Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Tuesday, June 12, 2012

Katakanlah Komplot Pembangkang menang PRU-13...

1. Isunya di sini ialah siapa yang bakal menjadi Perdana Menteri dari pihak Komplot Pembangkang. Penting woo...jadi Perdana Menteri Malaysia. Orang paling berkuasa di Malaysia beb. Siapa yang tak nak kuasa?! Dapat jadi ketua darjah pun boleh kembang lubang jub... inikan pula jawatan Perdana Menteri Malaysia.

2. Rakyat tak penting...yang penting ialah jawatan Perdana Menteri. Visi, misi, wawasan, perancangan etc. semua tu tak perlu...yang utama bagi mereka ialah dapat Putrajaya dulu, apa nak buat belakang kira. Janji boleh macam-macam, tapi bagaimana nak laksanakan, itu kemudian cerita. Tengok hal beku PTPTN di Unisel pun dah cukup untuk dijadikan contoh. Harap cakap je bedegar nak hapus PTPTN...baru dibekukan pun dah panik...lagi mau cakap lebey...

3. Karpal menegaskan, "Selagi saya hidup, saya akan berjuang untuk melihat seorang bukan Melayu menjadi Perdana Menteri." Dan tambahnya lagi, "Saya akui tersasul menyebut menamakan Lim Guan Eng sebagai Perdana Menteri tetapi buat masa ini, kita (komplot pembangkang) sepakat untuk pilih Anwar jika menang pilihan raya nanti."

4. Kebiasaannya apabila seseorang itu tersasul menyebut sesuatu, sebenarnya dia menyebut apa yang telah lama bermain difikirannya, atau sudah sering dibincang serta disebut dalam hati.

5. Justeru apabila Karpal 'tersasul' menyebut nama Lim Guan Eng sebagai Perdana Menteri, bermakna Karpal bukan cakap kosong, atau konon tidak sengaja menyebutnya. Pasti perkara itu sudah lama bermain dimindanya, dengan beberapa pertimbangan, serta strategi yang memungkinkan apa yang disebutkannya itu sebenarnya BOLEH MENJADI KENYATAAN iaitu PERDANA MENTERI BUKAN MELAYU PERTAMA DI MALAYSIA.

6. Ok...katakanlah Komplot Pembangkang menang di PRU-13 (selisih malaikat 44), mereka kononnya sepakat memilih Bro Anwar Bin Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Persoalannya, berapa lama agaknya Bro Anwar Bin Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri? Baca semula kata-kata Karpal yang di warnakan merah di atas, "buat masa ini" pilih Anwar. Maksudnya, akan datang belum tentu...

7. Kita mengandaikan pula apabila Bro Anwar Bin Ibrahim menjadi PM, sudah tentu dia akan melantik 2 orang timbalannya di kalangan pemimpin Pas dan DAP bagi menjaga hati kedua parti sekomplot-nya. Sementelah sehingga kini, geng Komplot Pembangkang masih belum menyenaraikan kabinet bayangan seandainya mereka menang di PRU-13. Bermakna andaian bahawa Malaysia mungkin mempunyai 2 orang Timbalan Perdana Menteri daripada kalangan Komplot Pembangkang, tidaklah boleh diketepikan begitu saja, kerana andaian ini ada pemberatnya.

8. Kita andaikan pula, Timbalan Perdana Menteri 1 ialah LGE daripada DAP dan Timbalan Perdana Menteri 2 ialah Husam Musa daripada Pas. Jangan haraplah Anwar nak lantik Hadi sebagai TPM 2...apa klass beb.

9. Mengapa Timbalan Perdana Menteri 1 mesti dari kalangan DAP dan bukannya Pas? Kerana DAP tahu banyak rahsia Anwar. Siapa yang jadi peguambela Anwar untuk kes liwat II? Agaknya mengapa peguam-peguam DAP ini begitu sukarela membela Anwar?

10. Ditambah pula dengan segala maklumat sulit berkenaan Anwar yang bakal disalurkan rakan DAP dari Singapura, akan menyebabkan kerandut Bro Anwar Bin Ibrahim sentiasa senak dalam genggaman DAP.

11. Sedikit maklumat, LKY pada 1998 pernah menulis surat kepada Tun Mahathir, mempersenda pihak risikan Malaysia yang lambat tahu mengenai Anwar. Singapura tahu siapa sebenarnya Anwar Ibrahim sejak 1991, ketika Anwar memegang jawatan Menteri Kewangan. Singapura dah lama intip Anwar dan berniat menggunakan maklumat tersebut untuk mengugut Anwar dan Malaysia seandainya Anwar dilantik Perdana Menteri Malaysia.

12. Berbalik kepada persoalan, andai Anwar sah dilantik Perdana Menteri dikalangan Komplot Pembangkang, agak-agak berapa lama dia akan bertahan dalam jawatan? Sebulan? Setahun? 2 tahun? DAP pasti menggunakan segala sumber yang dimiliki mereka untuk mendesak Anwar memenuhi semua tuntutan mereka, termasuklah menuntut jawatan Perdana Menteri dikalangan bukan Melayu.

13. Jika itu berlaku, adakah Anwar akan menurut kehendak DAP, atau dia akan berdemo...ops...melawan? Tapi berdasarkan situasi yang berlaku dalam Komplot Pembangkang hari ini, jelas bukan Pas sahaja yang telah menjadi balaci DAP, malah PkR pun sama menjadi pak turut DAP. Maka andaian bahawa Anwar akan melawan segala tuntutan DAP pada masa hadapan, bolehlah diibaratkan umpama mimpi dalam mimpi.

14. Bro Anwar Bin Ibrahim pasti diberi kata dua, sama ada letak jawatan dan diberi taraf negarawan dengan gelaran Tun, atau rahsianya dibocorkan besar-besaran, yang bukan sahaja bakal menjahanamkan imej Anwar di seluruh dunia, tetapi turut memalukan seisi keturunannya hingga mungkin memaksa mereka lari berhijrah ke Zimbabwe. Mengapa Zimbabwe? Heh...

15. Hakikatnya, khayalan Karpal yang kononnya tersasul menyebut LGE sebagai PM bukanlah sesuatu yang tidak disengajakan. Sudah ada perkiraan dan strategi yang sememangnya dirancang sekian lama untuk memungkinkan ianya berlaku.

16. Tapi masih ada juga cara lain yang memungkinkan bukan Melayu menerajui negara Persekutuan Tanah Melayu, iaitu dengan menukarkan status dan sistem Malaysia kepada negara Republik. Azmin Ali pernah dijanjikan jawatan Perdana Menteri oleh Anwar yang berhasrat menukar negara ini kepada negara Republik, dan kononnya Bro Anwar Bin Ibrahim sendiri akan dilantik sebagai Presiden pertama. Sebab itulah Azmin sanggup buat serta merelakan apa saja untuk Anwar, semata-mata kerana kuasa dan mengidamkan jawatan Perdana Menteri Malaysia. Mungkinkah? Mampukah? Only time will tell...

17. Walaubagaimanapun, cara kedua ini agak sukar dilakukan (walaupun tidak mustahil) kerana mereka perlu menghapuskan kuasa Raja-Raja Melayu di negara ini yang pastinya tidak semudah sepertimana yang pernah berlaku di Indonesia. Justeru, strategi pertama iaitu merealisasikan impian Perdana Menteri bukan Melayu pertama di Malaysia oleh DAP, sebenarnya agak praktikal untuk dilaksanakan.

18. Akan ada yang mengatakan, "argh...tak mungkinlah", "mengarutlah kau ni", "ini semuanya hampeh"...bla...bla...bla...

19. Harus diingat bahawa Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan membenarkan sesiapa saja dilantik sebagai Perdana Menteri asalkan mendapat sokongan majoriti di Dewan Rakyat. 'Tragedi' ini boleh berlaku sekiranya AP Pas berpakat membenarkan usul Perdana Menteri dilantik dikalangan bukan Melayu. Lagipun Pok Nik sendiri pernah bagi green light akan hal ini. AP Melayu DAP dan PkR dah tentulah akan sokong apa saja usul asalkan mereka berkuasa.

