Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Tuesday, November 30, 2010

Mencabar Raja-Raja Melayu


Pak Sedaro menjemput semua rakyat Raja yang setia dan taat kepada Wilayah Melayu untuk menggali liang lahat untuk Azizah dan Anwar dan Azmin termasuk Nurul Izzah. Trio nepotisme tiga beranak kini menjadi "kacang lupakan kulit" dan "api dalam sekam" kepada rumpun bangsa Melayu.

Kain kafan yang sekian lama menanti kehadiran Azizah dan Anwar semakin berbau kapur barus dan air mawar. Nampaknya PAS sedang menyiapkan kepingan-kepingan kapas sebagai pembalut perhiasan acara pekafanan.

DAP sedang mengurus imam Ngeh dan Ngor serta Lim Guan Eng untuk membaca talkin di pusara politik Anwar dan Azizah.

Marilah kita kafankan Trio PKR, termasuk DAP dan PAS. Mereka perlu diselam dalam kultus "Kembara Di Raja Sakaratulmaut" kerana hari ini mereka telah menempatkan diri dalam kancah pelacuran bangsa, apabila dakyah "Ketuanan Melayu" dijadikan bahan sindiran politik murahan.

Mereka telah membuka pusara kepada P.153, P.32, P.3, P.38 Perlembagaan Persekutuan. APAKAH akan berulang kembali kisah penjajahan 24 Ogos 1511? Majlis Raja-raja Melayu amat wajar ambil maklum kedudukan mereka ini. Jemput semula pingat dan gelaran yang dianugerahkan kepada mereka ke kamar istana tuanku masing-masing. Mereka kini harus diadili sebagai "talibarut, pengkhianat, penderhaka, dan munafiq kepada Bangsa Melayu" yang mana simbol Ketuanan Melayu itu sendiri adalah Raja-Raja Melayu.

Pak Sedaro fikir pada masa ini, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu sedang menyusun langkah untuk melunas hutang-piutang Anwar kepada "Ketuanan Melayu". Ambil iktibar segera, Pak Engku. Anwar Ibrahim melalui Azizah sudah bertaklik "Mencabar Kedaulatan Raja-Raja Melayu".

5 comments:

  1. kita tengok/tunggu apa kata menteri DS.Nazri n menteri KDN...surprise me...

    ReplyDelete
  2. Memang inilah hasrat pakatan rapuh (PR). Mereka memang dah berpakat untuk menghapuskan institusi Raja-Raja Melayu. Jika mereka memerintah negara ini akan dijadikan republik dan Brader ABI Akan jadi presiden pertama Malaysia. Ini telah dipersetujui dalam mesyuarat mereka sejak awal tahun ini.
    Semasa Brader ABI dalam kerajaan dahulu dialah yang merosakkan UMNO dengan kegiatan politik wangnya dan nepotismenya. Ini telah menjadi darah dagingnya. Tengok apa jadi parti klentong rakyat (PKR) sekarang.
    Kini dia juga nak hapuskan Raja-Raja Melayu dan orang Melayu. Betullah dia Sikitol yg dinyatakan oleh MB Selangor.

    ReplyDelete
  3. Minyak naik lagi, hai geramnya Den, nanti PRU13 den nak ajor BN barang Naik puueekk Damn!

    ReplyDelete
  4. Quote:
    "kita tengok/tunggu apa kata menteri DS.Nazri n menteri KDN...surprise me..."

    agaknya macam ni la kot:

    Menteri Amaran: "Ini amaran keras terakhir. Jangan bangkitkan lagi kedudukan istimewa Raja-Raja Melayu."

    Menteri Mulut Longkang: "Tiada tindakan boleh diambil oleh kerajaan kerana Anwar dan Wan Azizah tidak melakukan apa-apa kesalahan terhadap kerajaan. Kenyataan mereka ditujukan kepada Raja-Raja Melayu, jadi terpulang kepada Raja-Raja Melayu untuk membuat laporan polis supaya tindakan boleh diambil."

    ReplyDelete
  5. Saya baru-baru datang di blog Anda dan telah membaca bersama. Saya pikir saya akan meninggalkan komentar pertama saya. Aku nggak tahu apa yang harus kukatakan kecuali bahwa saya telah menikmati membaca. Nice blog..

    ReplyDelete

Blog Archive