Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Sunday, October 23, 2011

Tips SPM 2011


Dijangka kurang dari 20 hari lagi, pelajar tingkatan 5 akan menghadapi peperiksaan SPM 2011. Peperiksaan penting seperti SPM amat memerlukan persedian lebih daripada sekadar membaca semata-mata. Tanpa persediaan yang rapi maka ramai pelajar yang mendapat keputusan yang tidak setimpal dengan usahanya. Ramai pelajar dan ibubapa bertanyakan kepada warga PM berkenaan tips-tips hadapi peperiksaan. Bagi tidak menghampakan, disediakan 10 tips hadapi peperiksaan secara umum sebagai persediaan rapi serta memupuk keyakinan tinggi untuk pelajar menghadapi peperiksaan. Berikut adalah 10 tips dalam menjawab peperiksaan SPM:

1. Datanglah dengan dokumen dan peralatan yang lengkap.

Bawalah semua dokumen yang diperlukan seperti kad pengenalan dan slip pendaftaran peperiksaan. Bersedia juga dengan alat tulis yang anda perlukan, seperti pensel, pen, jam, pemadam, pembaris dan lainnya. Kelengkapan ini akan membantu anda memberi sepenuh tumpuan sepanjang masa peperiksaan.

2. Tenang dan percayakan diri anda.

Ingatkan diri bahawa anda sudah siap sedia dan akan menghadapi peperiksaan dengan baik. Mulakan dengan bacaan Al Fatihah dan doa.

3. Bersantailah tapi berhati-hati.

Pastikan meja dan kerusi anda dalam keadaan baik dan selesa untuk menulis. Duduk dalam keadaan menegak. Jika kerusi dan meja dalam keadaan tidak baik, maklumkan segera kepada petugas sebelum peperiksaan bermula.

4. Fahamkan arahan dan semak semua soalan terlebih dahulu.

Luangkan masa untuk fahamkan arahan dan 10% dari keseluruhan waktu peperiksaan untuk membaca soalan secara mendalam. Tanda kata kunci dan tetapkan berapa lama masa yang diperlukan untuk menjawab setiap soalan. Rancangkan untuk menjawab soalan yang mudah dulu, baru soalan yang sukar. Ketika anda membaca soalan, catatkan juga idea-idea yang muncul yang mungkin boleh digunakan sebagai jawapan.

5. Jawab soalan secara strategik.

Mulai dengan menjawab soalan mudah yang anda tahu, kemudian dengan soalan yang mempunyai markah banyak. Soalan terakhir yang seharusnya anda jawab adalah:
  • Soalan paling sukar,
  • Soalan yang memerlukan masa yang panjang untuk menulis jawapannya; dan
  • Soalan yang mempunyai markah sedikit.
6. Semasa menjawab soalan berbentuk aneka pilihan, ketahuilah jawapan yang patut dipilih.

Mula-mula, abaikan jawapan yang anda tahu salah. Tekalah pilihan jawapan ketika tidak ada pilihan jawapan yang dapat anda abaikan. Jangan mengubah suatu pilihan jawapan jika anda tidak pasti kerana pilihan pertama jawapan anda biasanya betul, jangan menggantinya kecuali anda yakin dengan pembetulan yang anda lakukan.

7. Semasa menjawab soalan berbentuk essei, fikirkan dulu jawapannya sebelum menulis.

Buat rangka karangan untuk esei dengan mencatat dulu beberapa idea/point yang akan ditulis. Kemudian susun point itu mengikut susunan yang mana penting atau perlu dibincangkan dulu.

8. Semasa menjawab soalan esei, jawab pada persoalannya.

Tulis frasa pokok pada frasa pertama. Gunakan perenggan pertama sebagai pengenalan esei anda. Gunakan perenggan seterusnya untuk membincangkan isi-isi utama secara terperinci. Sokong isi anda dengan penerangan yang jelas, contoh, atau petikan dari buku atau media lain jika perlu.

9. Sisihkan 10% waktu anda untuk memeriksa jawapan.

Periksa jawapan; elakkan keinginan untuk cepat meninggalkan dewan atau bilik setelah anda menjawab semua soalan ujian. Pastikan anda telah menjawab semua soalan. Baca sekali lagi jawapan anda untuk memeriksa ejaan, struktur bahasa dan tanda baca. Untuk jawapan matematik, pastikan tidak ada kesilapan (misalnya salah meletakkan tanda titik perpuluhan). Bandingkan jawapan matematik anda yang sebenarnya dengan pengiraan ringkas.

10. Analisa jawapan anda.

Setiap peperiksaan akan membantu anda dalam mempersiapkan diri untuk peperiksaan berikutnya. Tetapkan strategi mana yang sesuai dengan anda. Tentukan strategi mana yang tidak menjadi dan ubahlah. Gunakan pengalaman kertas peperiksaan sebelumnya ketika belajar untuk peperiksaan akhir.

Diharapkan semua pembaca khususnya pelajar dan ibubapa dapat manfaatkan 10 tips SPM 2011 yang diberi ini.

Sumber: Ubahsuai daripada Joe Landberger, 2011

No comments:

Post a Comment

Blog Archive