Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Wednesday, October 12, 2011

'Hudud' Cina

Ketika era Yap Ah Loy sekitar 1860 an di Kuala Lumpur, dia menghukum pesalah Cina dengan undang-undang yang hampir menyerupai Hudud. Contohnya...

Hukuman bagi kesalahan mencuri kali pertama - Berbaris di jalanraya dengan barang curian diletak di atas bahu pesalah.

Hukuman bagi kesalahan mencuri kali kedua - Sebelah telinga dipotong; dan begitulah seterusnya setiap anggota dipotong satu persatu bagi kesalahan berulang.

Hukuman bagi kesalahan membunuh -Pesalah akan dibunuh dengan cara disembelih dengan pedang.

Berdasarkan amalan kuno Buddha, kaum Cina sepatutnya boleh dihukum sekiranya mereka melanggar ajaran agama pancasila Buddha seperti berikut:

1. Berjanji berusaha untuk menghindari pembunuhan.
2. Berjanji berusaha untuk menghindari pencurian.
3. Berjanji berusaha untuk menghindari perbuatan melanggar tatasusila.
4. Berjanji berusaha untuk menghindari berbohong.
5. Berjanji berusaha untuk menghindari makanan atau minuman yang dapat menyebabkan ketagihan dan menghilangkan kesadaran.

Mungkin boleh dibuat kajian serta draf hukuman yang hampir menyerupai Hudud untuk kaum Cina, seandainya umat Islam di Malaysia mahu hukum Jinayat Syariah dikuatkuasakan.

Hukuman dan undang-undang untuk penganut Hindu serta Kristian juga sebenarnya telah lama wujud dalam agama masing-masing. Cuma kajian berterusan & kesepakatan semua kaum di Malaysia diperlukan sekiranya ingin menyelaraskan undang-undang jenayah berasaskan agama. Yang penting semua kaum berlapang dada serta sanggup menerima hukuman yang telah ditetapkan mengikut anutan masing-masing.

Ada berani ka Soi Lek, Karpal & Kit Siang?

Kg Balai Bachok Kelantan

1 comment:

  1. Kalau betul ada hudud Cino nie, maknanya tak ada alasan lagi PAS nak buat hudud hanya utk Org Islam sahaja. Dah tu mcm mano pulak dgn hudud Org India Bro.....hehehe

    ReplyDelete

Blog Archive