Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Friday, May 14, 2010

Konservatif di Britain

Penangan Parti Buruh di Great Britain kecundang selepas 19 mentadbir merupakan kesan tindakan provokasi rakyat kepada perubahan iklim politik Britain. Konservatif yang diketuai oleh Cameron pun tidak menang Majoriti besar. Konservatif di bawah Cameron sedang intai untuk Kerajaan Campuran.

Walaupun demikian, institusi Istana Great Britain seperti sediakala, tiada apa-apa kesan walaupun pasukan mana mentadbir Negara Penjajah Semenanjung Tanah Melayu ini. Baik Buruh kalah, Konservatif kalah, atau sebaliknya, Nilai Matawang Pound dan Sterling masih di paras RM 6.32 setiap pound.

Ini tidak berlaku di bumi Melayu. Hari ini, Kelantan Darul Naim mencipta rekod memalu Rakyat Raja. Insiden-insiden yang berlaku ke atas Istana Kelantan amat tidak wajar didedah kepada awam. Kerajaan Kelantan di bawah Nick Azick tidak berhemah dan berhikmah menyelesaikan Kesultanan Istana Kelantan.

Hari ini, Istana Sultan Selangor dan Istana Sultan Perak begitu peka kepada kemelut politiking manusia berpolitik yang menyebab Rakyat dan warganegara pening-pening. Istana Sultan Johor dan Istana Yam Tuan Besar Negeri Sembilan masih steady. Istana Perlis dan Kedah juga nampak steady. Istana Terengganu sedang kita menanti, apakah MB Terengganu cukup bijak mengurus Negeri Darul Iman?

Pengaruh yang didorong oleh nukleus gerak saraf dan perang saraf Anwar Ibrahim sudah makin lemau, lemah, leweh dan beweh. Anwar Ibrahim sedang dimakan SUMPAH SEMERAH PADI. Anwar Ibrahim sedang dimamah oleh erti TENANG, AMAN DAN DAMAI. Keluarga PAS+PKR+DAP+PSM sedang mencongak hari-hari keruntuhan dan menjengah pintu-pintu kemurungan politik.

Namun demikian, apa yang berlaku di Great Britain boleh berlaku di Malaysia. Apa yang melanda Liberal Democratic Party di Jepun boleh menimpa Malaysia. Apa yang melanda di US juga, boleh benar, berlaku di Malaysia.

4 comments:

  1. Pengkhianat negara tidak akan berjaya menjahanamakan negara.

    PAS, ally of communist

    ReplyDelete
  2. Serambi Mekah
    Pantai Cinta Berahi
    Istana merekah
    Berdaulat lagi?

    N Aziz murshidul
    Serban berjela
    Bertambah biol
    Dihantam Kickdefella

    ReplyDelete
  3. Pembetulan.. sekarang (2010) nilai Pound - Ringgit adalah £1 = RM4.80. Bulan Oktober 2008 nilai £ - RM ialah £1 = RM6.8. Ekonomi UK sedang meleset teruk. Sebab tu Buruh tidak dapat berthan kerana Brwon tidak dapt mempertahankan ekonomi UK.

    ReplyDelete
  4. Semasa posting ini ditulis. Britain sudah bentuk kerajaan campuran.

    ReplyDelete

Blog Archive