Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Tuesday, May 25, 2010

Raja Zalim Raja Disembah?

Daripada sahabat Auf bin Malik RA bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;

"Sebaik-baik raja kamu ialah raja yang kamu kasih sayang kepada mereka dan mereka kasih sayang kepada kamu, dan kamu mendoakan kepada mereka dan mereka mendoakan kepada kamu. Dan sejahat-jahat raja kamu ialah raja yang kamu bencikan mereka dan mereka bencikan kamu, dan kamu laknat dan kutuk mereka dan mereka laknat dan kutuk kamu."

Sahabat-sahabat kemudiannya bertanya, "Ya Rasulullah SAW, tidakkah boleh kami lawan mereka dengan mata pedang ketika itu?"

Sabda Baginda SAW lagi, "Jangan, selagi mereka mendirikan solat diantara kamu, ingatlah barang siapa telah diangkat menjadi raja kemudian kamu lihat dia mengerjakan sesuatu perkara maksiat, maka hendaklah kamu bencikan perkara maksiat itu daripadanya, dan janganlah ditarik taat setia daripadanya (yakni jangan menderhaka kepada raja)."

Dalam hadis lain, Abu Hurairah RA meriwayatkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud;

"Akan datang kepada kamu selepas aku wafat pemerintah-pemerintah yang baik, berbuat baik, ihsan kepada kamu, dan ada diantara mereka itu pemerintah dan raja-raja yang jahat dan zalim ke atas kamu. Maka hendaklah kamu dengar kepada mereka itu, dan taatlah kamu akan mereka pada segala yang bersetuju dengan perkara-perkara yang benar dan hak. Maka jika mereka berbuat ihsan kepada kamu, maka kamu dapat pahala dan mereka pun dapat pahala, dan jika mereka berbuat jahat dan salah, maka kamu dapat pahala kerana taat tidak keluar dari pemerintahan mereka, dan di atas mereka dosa dan azab kerana jahat dan buruk perbuatan mereka."

Menurut Syeikh Ali bin Ali bin Mohammad bin Abdul Ez;

"Keterangan-keterangan sabda Rasulullah SAW menunjukkan adalah wajib hukumnya taat setia kepada Ulil Amri selagi mereka tidak menyuruh berbuat maksiat. Adapun sebab wajib taatkan Ulil Amri itu sekalipun mereka zalim dan tidak adil, kerana berbangkit daripada tiada taatkan mereka dan menderhaka ke atas kuasa mereka boleh mendatangkan berbagai-bagai kerosakan yang lebih besar daripada kerosakan yang berbangkit daripada kezaliman mereka. Bahkan bersikap sabar di atas kezaliman mereka boleh mendatangkan keampunan di atas kesalahan kita (rakyat), dan ditambah ganda pahala kita (rakyat), kerana Allah SWT tiada memberi kuasa kepada mereka ke atas kita, melainkan dengan sebab kerosakan perbuatan buruk kita sendiri. Pembalasan itu daripada jenis perbuatan kita, maka hendaklah kita bersungguh-sungguh memohon ampun daripada Allah dan bertaubat kepadaNya dan membaiki perbuatan kita."

Pendapat jumhur ulama' Ahlus Sunnah Wal Jamaah;

Selagi Raja yang berbuat fasik serta menzalimi rakyat jelata itu TIDAK menghalang perlaksanaan undang-undang syariat, TIDAK menyuruh rakyat berbuat maksiat atau MEMAKSA rakyat kepada undang-undang yang bercanggah dengan syariat; MAKA rakyat tetap WAJIB untuk bersetia kepada Raja dan disarankan melakukan taubat serta memohon taufik dan hidayah Allah SWT ke atas Raja mereka.

Namun jika Raja itu menyuruh rakyat berbuat maksiat, menghalang perlaksanaan syariat atau memaksa rakyat jelata menurut undang-undang yang berlawanan dengan syariat, maka raja itu dianggap telah terkeluar kelayakannya sebagai pemerintah umat Islam dan tidak lagi wajib dipatuhi.

Persoalan kini, adakah Pemerintah atau Raja-Raja Melayu di negara ini pernah MENYURUH rakyat melakukan maksiat, atau cuba MENGHALANG perlaksanaan syariat Islam di Malaysia, atau MEMAKSA rakyat mematuhi undang-undang yang bertentangan dengan syariat Islam?

