Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Thursday, October 13, 2011

BTN berLOGOkan genital Anwar?


Berikut merupakan sebahagian petikan dari sini.

Sebenarnya ini bukanlah misteri besar kerana sememangnya ada pegawai pegawai kanan Kerajaan Persekutuan dan mereka yang baru bersara, memang cenderung kepada politik Pembangkang, terutama PAS dan perjuangan anti-nasionalis Anwar Ibrahim. Agensi seperti Biro Tata Negara yang satu masa dahulu menjadi 'alat' kepada Anwar untuk jangka tempoh yang cukup strategik, masih lagi dipenuhi oleh pegawai-pegawai yang taat kepada perjuangan yang didoktrinasikan oleh 'Saudara'.

Kementerian Kewangan juga terdapat pegawai pegawai tinggi yang masih simpati sekiranya tidak mendukung apa yang dibawa oleh Anwar, walaupun bekas Menteri Kewangan itu telah di'nyah' dari pejabat strategik itu 13 tahun dahulu. Pendoktrinasikan pegawai-pegawai kerajaan melalui agensi seperti BTN dari tempoh lewat 80an berterusan selama lebih 10 tahun, jauh menempatkan mereka yang kini berjawatan strategik dalam pelbagai kedudukan dan jawatan.

Ianya bermula sewaktu Anwar menjadi Menteri Pelajaran dan siri latihan oleh agensi seperti BTN lebih diintensifkan. Beliau menggunakan pengaruh dalam JPA untuk menentukan pegawai-pegawai yang dilihat sebagai berpotensi untuk menjadi loyalis disusun untuk kenaikan pangkat seterusnya dalam percaturan strategik ini. Ianya menjadi lebih ketara apabila beliau mengambil alih jawatan Timbalan Perdana Menteri pada lewat 1993.

Anwar menggunakan sepenuhnya segala sumber, kuasa dan pengaruh agensi seperti BTN sebagai agen pendoktrinasi 'Kadre Anwarista'.

Mereka sebenarnya bukan lagi 'Musang berbulu ayam'. Mereka sebenarnya 'Gunting dalam lipatan'. Guna-tenaga mereka dalam membantu perjuangan politik songsang Pembangkang adalah jelas. Anasir anasir ini yang perlu diberikan perhatian serius. Paranoia 'memburu jembalang' ini mungkin berasas kuat dan kita sebenarnya tidak ada masa lagi.

'Pertahanan Putrajaya' ini sebenarnya perlu datang daripada menentukan mereka dalam Putrajaya itu sendiri tidak belot dan bersubahat untuk menguntungkan mereka yang sebenarnya boneka Barat yang begitu ketagih mahukan kuasa.

*********

Benarkah perkhabaran bahawa kini 'sahabat' sudah terbahagi dua iaitu geng Kelab Warisan Malaysia (KERIS) yang menaungi Yayasan (Koperasi) Albitan, dan satu lagi ialah geng Pertubuhan Pergerakan Transformasi 1Malaysia (PERTAMA)? Melatih orang untuk bersatu tapi hakikatnya anggota BTN sendiri tak mampu bersatu?

Benarkah desas-desus yang mengatakan bahawa penggunaan Logo & Motto baru BTN yang kelihatan seumpama 'men genital' itu adalah untuk memalukan BTN dan Jabatan Perdana Menteri?

Adakah Unit Komunikasi Korporat & Inovasi BTN sedang mencipta gelombang atau terus hanyut dek gelombang? Just wondering...

2 comments:

  1. Jujur dan ikhlas bthu yg lama tu nampak lebih "NILAI" bbanding yg baru.

    ReplyDelete
  2. bukan semua benda lama tu tak elok. cuma management baru btn saja yang buta akal dan hati.

    ReplyDelete

Blog Archive