Islam" dia boleh tidur sebantal tapi tidak mahu bekerjasama dengan UMNO? Kenapa dan mengapa? Hanya Hj Hadi dan Nik Aziz aja yang tau. Biarlah aku terus berada di Atas Pagar.

    ReplyDelete
  16. salam

    dalam DAP ada melayu tp..
    dalam UMNO x ada cina.

    persoalan yg perlu dijawab ialah
    bila gadis melayu dirogol oleh pemimpin UMNO,
    siapakah yg memperjuangkan nasib gadis melayu ini?

    UMNO kah atau DAP kah?

    ReplyDelete
  17. inilah yang dikatakan kerana kuasa sanggup buat apa saja. dulu dok kata orang sekarang diri sendiri diperkudakan. DAP berkuasa apa PAS dapat kat penang tu.

    ReplyDelete
  18. Kita lawan UMNO sbb mereka ini lebih teruk dari kapior sbb jonis 2 alam, halal makan haram pun makan, sembahyang2 tetapi puja dacing. Berselawat nabi waktu maulud, berkaraoke juga kat dangdut. Air zam2 minum air arak pun minum. Bersedekah2 tapi pantang rasuah sapu tanya KJ. Berjuang utk rakyat, komisyen pun sapu. Bertasbih bertahmid, fitnah no wahid tanya mahakutty. Kata pejuang Melayu tapi sokong APCO. Kerja kuat 1 msia tapi kes 1 monggolia lenyap. Kata negara islam kilang arak bosor punye kat Shah Alam. 7 dosa besar yg dilarang Allah tapi dari setinggi Genting hingga ke judi sukan. Kalau bukan kerana Pak Sheikh, sudah tontu banyak Ahli Parlimen Melayu Islam lepak kat Genting.

    ReplyDelete
  19. pas hanya mahukan kuasa dan bukan ikhlas nak menegakkan islam. demi kuasa mereka sanggup berkompromi apa saja, hatta agama sekalipun. maka apa bezanya pas dgn alarqam? sekurang2nya alarqam berjaya dr sudut membangunkan ekonomi ahlinya...tp pas? boleh sesapa jamin nik aziz konpem masuk syurga dgn timbangan pahala lebih berat dr dosanya? kalo itupun ahli pas xleh jamin, elok la sedekah fatihah kat ashaari...si pengasas alarqam yg telah meninggal dunia. harap2 ringan hisabnya nnt. nasib kita pun belum tentu bgmana tp si hompuk tetap gembira memfitnah sana sini. tahniah kpd penyokong pas kerana menjadi agen pemecah belah ummat islam di negara ini. pasti iblis seronok bertepuk tangan.

    -tom tem bak-

    ReplyDelete
  20. kalau melayu bersatu semua jd...tak jdilh bincang ntah apa2 mcm nie.kna pahe la konsep mgundi,kaum yg bg byk undi kna bg serbis baik pnya.Kena berpakat baik2lh ikut kemampuan setakat mana sbb kita idup perbilang bangsa.Kena study la baik2 sikit.Hati bangsa lain kna lh jaga sbb mrk warganegara jga

    ReplyDelete

Blog Archive