Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Saturday, October 15, 2011

Batu Nesan Nik Aziz

Apakah pendukung PAS sedar bahawa Nik Aziz sudah menempah batu nesan paling mahal di dunia, berharga 1 Negeri Kelantan?

Mufti Kelantan dan Mufti Perak bersetuju sebulat ilmu mereka agarf Akta Murtad diwartakan. Maka, sesiapa yang ditafsir mengikut Perkara 160(2), bila mana mereka MURTAD, maka, hilanglah segala hak istimewa selaku rakyat Raja. Maka, terpakailah Perkara 121 (1A) yang mana mereka ini akan diadili di Mahkamah Syariah, jika sabit dan boleh dilaksana hudud maka dihalalkan ke atasnya hudud yang sahih.

Akta Hudud boleh dilaksanakan dan diwartakan, namun Nik Aziz sepi kerana Anwar Al-Juburi menjadi "dalang samun hudud" peringkat dunia. Kelantan boleh laksana hudud, jika bersedia. Negeri lain yang dipimpin UMNO akan turuti kemudian, ini selaras dengan Enakmen Kanun Syariah Negeri-negeri Melayu Beraja.

Majlis Raja-raja Melayu bersidang kali ke-225 turut membahas isu Akta Murtad, Akta Hudud dan penyelarasan Hukum Qisas dan Takzir di Malaysia. Brunei Darussalam sudah bersedia, nampaknya. Pak Sedaro yakin, dalam masa 20 tahun lagi, Bumi Melayu ini akan berjaya laksana Undang-undang Syariah sepenuhnya mengikut peradaban dan perlembagaan khusus Syariah.

Setiap keluarga Islam mesti lahir daripadanya seorang insan yang berjaya dan kaya dari sektor perniagaan, seorang ahli ilmu agama dan seorang ahli undang-undang Islam dan Sivil, seorang pakar sains perubatan, dan seorang ahli tentera yang taat Negara, Bangsa dan Agamanya

20 tahun lagi, Batu Nesan Nik Aziz akan dikencing oleh anak-anak Kelantan yang di bawah pengaruh Syiah dan Khawarij, dek kerana Nik Aziz tidak setia kepada perjanjiannya dengan Almarhum Yusuf Rawa, Burhanuddin Al-Helmy, Fadzil Noor, Ahmad Fuad, Sheikh Fahim dan Mahathir Mohamad. Nik Aziz selama mentadbir Kelantan sejak 22 tahun semasa Dr. Mahathir mengurus negara, sering datang ke KL untuk menerima nasihat eksekutif.

Nika Aziz sedarlah bahawa PAS sudah tiba masanya bersatu dan bertaut kembali dengan rahim asalnya. Abang kandungnya UMNO ialah Parti Siasah yang akan kekal bahagia, dalam kekuatan yang dilindungi oleh rahmah dan rahim Allah jua.

UMNO akan tumbang dan dikafankan, andai semua Ketua Bahagian masih tidak sedar, bahawa Batu Nesan sedang menanti Anda di PRU-13.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive