Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Monday, October 10, 2011

Bacul Dayuskah Bangsaku?

Pariakah bangsaku yang sedang dilambung Tsunami celaru Bahasa Melayu?

Baculkah bangsaku sehingga ambil enteng keliru Bahasa Melayu?

Dayus sangatkah bangsaku sehingga Bahasa Melayu dipinggir kali yang kontang?

Kini Polis Di Raja Malaysia yang rakyatnya 93.6% rakyat Raja sudah hilang wibawa, dek tunduk kepada Bahasa Mandarin untuk urusan dalam Negara Bangsanya sendiri!

Kini Perdana Menteri Malaysia, nang tika, berkunjung ke Pulau Mutiara sudah hilang taring perkasa Almarhum Bapanya, dek tunduk kepada Bahasa Inggeris dalam Ucapan Rasmi di sana, tempohari?

Kini urusan Mesyuarat di Kementerian Pelancongan yang dikepalai oleh Dr. Ng Yen Yen sudah mendominasi Bahasa Mandarin sebagai bahasa rasmi permesyuaratan Kementerian dan pentadbiran. Apa maknanya ini?

Kini urusan penulisan perbankan di semua institusi kewangan berlesen, perundangan dan kerjaya profesional, gamaknya, makin luput kecintaan kepada Bangsanya dan Bahasa Melayunya!

Kini penyakit Orientalisme Bahasa Inggeris, obor Bahasa Mandarin telah mencabul nikmat yang makin mendorong kepada kembalinya KERANDA 152! Apa maknanya ini?

Kini gelombang pegawai PTD yang kekok dan berbahasa Melayu lintang pukang sudah membarahi persada Persekutuan, akhirnya Bumi Melayu akan hilangnya jatidiri juga tafsiran Melayu dalam 160(2).

Wahini, Bahasa Melayu dikelas sebagai Bahasa Kelas Ketiga oleh pentadbir, pengurus, teknokrat, diplomat dan cendiakawan. Bahari, perjuangan Tunku Abdul Rahman Al-Haj, Tun Abdul Razak Hussin dan Tun Hussein Onn ialah untuk Negara Malaysia diperakui sebagai Bumi Melayu, rakyatnya fasih berkomunikasi Bahasa Melayu dan taat setia kepada tamadun adat dan budaya Melayu.

Apakah sudah tercabut akar atau ini ialah Balasan Allah kepada manusia seperti yang difirman olehnya sebanyak 32 kali dalam surah Ar-Rahman, "Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan, yang kamu hendak dustakan?"

7 comments:

  1. MAjoriti orang melayu tak faham bahasa mandarin aka cina, elok lah kita pelajari sekurang-kurangnya boleh "melawan" bangsa ini, sikap ni perlu kita kikis walhal ada pulak org melayu sanggup buang duit pergi belajar bahasa korea kerana K-POPnya (apa faedah dapat? tak de kalau bahasa mandarin lain boleh juga bidas kaum ini dari cakap lebih kurang mengenai org melayu). Kita jgn pendek akal atau takan kita nak PM kita cakap direct pula kat orang melayu pergi belajar mandarin bahasa cina agar orang cina tak lancau orang melayu...Pihak polis pun wajib belajar dgn keadaan china doll yg bersepah sepah at pulau mutiara, kl, sgor, kan senang nak uruskan soal siasat, dah bangsa cina tak mo masuk polis, askar, habis sapa nak tolong kalau bukan diri kita sendiri. Kita semua sedia maklum orang melayuk na lembab dan susah nak mahir satu bahasa mcm Inggeris ini kan Mandarin ahahahah lain la kalau hati tu dah tergila dan sanggup buang duit belajar bahasa Korea...ahahahahah...

    ReplyDelete
  2. NAK BUEK CAM NO BANG!

    MAHATHIR PUN BONCI BM.

    TU KEK SEKOLAH, RAMAI MAT SALLEH DIBAYAR GAJI BUTO RM 10,000.00 SEBULAN OLH KPM SEMATO2 NAK TINGKATKAN BI...(istilah Penutur Jati)

    MAT2 SALLEH NI DUDUK SEKOLAH GOYANG KAKI...BULAN2 GAJI MASUK, ELAUN MASUK, SEMUO TANGGUNG!

