Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Thursday, October 27, 2011

Pasal tiket bola pun nak kecoh?!

Mano-mano den round kek Nismilan lately ni oghang dok heboh pasal rogo tiket melambung untuk Perlawanan Akhir TM Piala Malaysia 2011. Poie Jompo, cito tiket, poie Jolobu, cito tiket, poie Pilah, cito tiket, poie Ghombau, cito tiket, kek Somban apotah laie, tiket...tiket...tiket!

Sampai bilo oghang kito nak ado kesedaran pengguno nih? Sampai bilo nak biarkan pemasar yang tontukan hargo pasaran? Sampai bilo kito tak nak guno kuasa pengguno yang kito ado selamo ni?

Kito tingga 9 tahun yo laie nak diiktiraf negaro maju, tapi kesedaran tentang hak kepenggunaan rakyat Malaysia masih rendah berbanding negaro maju yang lain. Sobab tu bilo rogo barang naik sikit...salah kerajaan...rogo tiket naik...membising kek kerajaan!

Kalo rogo tu mahal bonar takyah la boli. Kecuali barang keperluan asas naik rogo, haa tu wajib dibisingkan sobab bulih bagi kosan pado kehidupan rakyat keseluruhan. Tapi kok setakat rogo tiket bola naik...ronti an lah.

Tengok kek rumah atau kodai pun meriah yor. Lagi best sobab bulih merapatkan hubungan kekeluargaan dan persahabatan ngan kengkawan sesambil minam kupi besoghak nengok bola.

Kepado yang ghajin bona nak bagi subsidi tiket tu, elok la carilah syarikat penajo untuk subsidi. Jangan diguno an duit rakyat. Nanti susah lak PM nak nengok kengkawan adik eh main golf.


PM ke-4 tak pi pun nengok walau Agong yang main golf, tapi PM ke-5 dan 6 rajin boto melawat golf course. Ni bukan den yang cakap haaa...tapi oghang yang merungut pasal tiket bola yang cakap. Dah melalut dah den nih. Elok la beronti sobolum mengumpat.

'Majulah' Pelancongan untuk Negeri Sembilan?! (ingatan pado MBNS)

6 comments:

  1. dari ko org boli tiket bola rm30 lebih baik boli beras dapat 10kg suka jugak mak bapak ko orang . renungkanlah...

    ReplyDelete
  2. Tiket RM50 mahal.. Boleh tahan 90minit je.. Kalo aku beli danhill 5 kotak seminggu lebih tahan.. Betol tak perokok2 tegar diluar sana..

    ReplyDelete
  3. den ghaso elok orang negori nengok kat ghumah yolah. tak pun mintak tok mat pasang layar bosar di padang tiap daerah utk siaran langsung. sompek lagi kalo nak buek ni. meriah sikit kok nengok reramai kat layar bosar. daripado membazir bayar tiket memahal. tak campur kos nak pi sano lg. minyak, makan bala bala. kos sorang yo dah cocah seratus.

    ReplyDelete
  4. haha. sompek lagi ekau smash najib.

    ReplyDelete
  5. Jang o jang!den perhatikan caro ekau nahan bola tak menyemongah langsung ,ngantar bola pado kawan laie hampeh bola bawah melantun macam gotah buku, nondang bola tonjol tu sobab bola menjolok langit melilau macam langsuir. samo-samo kita tengok. Semua Pskn dlm malaysia somo yo tak ado taktikal maso mogompor pihak lawan. Den setuju dengan pandangan anon diatas. kok kalan berlatih kek Tanah Datar Bkt Taboh dan Mertang kek sinun banyak kobun gotah tinggal, kok terkupik kulit tunggol gotah maano eh tingkatkan skill mengelicik individu ssemua tak bulih cari yo pigi buto.....

    ReplyDelete
  6. caltex depan makamOctober 28, 2011 at 9:51 AM

    harga tiket RM30 kan...
    abih.. nk poi stadium shah alam takkan nak jalan kaki kayrol....hehhehehe
    team bola monang, abih kito yg kek stadium tu lapar, takan togok air mineral yo!!!
    duit tol elite... aduih....
    sekadar renungan...
    syabas utk team hoben jang hoben...
    moga korang monang!!!

    jom kite kempen tonton pialo malaysia di tv!!!

    selamat dan jimat!!!

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive