Apakah harga RM18 memberi makna besar kepada seorang nelayan kecil dari Kuala Perlis ke Langkawi? Apakah harga RM18 begitu kecil untuk seorang Ahli Parlimen Langkawi yang menaiki feri dari Langkawi ke Kuala Perlis?
Apakah harga RM18 memberi makna besar kepada seorang pelancong tempatan mahu pun antarabangsa yang hadir melalui jalan air? Begitu 'bersih'nya Langkawi sehingga menjolok mata memandang.
Apakah harga RM18 memberi makna besar kepada seorang pelancong tempatan mahu pun antarabangsa yang hadir melalui jalan air? Begitu 'bersih'nya Langkawi sehingga menjolok mata memandang.
Toleh kiri sampah, toleh kanan sampah. Pandang depan semak, pandang belakang semak. Inilah bahananya apabila Kerajaan Pas alpa soal syukur dan terima kasih kepada bekas Ahli Parlimen Kubang Pasu yang telah banyak membawa aliran kemajuan prasarana kepada rakyat Langkawi.
LIMA, LID, Le Tour D' Langkawi, adalah pakej kecairan wang yang disalur kepada Langkawi sejak sekian lama. Padang Masirat diwujudkan Lapangan Terbang destinasi pulau yang terbaik di dunia, kini di genangi sampah sarap dan bau longkang busuk gila mengalahkan kandang babiwee.

Pantai Cenang kini laluan pantai paling bersepah dan tidak bersih dalam Malaysia. Tong sampah melimpah tidak berkutip. Longkang di Pekan Kuah dipenuhi segala jenis sampah sarap, tersumbat dan berbau tengit, hinggakan air bertakung atas jalan separas buku lali ketika hujan. Semak samun tidak bertebas menambahkan lagi sakit mata di sepanjang jalan mengelilingi pulau.
Apa yang dibuat oleh Majlis Perbandaran Bandaraya Pelancongan Langkawi? Makan gaji haram saja ka? Apakah peranan Kerajaan Azizan di Kedah? Di manakah Ahli Parlimen Langkawi? Bagaimana LADA boleh memainkan peranan, kerana nampak sangat BAHALOL DAN BOBROKnya Kerajaan Pas Kedah yang terpengaruh dengan corak pentadbiran pemimpin De facto Nik Abdul Aziz Nik Mat?

Bukan sampah sarap saja yang menzalimi tamadun Langkawi, malah akal pendek Sistem Pengangkutan Feri juga menonjolkan KEBODOHAN urusan angkutan penumpang. Apalah salahnya anjung antara dermaga dan kaki beting feri disiapkan "portable atau convertable shelter"; atau bahasa Melayunya anjungan laluan mudah alih yang boleh elakkan penumpang daripada basah lencun ketika hujan?
Apakah cukup dakyah RM18, maka Langkawi masih DARA? Langkawi seperti Pelacur Kelas Tiga kerana tidak dibelai dan dirapi oleh pemerintah semasa. Langkawi wajar diberi nafas sebagai Puteri Balkis Kelas Satu, dan bukannya dilayan sebagai Pelacur atau pun Ibu Ayam. Dek kerana kotornya Langkawi inilah, maka mungkin sumpah Mahsuri akan kembali menjadi IGAUAN rakyat Langkawi.
Langkawi Development Agency di bawah Kementerian Kewangan adalah sandaran rakyat Langkawi. PM berilah RM2 bilion untuk dikolokai demi Kebersihan Langkawi kerana Kebersihan itu sebahagian daripada IMAN.
Janganlah akhirnya Kedah diiktiraf negeri ke-2 terkotor selepas Kelantan di bawah Pas Pis Pus.

kalau tengok pulau tuba langkawi lagi parah, tempat penghapusan sampah pun tak ada, sampah buang dalam gaung, ada satu tempat kat p.tuba sepanjang--anjang jalan tar penuh ngan sampah kat tepi jalan, dalam 1 km....memalukan....mcm mana org2 ni hidup ngan sampah
ReplyDeleteAdun langkawi orang UMNO ke orang PAS?
ReplyDeletebro, ceramah mat sabu kek rembau nanti pegi ke tak?
ReplyDeleteAP Langkawi YB Dato Paduka Abu Bakar Taib. ADUN Kuah Datuk Ir Nawawi Hj Ahmad. Adun Air Hangat, Mohd Rawi Abdul Hamid. Semua dari BN.
ReplyDeleteKes Langkawi hampir botak sebab penebangan pkok dulu apa cer di Langkawi?
Zaman TDM dulu berbulan nak dapat kebenaran hanya untuk tebang satu pokok saja di Langkawi. Sekarang boleh tarah sesuka hati.
Salah sapa kotor ni? Adun atau kerajaan negeri? PBT Langkawi tak buat kerja ka? Jabatan Perhutanan Langkawi tidur ka?
-pak teh
Salam tauke ikan. Ceramah Mat Sabu 6hb ni mungkin kami tak dapat join. Kampung Pulau Bintongan, Jalan Miku Rembau kan? Tapi insyaAllah akan ada geng kami yang akan datang pantau. Informer ramai. Tapi rasanya ceramah tu tak ramai yang turun. Ada lagi ke orang nak percaya Mat Sabu?
ReplyDeletesama jer BN ker PAS...sama= kotor...kat premis kerajaan pun jadi longgok sampah...apa citer
ReplyDeleteSelangor kotor jugak sekarang sejak PKR took over. Bukan sahaja sampah berlambak sana sini, maksiat juga berlualasa.
ReplyDeleteJangan salahkan kerajaan atau pemimpin kerana dasar orang kita pengotor.Saya baru balik dari Ho Chi Min City Vietnam,dimana bilangan penduduk bandaraya tersebut adalah 7 juta tapi tak nampak sekelumit pun sampah di mana mana.Setiap pagi lebihkurang pukul 7 saya ke pasar Ben Than dan terkejut melihat kesemua pemilek gerai'' mengelap lantai ''antara gerai dgn menggunakan sebaldi kecil air dgn tuala kecil ala ala good morning tuh.Setiap 2 jam sekali ada lagi pekerja datang menyapu sampah di celah celah gerai yg padat tu.Kalau di Malaysia siapalah yg ' bodoh' sangat akan mengelap lantai dgn tangan menggunakan tuala kecil kerana itu laluan orang ramai dan biarlah pihak berwajib membuatnya kerana sudah di bayar gaji.Sebagai tambahan di kebanyakan kakilima kedai di luar pasar Ben Than terdapat banyak meja kecil bersamaan kerusinya sebagai tempat makan dan kita lihat tidak ada secebis sampah pun dan keadaanya sangat bersih.Yang paling saya puji ialah jalan raya mereka yg tersangat lebar dan didapati tidak ada satu pun lubang atau takungan air apabila hari hujan.Apabila di perhatikan jalan raya di bena melengkung seperti belakang kura kura,jadi air hujan tidak akan bertakung tidak seperti tempat kita dimana apabila hujan saja air akan bertakung serta berlopak lopak ,jadi salah siapa kah ini adalah silap jurutera jalan atau designnya atau salah konterkto????Sperkara lagi semasa saya di sana sya tidak pernah nampak perlanggaran/kemalangan walaupun jumlah motosikalnya melebihi 2 juta dan nampak chaotic tapi dgn caranya tersendiri di mana laluan motosikal dgn kereta hanya di asingkan dgn garisan kuning saja dan mana mana kenderaan yg memasuki laluan yg tidak sepatutnya akan di saman,olih itu kita tak akan jumpa motosikal menyelit/mencelah di antara kereta.Jadi soalan saya siapakah silap apabila bandar/kawasan kita kotor dan jalanraya kita setengah masak?????Rakyatkah atau pemimpin atau kerajaan?????
ReplyDelete