20. Ia bukan perkara mustahil lagi seandainya Melayu yang menyokong Komplot Pembangkang hari ini sama bingainya dengan Melayu Singapura masa zaman Lee Kuan Yew pakai songkok dan kepit akhbar Utusan Melayu Jawi ke hulu ke hilir menipu orang Melayu. Lagipun zaman ini dah ada jelmaan "Umar Abdul Aziz" di kalangan DAP yang disanjung dan dipuja oleh Pas. Siap bagi cina DAP masuk surau dan masjid, ceramah, baca tafsir Quran depan Melayu dan disambut pula dengan takbir.

21. Dulu di depan Melayu, LKY janji akan kekalkan Hak Istimewa Melayu (Perkara 152 Perlembagaan Singapura) dan mengekalkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Singapura. Tapi hari ini realiti Melayu di Singapura? Anda sendiri tahu bagaimana...

22. Depan Cina pula, LKY gelar Melayu sebagai "anjing-anjing Tunku". Hari ini, orang Melayu sendiri yang gelar sesama Melayu sebagai "anjing" terutamanya terhadap polis Melayu dan Melayu yang menyokong kerajaan.

23. Sejarah pasti akan berulang, kerana itu janji dan ingatan Allah kepada manusia yang sering alpa akan hakikat penghapusan kaum-kaum yang banyak dikisahkan dalam Al-Quran Nul Karim.

24. Mungkinkah Melayu yang asalnya melarat, sesudah berjaya, akan kembali merempat? Wallahualam.

16 comments:

  1. Den cayo tu kok guang enggang tu bulih jadi pm bukan melayu petamo. Almaklumlah puak pas ni sokong membabi buto yo. Kok ado halangan pun ialah azmin aiskrim. Sobab tu den pecayo segalo bideo pasal azmin tu oghang dap yang kuarkan. Character assassination la katokan. Anwar dah tontulah sumo oghang tau buruk laku. Hadi memang takleh harap...ngan melayu umno bukan main berani...tapi ngan cino penakut nak mampuih.

    ReplyDelete
  2. Yang pasti bila puak pembangkang/PR menang, Mahathir & kroni kroni BN termasuk Paneh Minang akan di humban ke penjara kerana songlap duit rakyat...ha..ha inilah yang di nanti nantikan oleh rakyat semua

    ReplyDelete
  3. walamacamana pun, kalo bukan islam, siapa pun dia, perlu dihalang daripada jadi perdana menteri malaysia. muktamated. tiada dakwa dakwi.

    ReplyDelete
  4. pembangkang menang? hehehehe...mampu ke anon?

    -tom tem bak-

    ReplyDelete
  5. Cakap bosa tak adolah... tapi lambek laie pombangkang nak monang. Di NSDK ni.. hah jauh panggang daghi api..gigit yolah jaghi tu..

    ReplyDelete
  6. Kalu tgk pada kemelut antara parti dalam pakatan yang mana masing2 ada hidden agenda dan tak percaya sama sendiri, maka tggu la pru14 kalu pembangkang berniat nak perintah. Itupun belum tentu.

    ReplyDelete
  7. Dari 222 kerusi DAP akan bertanding sebanyak 60 kerusi .PAS akan bertanding 80 kerusi dan selebihnya keadilan..banyak tuh lebih dari 2/3 calun DAP dari keseluruhan..hewh heh heh...Dalam perkembagaan Malaysia tiada jawatan Timbalan Perdana Menteri sebab tu lah di selitkan jawatan menteri lain di situ kerana apa apa claim akan ada masaalah......jADI CONGAK BALIK ANALISIS YG DI BUAT.

    ReplyDelete
  8. x ada beza taktik PAP di singapore cuba digunakan DAP.matawang dollar singapore ada gmbr presiden singapura pertama berbangsa melayu.selepas tu?faham2 sendirilah...

