Malaysia telah menandatangi Konvensyen Senjata Biologi dan Toksin di Geneva pada 1972. Konvensyen Senjata Biologi dan Toksin dimeterai oleh kuasa-kuasa besar pada tahun 1925. Hipotesis yang menarik, kerana ketika itu 13 Mei 1969 baru selesai urusan "makna Negara Bangsa Teras".
Dalam jangkaan ke depan, Malaysia akan mewartakan Rang Undang-undang Konvensyen Senjata Biologi dan Toksin, yang secara relatifnya telah mula dibahas dan dikemaskini oleh STRIDE sejak 2008 lagi. Syabas Kerajaan Barisan Nasional.
Kita sudah ada RUU Senjata Kimia dan RUU Nuklear. Dengan adanya RUU KSBT kelak, maka Malaysia berada dalam gelanggang seimbang dengan negara-negara maju. Penting benar subjek ini kerana syarikat berkepentingan swasta dan awam yang galak dalam industri Bioteknologi berpotensi membawa masuk, mencipta atau mengembang secara komersil Agen Biologi. Agen biologi amat penting untuk urusan ummah secara baik dan berkesan.
Namun, jika salah tangan menguruskannya, lebih tepat jika di atas tangan-tangan Komunis, Freemason dan Syiah yang begitu bersungguh-sungguh berazam "menjahanamkan" Malaysia, maka RUU KSBT ialah solusinya. Penalti ke atasnya difahamkan begitu tinggi, sesuailah dengan pemikiran bahawa Malaysia memandang serius tahap gaban subjek ini. Tingginya mencecah RM100 juta untuk syarikat korporat yang melanggar etika/integriti KSBT.
Siapa yang wajar menjadi jaguh RUU KSBT? Pak Sedaro melihat isu ini bukan isu politik. Malah jika YAB PM atau YAB TPM menyatakan kesanggupan, maka merekalah yang lebih afdhal menjadi "champion" mengurus wacana dan pemikiran negara dalam RUU KSBT. Boleh juga diinfaq penugasan kepada seorang YB Menteri/Timbalan Menteri yang boleh memberi perhatian khusus kepada beberapa RUU lain dalam rangkaian kepentingan utamanya:
1. RUU KSBT (sedang dalam pembikinan)
2. RUU Senjata Kimia
3. RUU Nukleur dan Atom
4. RUU Teknologi dan Pembangunan Angkasa Lepas Malaysia (jika belum wujud)
5. RUU Pertahanan Siber Negara (jika perlu wujud)
Mungkin semua ini ada hikmahnya.
Belajarlah daripada Islah.
ReplyDelete