Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Sunday, October 3, 2010

BTN: Lagi sasaran Neo-Komunis

Apokah doso insan Hamim, seorang rakyat Raja yang bercakap soal bangsanya? Bengong benarlah Puteri UMNO Bahagian Segamat, penganjur perhimpunan tertutup di Johor kerana kisah "kain dalam"..."bra and panties"... di telanjang kepada awam.

Pak Sedaro percaya ado sorang manusia, yang dipercayai wartawan Malaysian Insider menyelinap dan menyamar sebagai ahli puteri, dan menghebah kobar memacam kisah tentang perhimpunan ini.

Pak Sedaro lihat konsep "command dan control" Puteri UMNO amat leweh, beweh dan longlai. Pak Sedaro lihat pendekatan "saringan keselamatan kehadiran program khas tertutup politik UMNO" amat selekeh dan cincai...Pak Sedaro analisa "sudah makin liar" wartawan korup and tidak berintegriti kewartawanan kerana pewarisan isme dan idealisme "sama rata-neo komunis" yang tersebar secara halus daripada tiupan angin Min-Yuen Moden dan Sofistikated.

Pak Sedaro fikir jiko perhimpunan tertutup DAP dihebah, lagi PARAH Malaysia. Jiko perhimpunan tertutup PAS diheboh, lagi GURUH Malaysia. Kito mahu, manusia yang menjuarai kertas tabloid dan perwacanaan, ambil iktibar tentang etika kewartawanan. Pak Sedaro suka mengajar kelompok "wartawan bahalol dan goblok", nak sangat tahu resepi wartawan berjaya, marilah berehat di Hotel Kemunting selama 24 bulan.

Hari ini, Pak Sedaro merasakan dunia kemaslahatan sosial politik rakyat semakin dimomok dengan dongengan oleh banyak pasukan politik. Rancangan 20 tahun membina ketumbukan rakyat yang ampuh, masih belum kelihatan. Walaupun tidak kurang 500 ribu anak muda bergraduat daripada PLKN, mereka ini masih terkonteng-konteng mencari air di pinggir kali.

Saban tahun 400 ribu anak Malaysia bergraduat daripada IPTA dan IPTS, baik dalam dan luar negara. Apokah implikasi kepada mereka dalam suasana "ketenangan" ekonomi Malaysia hari ini?

2 comments:

  1. agak2 puteri umno ni nak ngabihkan duit je kot atau nak cari bf atau skandal. asyik senyap jerk.. kalau dah tau ada org memburukkan majlis dia hentam le atau wat r laporan polis... kotnya kena sindrom pemuda kot....
    kalau org melayu perlekeh dia nnt mula r kata tuk menjahanamkan puteri tp org beri nasihat supaya otak puteri tu cerdas tuk memikirkan apa yg patut dibuat.. ni bukan menghasut tapi cadangan.. nnt ckp racist lak.. susahnya melayu... nak ckp kebenaran skit xley..

    ReplyDelete
  2. Τα αναβολικά μας στεροειδές online κατάστημα έχει σχεδιαστεί για να απαντήσει όλα τα ερωτήματα σχετικά με αναβολικά στεροειδή και για γρήγορη και εύκολη την αγορά όλα τα γνωστά αναβολικά στεροειδή. online shop μας έχει περάσει μερικά χρόνια μελέτη και την έρευνα αναβολικά στεροειδή. Έχουμε προσπαθήσει να συγκεντρώσει όλες τις πληροφορίες από άλλες ιστοσελίδες, εταιρίες, ιδιώτες, τα βιβλία και την ελπίδα που καλύπτουν κάθε άγγελος των αναβολικών στεροειδών.
    αγοράσετε αναβολικά στεροειδή online allanabolics.com

    ReplyDelete

Blog Archive