11 comments:

  1. strategi penulisan artikel tentang raja
    ------------------------------------------

    penulis artikel tentang isu raja.


    saya rasa tuan telah menulis dengan sekurang kurangnya tiga pendekatan=

    Pemahaman saya [ my take] -

    1. artikel pertama dan kedua mengundang cacian ke atas sistem beraja

    2. di susuli pula dengan artikel yang kononya raja raja melayu perlu di hormati kerna satu propessor kangkung kata mereka berasal usul nabi
    [saw]

    3. artikel berikut membuat gertak - kononnya penulis artikel di
    pantau olih pihak berwajib

    4 . artikel seterusnya bagi filosofi wali sanggah- raja alim, raja
    di sembah ; raja zalim raja di sanggah.


    apakah tujuan sebenor artikel artikel yang tertulis? merapu? tautologi?
    ----------------------------------------------------------------------

    my take- penulis galak orang kondem institusi raja, kemudian bagi
    sebab mengapa raja mesti hormati [ kerana keturunan nabi ] dan
    akhir sekali nak di beri kata akhir-

    respek yang diberikan kepada raja mestilah diusahakan olih institusi
    ber- raja. in short , respek must be earned !!!!!!


    penulis telah ambil pembaca blog berpusing di bandor untuk kutuk,di suruh taati, kemudian digertak untuk mentaati institusi ber- raja dan akhir sekali membuat
    konklsui


    respek 'must be earned '


    apo punya putar bolit ni?

    cakaplah direk tanpa membawa pembaca blog melancong dengan hujah hujah
    berbentuk merapu / tautology!!!!


    kalau nak pinjam filosofi 'baruachingkie-vingkietan'berahimali
    bolihlah dengan selamat ujarkan kata katanya seperti-

    do'nt talk shit
    do'nt talk shit
    do'nt talk shit


    khong khek khuat

    ReplyDelete
  2. king khong kat atas ni kalau dah akal tu dangkal, dangkal jugalah arguement nya...lain kali blaja sikit teknik2 nak berdebat...syarat pertama kalau nak berdebat, kau kena "engage" dengan kes yang dibawa oleh penulis...(engage kat sini bukan maksud bertunang tau...mana la tau kau tak paham bahasa inggeris pulak)...dah engage tu baru la kau boleh negate d case...kalau itu pun x boleh buat, just shut ur mouth or else you prove nothing BUT stupidity and shallow-mindedness....oh well, kalau pembangkang,memang la xde yang bijak pun kan? stakat ikut bontot, sapu bontot dan jilat bontot ja tau...

    ReplyDelete
  3. anon 4.10 kalau dah ekau syiok kat
    buntut, pegi ajelah kat gay bars
    kat around bukit bintang.

    mungkin ekau ada masalah pehe b.i-
    gay kat kat sini dalam bm -al liwati
    wal liwat. pehe?

    ada pepatah bi yang mungkin ekau tak
    pernah dengor- it takes a bigger fool
    to call another one

    ini , kalau tak pehe tak pe. pasal
    penghapusan dasar
    ppsmi dah buek geng macam ekau jadi
    geng macai baruachingkievingkie-tan yang mencarut, tak tahu beraaklak mulia-
    macam macai ameno-apco yang berlegar kat pusat buy -erection aje.

    mana pandai ekau. kalau tak tahu
    kat sibu pun gerombolan apco-ameno-bn di tumbangkan dek dap yang ekau kata bodoh.

    itu baru dap yang 'bodoh'. apo nak
    jadi bilo apco- ameno lawan dengan
    gerombolan besar yang banyak lagi
    bodoh bodoh?

    mampuih lah geng ekau nanti.

    kohjol? tak bangun bangun nanti,

    itu pasal ikut strategi [translasi-cara perang ] sun tzu.

    1. know your enemy [ jangan anggap
    gerombolan pr bodoh.

    2. ekau patut buat buat bodoh bila
    ekau pandai pun.

    nota ; eden bukanlah supporter
    pr - hanyalah pengkomen yang nak
    bercerito..

    khong khek khuat

    ReplyDelete
  4. Taat bukan pada semua tempatlah bang oii! Taat hanya pada perkara yang dibenarkan syarak.

    Kita hanya perlu taat kepada pemimpin yang tidak menukar hukum Allah. Benar, jika pemimpin itu minum arak, rogol anak dara orang, kebas duit rakyat kita masih disuruh taat selagi dosa mereka itu tidak melibatkan kemaslahatan rakyat jelata sebab menderhaka kepada mereka dikhuatiri membawa lebih banyak kerosakan. TETAPI jika pemimpin menukar sistem pemerintahan Islam dengan pemerintahan kafir, jika mereka meminggirkan tuntutan Allah menjadikan negara di bawah naungan Islam bersumberkan Al Quran dan hadis maka adalah WAJIB kita melawan mereka, WAJIB menderhaka!

    Bacalah kupasan yang lebih jitu dan jelas dari tulisan Dr maza di laman webnya di bawah tajuk "Mentaati pemerintah" yang ditulis Dr Asri sebelum beliau dilantik mufti lagi. Adalah wajib kita menentang pemerintah begini dalam ruang lingkup yang dibenarkan seperti menyertai pilihanraya dan tidak mengundi mereka. Inilah pendapat ulamak muktabar.