    ReplyDelete
  9. Kenapa tak diambil tindakan terhadap pembangkang kalau dah cukup bukti.bukanke polis malaysia dah dpt maklumat yg ckp terhadap komplot pembangkang atau tuan punya blog ni hanya suka buat fitnah

    ReplyDelete
  10. Sdraku Paneh Miang, tidak mustahil BN menang semula. Dengan segala tipuan (termasuk SPR) & putaran maklumat. Media perdana - akhbar, radio+tv, hari2 mengindoktrinasi minda rakyat. terutama didesa2.

    SPR menipu dengan mengatur persempadanan cantik untuk BN terus berkuasa. Akhirnya, meski 65 % rakyat menyokong PR, BN tetap menguasai majoriti kerusi di parlimen. 130 ribu pengundi Kapar (kawasan PR) hanya seorang MP. 20 ribu pengundi diluar bandar (rumah panjang), 1 MP. Nisbahnya 1:6. Cukup bijak SPR menipu.

    Namun begitu, dunia ini tiada yang kekal abadi. Firaunpun tumbang dijatuhkan oleh anak angkatnya sendiri, Nabi Musa. Itulah Mahabijaksananya Allah menjatuhkan pemerintah zalim, bila saatnya telah tiba.

    Siapa sangka Mubarak, Ghadafi & tidak lama lagi Assad (dengan kehendak Allah), tumbang.

    Sdraku Paneh Miang, mana ada dalam dunia, pemerintah boleh kekal berkuasa hingga kiamat? Fikirkanlah!!

    ReplyDelete
  11. Anak Rombau Di RantauJune 18, 2012 at 4:07 PM

    Hai, dalam politik kenalah flexible dan bijaksana selagi tidak melanggar prinsip. Memang selama ini UMNOlah yang diharapkan jadi pelindung Melayu dan Islam. Apakan daya, harapkan pegar, pegar makan padi.

    Melayu semakin lemah dan jadi penyembah ihsan orang lain. Islam semakin terpinggir. Orang bukan Islam semakin menjauhi. Di awal 50an dan 60an, ramai Cina masuk Islam. Ramai serah anak pada orang Melayu. Mereka anggap Melayu dan Islam jadi penyelamat anak cucu mereka.

    Kini semua sudah berlalu. Kaum bangsawan Melayu sudah jadi feudalis. Menindas, memutar belit, merampas hak orang Melayu miskin. Misalnya, atas nama hak bumi, 1000 permit teksi diberikan kpd beberapa pemuda UMNO. Maka jadilah pemuda UMNO itu feudalis baru menindas 1000 pemandu teksi Melayu yang akan terus miskin dan papa kedana.

    Jadi, selepas PRU13, jika PR yang memerintah, Ahli-Ahli Parlimen UMNO perlulah bergabung dengan PAS dan PKR. Maka, jumlah Melayu akan terusi dominan. Jika dulu, UMNO ketua pelindung Islam & Melayu. Selepas PRU nanti, biarlah PAS pula yang mengetuainya. Kita yakin, era baru nanti, umat Islam akan lebih selamat dan gemilang. InsyaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Knapa kamu tak apply.sepatutnya apply pg jumpe umno bhagian.jika tidak puas hati mengenai umno cwangan kamu.kamu boleh brtanding merebt jwtn itu.

      Delete
  12. Takbir.."ALLAHU AKBAR" ikut jalan ALLAH, nescaya hidup akan selamat...dosa fitnah lebih besar dr m'bunuh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. lidah tak bertulang senag bercakap sukar laksana..fitnah ada masa tanpa kita sedari melakukannya , yak gitu

      Delete
  13. dunia semakin hampr kpd kiamt,slh satu tandanya apabila ulamak tidak dihormati,jgn m'hina ulamak krn politik semata2,merekalh y akan m'imamkan jenazah kt kelak..sedarlah

    ReplyDelete

Blog Archive