    TP PENCAPAIAN BUDAK2 TAK LAH KE MANO PUN!

    DEN CADANGKAN ELOK BONA PANEH MIANG SIASAT PERKARO INI KEK SEKOLAH2.

    ReplyDelete
  3. Warith den mintak izin

    Dengan ini semangat crap 1M liberal human rights sivil liberties inclusive engage populist kelainan unconventional, saya sokong hak asasi sivil liberties kita belajar mandarin agar kita mampu fcuk fcuk fcuk fcuk nameweebabiweecibai serta penaung nya Bro Jibby bapak vernakular merangkap presiden ULCNO aka Liberal demokrat dan juga pempimpin 3.4 juta ahli umno yang tidak sedar yang mereka di ahli diberseketukan mca yang akan di reverse takeover dap.
    credit pada anaconda,din turtle anti hipocrit,gap hhalem,mentor mentor saya.
    arjuna waspada
    changkat lobak.

    ReplyDelete
  4. Melayu sudah berpecah kepada beberapa kelompok. Pemimpin kelompok ini tidak berani untuk menyebut 'melayu' apatah lagi menyebut untuk 'mendaulatkan bahasa melayu'. Takut kehilangan undi bukan melayu. Ditambah pula dikhianati oleh mahathir dgn melaksanakan dasar PPSMI. Semakin tidak hormatlah bangsa asing kepada bahasa melayu. Bangsa asing mengambil kesempatan ini mendaulatkan bahasa mereka dgn pelbagai alasan.

    ReplyDelete
  5. demi kuasa 5 tahun..kenalah gadai sikit utk terus berkuasa..utk masa depan biarlah generasi baru memikirkannya

    ReplyDelete
  6. Hehehe..
    Apo nak buek an Bhaii..
    Org puteh dh menjajah,smpai sekarang polong hea melokek kek org2 Melayu..
    Hahahaha..
    Konon nk maju kono la belaja bahaso inggeris..
    dgn bahaso sendiri pun lintang pukang nk ajar budak biar paham Math dongan sains,dgn Bi lobih laie la mcm itik ckp dgn ayam..Adoyai..
    Yg sebonar hea kito yg lomah sbb x mampu nk buek teknologi sendiri,sobab tu la disuruh hea kito blajar BI,biar sonang nk meniru teknologi org..
    Jopun yg gilo maju hea tu pun x kemaghuk nk ckp org puteh..
    Bahaso Inggeris tu Baru 800 tahun yo umur hea,kito punyo bahaso lg tuo,tp sobab pengkhianat bangso neh malu nk angkek bahaso sendiri,disuruh hea la cikgu2 neh ngajar ckp org puteh..
    Ado tulisan Jawi,dimansuh hea,smpai budak2 Melayu bedisco smpai ke pg sbb Jahil x dapek blajar Tafsir Quran dgn ilmu2 usul tulisan Ulama Melayu yg ditulih dlm tulisan Jawi..
    Skrg neh dh mulo melaung2 dlm surat khabar Star suruh guno Bi balik..
    Kan ko kojo penghianat sumo tuh..
    Elok hea disambar potir yo org mcm neh..

    Kan ko kojo gilo tuh..

    ReplyDelete
  7. Abang Paneh lagi Miang,

    Apa sebab gerangan memarahi sekelian bangsa yang tiada lagi mahu dan berselera dengan bahasanya sendiri. Jika itu kemahuan UMNO. maka itu jugalah kemahuan orang UMNO. Mana mungkin UMNO akan merobek bahasanya sendiri, sedangkan agamanya pun tiada lagi menjadi tiang seri perjuangan. UMNO itu fikirannya sekular dan tindakannya pragmatik. Tiada lain bagi kami melainkan mencari kelebihan politik, apa cara sekalipun. Bukankah pepatah Melayu ada menyebut "Tidak hilang bisa ular menyulur akar", pastinya tidak kurang Melayunya kalau pemimpin dan pentadbir Melayu berbahasa lain. Marah tidak megapa, asalkan jangan kelambu di bakar.

    ReplyDelete

Blog Archive