    ReplyDelete
  5. Ini sebahagian dari tulisan Dr Maza;


    Para pemerintah yang mendukung selain dari sistem Islam mereka tidak boleh dianggap terkeluar daripada Islam selagimana mereka tidak melafazkan ucapan yang menghalalkan sistem kufur atau menghina sistem Islam.Dari segi aqidah mereka tidak terkeluar dari islam, dengan itu bagimana nilaian terhadap kerusi pemerintahan mereka?

    Dalam persoalan ini Al-Qardhawi di dalam Fiqh ad-Daulah yang dengan jelas menyatakan tetap wajib menjatuhkannya kerana ini adalah persoalan besar yang membabitkan perkara dasar Islam, para ulamak Islam yang lain dizaman kini menyatakan perkara yang sama. Antara yang dinyatakan oleh as-Syeikh Mohammad Naim Yasin di dalam buku al-Jihad: Adapun sekiranya kefasikan pemerintah dan maksiatnya ialah mewujudkan suatu sistem (bukan Islam) untuk rakyatnya dan jelas darinya kepastian menyelewengkan umat dari berpandukan peraturan allah dalam persoalan aqidah, Akhlah dan dipimpin umat selain dari al-quran dan as-sunnah. Sesungguhnya bersabar terhadap kemungkaran tersebut adalah lebih dasyat dan besar fitnahnya dibandingkan dengan sebarang fitnah yang berpunca dari bangkit menentang dan menghunuskan senjata terhadap pemerintah seperti ini.Maka wajib bagi kaum muslimin untuk berjihad menentang pemerintah yang sebegini dan menggunakan sebarang cara yang disyarakkan untuk memecatnya dari tampuk kekuasaan serta digantikan dengan sesiapa yang akan meminpin mereka dengan agama Allah (rujukan : Al-Jihad, Mayadinuhu Wa asalibuhu, ms 203-204. Ctk. Dar al-Furqan, Amman, Jordan )

    ReplyDelete
  6. cina kongsi gelap dapMay 25, 2010 at 7:53 PM

    zane, den raso lobih elok ko tujukan kato2 maza tu pada pkr dan dap mcm sesuai je dgn dorg.

    ReplyDelete
  7. Tak yah berbalah atau komen2 kuat tentang kes Raja2 atau kedaulatan raja2. Telah terang lagi bersuluh UMNO hanya mempergunakan Raja2 utk talian hayat mereka. Jgn kita termenari ikut tarian UMNO. Den masih tak lupa UMNO panggil Raja Terengganu Natang. Sekarang ini marilah kita tumpu kes Tanah KTMB di Tg. Pagar. Setahu aku, hanya ini PM najib ajo yg berani menyentuh kes Tanah KTMB. Pulak tu ikut telunjuk Singapura. Meluat aku tgk PM Singapura cakap penuh lagak dan bersahaja waktu soal jawab Akhbar "Any Question, Any Question". Desperate sgt ka Najib sampai kesingapura cari projek yg nampak sgt kita hidung tak mancung pipi tersorong2. Aku rasa malu sbb zaman Mahakutty dgn jambatan bengkoknya, Singapura sikit pun tak berganjak, ini zaman Najib yg tak sampai 1 tahun memerintah dah melutut dgn Singapura. Jgn pisang berbuah 3 kali sudahlah Dulu Pulau Batu Putih, lepas tu Limbang, sekarang Tg. Pagar. Patutle ekau teringin benor nak jadi PM. Den totap sokong Dacing, mari kito nyanyi ramai2 "Bersatu kito Bersatu, kito ikut telunjuk APCO"

    ReplyDelete
  8. Kepada sesiapa yg sependapat tu. tak payah nak bagi hujjah ke fakta ke. Memang dio tak terimo. Dah bori hadith pun tak terimo. Bagi jub.... yg dio nak gak eh. Bukan jubah de bro, JUBO la. hahahahaahaaaaaa.

    ReplyDelete
  9. Khong Khek khuat, Walaupun kita mcm sama tapi banyak bezanya. Yang pi ikut dan baca saapa suruh. Dia punya pasal la nak tulis apa. Propesor kangkung hang cakap. Oh ya. Berapa banyak buku yang hang dah tulih. Kot tak pun hang dah baca ka belum buku yg Tun suzana tu tulih. Pun belum juga. Sapa yg propesor kangkung ni dia ka hang.

    hehehehe saja ikut bro kong kek kuaT NI. Sebab kita sama tapi tak serupa.

    ReplyDelete

Blog Archive