Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Thursday, June 28, 2012

Pas permainkan HUDUD

Selama ini juak Pas menuduh UMNO konon tidak mahu Hudud, tapi persoalan ramai ialah mengapa negeri so-called Serambi Mekah aka Kelantan sendiri tak laksanakan hukum Hudud?

Ramai yang tidak tahu terutama generasi muda yang mudah ditipu Pas bahawa Draf Hudud Pas pernah dihantar oleh juak Pas semasa zaman pentadbiran Dr. Mahathir untuk diteliti oleh para ulama' dan Majlis Fatwa, tetapi hakikatnya draf Pas itu banyak yang tidak betul dari sudut Hukum Hudud itu sendiri. Antaranya ialah;

1. Pertikaian yang melibatkan soal hakim iaitu dalam Enakmen 68 Kelantan dan Enakmen 70 Terengganu menggariskan bahawa Hakim Mahkamah Tinggi Borneo Malaya boleh menjadi Hakim Mahkamah Hudud. Ia nyata bertentangan dengan Islam kerana hakim Mahkamah Tinggi Borneo ada yang terdiri daripada hakim wanita dan bukan Islam. Rasional Pas ketika itu mudah saja iaitu kerana mengikut keadaan semasa. Boleh ka macam tu? Jelas bahawa Pas sebenarnya cuba meminda Hukum Allah.

2. Seterusnya berkenaan Enakmen 52 Perkara 1 dan Perkara 2 iaitu dalam Perkara 1, hanya Orang Islam sahaja yang dikenakan Hudud, tetapi dalam Perkara 2, orang bukan Islam bebas memilih sama ada nak ikut Hudud atau tidak. Ternyata ini amat bertentangan dengan hukum Hudud sebenar yang menegaskan Hudud perlu dikenakan ke atas semua umat manusia. Pas sanggup lakukan ini semata-mata untuk menjaga hati orang bukan Islam demi undi dan kuasa.

3. Berkenaan isu Mukallaf, tafsiran Pas dalam Draf Hudud menyebut bahawa mereka yang berumur 18 tahun dan sempurna akal boleh dikenakan Hudud, walhal dalam Sirah Nabi, Rasulullah SAW ada menyebut bahawa seseorang itu Mukallaf jika umurnya sudah mencapai 15 tahun dan telah bermimpi. Jelas draf ini bertentangan dengan penjelasan Nabi dalam tafsiran dan nas yang Nabi sebut sendiri.

Sebenarnya banyak lagi kesilapan yang Pas sengaja lakukan dalam Draf Hudud ciptaan mereka. Antaranya pernah dibangkit dan disebut oleh Zulkifli Nordin dalam sidang Dewan Rakyat sebelum ini sebagaimana yang diketahui umum.

Hakikatnya, Draf Hudud Pas yang dipohon kepada Kerajaan Persekutuan sebenarnya Bukan Untuk Diterima, tetapi Pas dengan SENGAJA MEMBUAT KESALAHAN dan KESILAPAN dalam draf tersebut kerana sudah tentu Kerajaan Persekutuan akan menolak draf yang jelas bercanggah dengan hukum syarak tersebut.

Dan apabila ditolak, maka senanglah juak Pas menuduh kononnya UMNO menolak Hudud, UMNO kafirlah, Mahathir kafirlah etc. semata-mata kerana ingin menjadikan isu Hudud ini sebagai modal politik kotor mereka.

Maka berterusanlah umat Islam di Malaysia berpecah-belah akibat manipulasi hukum Hudud tajaan Pas.

Jelas selama ini Pas sebenarnya hanya berniat mempermainkan Hukum Allah dan harus dipertanggungjawabkan atas perpecahan sekian lama umat Islam di negara ini!

17 comments:

  1. hudud adalah modal politik pas sejak dulu. cer pas tanya dap dan pkr rakan dalam pakatan sama ada nak laksanakan hudud ke tak jika memerintah. tak payah pusing salah ke umno. tanya dulu rakan2 sebantal mimpi lain-lain pas tu, nak buat atau tidak hudud. itu jer. sohih pas terkincit nak tanya. hanya berani dengan umno je. dgn dap pkr kocut.

    ReplyDelete
  2. 50 TAHUN UMNO WAT GAPO HUDUD PUN TAK TAHU KOK MANO...KALAU PAS TAK CITER PASAL HUDUD SENYAP GITU JE LA...HARAM JADAH DOH ATAS DUNIA MILIK ALLAH TAPI TAK NAK IKUT HUKUM ALLAH..HARAM JADAD BAB KATA NAJIB..BUKAN AKU KATA

    ReplyDelete
  3. Pas permainkan Hudud saya tidak percaya. Tapi jika Pas permainkan UMNO, saya percaya kerana UMNO sekarang sudah lembik. Atau kata Mahathir dah rosak hingga akar umbi, jadi mudah di perkotak katikan.

    ReplyDelete
  4. azman, imbasan semula kepada skala penubuhan UMNO yang dianggotai oleh 50% ilmuan Islam tersohor.Hudud, Qisas dan Takzir merupakan sebahagian daripada cabang Kanun Syariah, yang telah panjang lebar dan dalam dibahas dan dibedatkan di Parlimen Malaysia. Peranan Dr. Burhanuddin Al-Helmi amat penting yang wajar dihargai dan disyukuri oleh semua ummah Melayu zaman ini. Beliau dan sahabat yang masih dalam UMNO pada 1946 hingga 1952, sebelum beliau menerima kerusi YDP PAS pada 1953, ialah kumpulan pelopor mengurus Sistem Kehakimam Syariah Era Pertama selepas merdeka bersama Almarhum Tan Sri Ahmad Ibrahim. Ramai "insan tuli macam sdr Azman" di luar yang tidak hadam SEJARAH NEGARA DIJAJAH INGGERIS SEPERTI MALAYSIA. Kita galakkan, saudara mula berkenalan dengan semua mantan Ketua Hakim Negara dan Ketua Hakim Syarie Persekutuan, yang diiktiraf dalam Perlembagaan menurut Perkara 121. Kemelut "kelabu taik anjing" kesan daripada pujukan iblis Freemasonary, Syiah dan Wahabi yang melanda ummah Melayu kian meruncing. Mungkin, sudah mula zaman era Cordova dan Constantinapol semula, agar semua insan Generasi Y & Z didedahkan secara bertulis tentang makna NEGARA KESAN PENJAJAHAN TANGAN-TANGAN INGGERIS.

    ReplyDelete
  5. JOHOR BAHRU: Pelakon Hairie Othman yang baru sahaja mengisytiharkan mahu menyertai PAS akan menyerahkan borang keahlian secara rasmi kepada Mursyidul Am Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat esok.


    Penyerahan itu sempena Himpunan Hijau peringkat Johor yang akan berlangsung di Kempas, Johor Bahru, Johor malam esok.

    Hero filem 'Leftenan Adnan' itu sebelum ini menghangatkan politik tanah air apabila menjadi selebriti terbaru menyatakan hasrat menyertai PAS.

    Sebelum ini beberapa selebriti telah menyerahkan borang menyertai PAS termasuk Bob Lokman dan penyanyi Aishah yang popular dengan lagu janji manismu.

    Selain mereka, beberapa selebriti lain yang kini sering tampil di pentas PAS termasuk Iwan Syahman, Abby Abadi, Catriona Ross dan Sham Kamikaze.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Artis masuk Pas? Kagumnya. Dah puas gelumang maksiat, senang2 dapat tiket masuk syurga. Mudahnya Pas bagi rahmat. Haha.

      Delete
  6. APA KATA PEMIMPIN UMNO TERHADAP HUDUD...

    (Tun Dr. Mahathir Mohamad 2/5/92) ‘Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam rakyat Islam yang mati dan kudung sudah tiada tangan dan
    kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama’.

    (Dato’ Seri Najib TunAbd Razak 20/4/93) ‘Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan’.

    (Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi: 13/11/99) ‘Apa erti negara Islam jika mundur’.
    MENGHINA HUKUM MENUTUP AURAT DAN MENGALAKAN RATU CANTIK

    (Tun Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997). “Apakah kalau kita tidak tutup (aurat) kita tidak Islam? Banyak benda yang disuruh oleh agama Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih Islam”.
    Tun Dr. Mahathir Mohamad: 5 September 1997, PWTC, Perhimpunan Agung UMNO). Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab Jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. Akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat”.

    ReplyDelete
  7. PEMIMPIN UMNO MENGHINA DAN MEMECAT ULAMA’
    (Tun Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997). “Saya bukan lawan semua dengan mufti, tetapi mufti (Dato’ Ishak Baharom) yang semacam ini bukan mufti. Ulama’, macam-macam ulama’ ada.”Takkan satu orang boleh mendakwa diri dia ulama dan kita mesti sembah dia inilah waris nabi, bukan main senang. Masuk persatuan ulama’ jadi waris nabi. Syed-syed pun tak pernah berkata macam itu, yang kata dia keturunan nabi, keturunan sahabat-sahabat nabi – pun dia tak kata macam itu. Ini mana-mana tempat membuat dakwaan bahawa ‘ulama’ adalah waris nabi’. Mudah nak jadi waris nabi. Tak payah sapa pilih.”

    (Tun Dr. Mahathir Mohamad, 8 Nov.1991, Perhimpuan Agung UMNO, PWTC). ” Ajaran ulama’ inilah yang menyebabkan umat Islam menghabiskan hayat mereka semata-mata mebuat persedian untuk akhirat. Dan untuk ini, berbagai-bagai ibadat dicipta dan ditokok-tambah untuk memenuhi masa hidup mereka”.
    Lanjutan dari gesaan Mahathirlah maka Sahibus Samahah Dato’ Ishak Baharom ditamatkan perkhidmatan beliau sebagai Mufti Selangor hanya kerana bertegas agar pelaksanaan hukuman Hudud dilaksanakan dan juga kerana menyebabkan tiga orang ratu cantik Melayu-Islam didakwa di Mahkamah Syariah.

    ReplyDelete
  8. Tak payah la beria paste apa yang Mahathir cakap pasal hudud. Pas takut Allah ke takut Mahathir? Cuba jawab soalan anon pertama tu. Berani ke Pas bertegas akan laksanakan hudud pada Dap dan Pkr? Baru karpal king kong bersuara semua pemimpin Pas dah kecut telur...lagi mau pusing salah Umno. Kasi bukti dulu la dengan ketegasan nak laksanakanm hudud, cakap dengan lantang pada kawan Dap Pkr Pakatan mu tu, baru pengundi atas pagar macam kami ni boleh percaya Pas. Kalo tak sorilah. Harap munafik jelah.

    ReplyDelete
  9. Wahai waghih ateh pagar! Den tak nampak yg ateh pagar ni botul2 ateh pagar. Mudah bonar waghih kito ni menghukum pas ni munafik. Kito marah Kafir mengkafir. Tapi mudah pulak kito tudah oghang munafik. Dalam politik Melayu ni harus bezo pendapat. Selagi kito menjago adab ia akan membawa rahmat. Hilang adab membawa musibah.

    ReplyDelete
  10. bagus politik melayu harus menjaga adab. tapi yang puak hijau tak habis2 janji syurga untuk pangkah parti ddia dan tuduh sesama muslim kafir dan amanat hadi jelas dan nyata menuduh puak biru kafir dan tidak pernah menarik balik pun kata2nya hingga berpecahnya umat melayu di negara ni nak buat lagu mana waghih? bukan ciri2 munafik ka tu? tuduh orang lain bersekongkol dengan kafir maka jatuh hukum terus kafir. tapi tang dia halal pulak tu. tak munafik ka namanya pas tu? nasib baik golongan munafik ni tak boleh diperangi...kalau tidak....

    ReplyDelete
  11. Anak Rombau Di RantauJune 28, 2012 at 11:09 PM

    Wahai nan 9 yang dikasih, tak kirolah do, sapo juo yang hilang adab, dio takkan tahan lamo do. Kok kito dipihak bonar, biarlah kito pakai cari Nabi dengan musuh yang tak beradab. Nabipun ponah dituduh, difitnah, diludah, dipukul, dikutuh, dihino dek orang kafir & munafik. Nabi totap sabar dan memaafkan. Itulah caro hati quraish & yahudi tewas dan ramai masuk Islam. Nabi Musa jumpo Firaun pun Allah suruh Nabi Musa cakap lomah lombut. Itulah sunnatullah menawan hati musuh. Masokan kito ni lobih handal dari Musa dan sedaro kito dari PAS tu, lobih toghuk dari Firaun. Pemimpin kito kek ateh tu, bertalu-talu pujuk pemimpin PAS ajak berunding bermesyuarah. Janganlah kito pulak jadi batu api, momocah bolah sesamo kito, sebangso soagama tak abih-abih. Kok iyo kito ni dipihak yang lobih mulio, buktikanlah bahwo kitoni lobih beradab lobih berakhlak. Itulah jalan menuju komonangan.

    ReplyDelete
  12. TerGempar : Kenyataan mantan perdana menterik Mahathir muhammad Pada Konvensyen Kebangsaan Politik dan Patriotisme (K2P) di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada 26 Februari 2012 ( Ahad ) Mengatakan Bahawa Hukum Hudud TIADA Dalam Al-Quran dan TIDAK ADIL, Serta Beliau Mempersendakan Hudud Ketika Menjawab Soalan Dari Pelajar Dengan Mengatakan Bahawa Hukuman Hudud Itu Tidak Adil Buat Orang Islam.

    Sebelum ini najib razak berkata "say no to HUDUD..

    ReplyDelete
  13. sesungguhnya kaum PAS yang tegar ini ditutup maa,telinga dan hatinya untuk kebaikan oleh Allah. Cita2 mereka hanya inginkan bukan islam menjadi Perdana Menteri agar mereka dapat manfaat darinya untuk menghancurkan umat islam.Telinga mereka dipekakkan bila ada umat islam dimurtadkan oleh DApig. Mat Sabu sanggup sembah guan eng. N.ajis sanggup pertahan ambigay LGBT. Memang golongan PAS penyokong LGBT. Moga-moga mereka diberi hidayah oleh Allah agar tidak menyesatkan umat islam di Malaysia. Allahuakbar

    ReplyDelete
  14. (12 Ogos), Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan menganggap tindakan beberapa pemimpin DAP yang boleh ditafsirkan sebagai menghina Islam tidak menghairankan. Baginya ia mungkin ekoran kefahaman mereka terhadap agama Persekutuan yang tidak begitu mendalam.

    Tok Guru sebaliknya membandingkan tindakan pemimpin bukan Islam itu dengan penghinaan yang dibuat oleh sebilangan pemimpin Islam sendiri.

    "DAP kalau hina Islam, pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam,"ulasnya.

    Meski pun tidak menyatakan pemimpin Islam mana yang beliau maksudkan, tidak sukar diakui kenyataan beliau itu lebih ditujukan kepada para pemimpin Umno.

    ReplyDelete
  15. JENAYAH UMNO TERHADAP UMAT MELAYU/ISLAM

    FIRMAN Allah swt yang bermaksud: "Orang-orang yang telah diberi mandat berkuasa di atas muka bumi, hendaklah mereka mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menguatkuasakan al makruf (asy syariah) dan mencegah kemungkaran."

    Ayat di atas adalah penyata umum dari Allah swt yang menggariskan secara kasar tanggungjawab sebuah kerajaan yang diberi mandat dan kuasa. Gagal melaksanakan tanggungjawab yang digariskan oleh Allah SWT, meletakkan kerajaan tersebut sebagai sebuah kerajaan yang derhaka kepada Allah.

    Menyorot sejarah lebih 50 tahun Umno dan BN berkuasa sebagai sebuah kerajaan (Persekutuan) yang diberi mandat oleh rakyat jelas terbukti bahawa Umno dan BN gagal berfungsi sebagai sebuah kerajaan yang taat dan patuh kepada perintah Allah SWT, malah Islam lebih terhalang dan ummatnya lebih tertekan di bawah kepimpinan Umno dan BN.

    Sejarah tidak mungkin dapat melupakan tindakan 'jahat' Umno menghapuskan tulisan jawi sehingga melahirkan generasi yang buta jawi dan al Quran. Implikasinya, generasi ini membesar dalam keadaan jauh dari petunjuk Ilahi (al Quran) dan mereka mula terpesong dengan menjebakkan diri secara mudah dalam kancah maksiat dan mungkar.

    Umno juga mungkin tidak dapat memaafkan diri mereka sendiri apabila bertindak 'bodoh' demi mengekalkan kuasa mereka, dalam kesempatan membentuk persempadanan semula kawasan pilihan raya bagi sessi penggal 2003/2004 tidak menambah langsung kerusi parlimen di kawasan majoriti Melayu muslim seperti Kedah, Perlis, Terengganu dan Kelantan berasaskan kebimbangan pihak PAS akan menang besar dalam pilihanraya.

    Samalah sebagaimana Umno 'mendera' rakyat yang rata-ratanya berbangsa Melayu beragama Islam di negeri Terengganu sebelum ini dengan merampas royalti minyak petroleum semata–mata kerana Terengganu diperintah oleh PAS pada waktu itu dan kini Kelantan menjadi mangsa kerakusan dan kezaliman mereka sedang mereka membayarnya untuk Sabah dan Sarawak.

    ReplyDelete
  16. Pokok kpd tulian ini nak menyedarkan ahli penyokong Parti Cap Tin Biskut supaya sedar yg Parti nie lagi dulu memang tak mahu laksanakan hudud. Sesuai dengan saranan Penasihat rakan Parti Cap Tin Biskut nie iaitu Karpal Singh is King yg tak mahu hudud. Malah dalam buku Jingay pun langsung tidak disebutkan nak laksanakan hudud. Apa punya bangsat Parti Cap Tin Biskut aka parti PAS ini .....

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."
Blog Widget by LinkWithin

Blog Archive