Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Tuesday, June 5, 2012

YB-YB di Malaysia Kurang Intergriti

28 bulan lalu, Pak Sedaro pernah menulis Diari Ideal Aku "Ahli Yang Berhormat". Ramai yang baco golak-golak hingga berguling mencium tanah. Lucu dan terlalu idealistik kobar eh. Namun apabila di rujuk dalam tulisan Bimbingan Muslimin yang dinukil oleh Imam Abdul Hamid Al-Ghazalli, dan diambil kisah kehebatan Sultan Turki Ottomaniah, Sultan Muhamad Al-Fateh, ianya masih tepat dan wajar.

Muhamad Al-Fateh sebagai contoh memberi cerminan integriti pemimpin yang paling hebat. Kemampuan beliau sebagai panglima perang, pakar strategi pengurusan negara, ahli agama yang taat dan kuat sehingga mampu menjadi imam Solat Jumaat dan sebagainya; sentiasa tidak lekang dengan zikir dan tasbih sebelum bertempur dan berhujah, mampu berkomunikasi dalam 7 bahasa dunia, ahli ekonomi dan tamadun sosial, begitu taat dengan masa orang lain...adalah antara ciri dan sifat semulajadi yang wajar diikuti oleh pemimpin Melayu.

Pemimpin politik yang sihat akal, waras daya dan bijak fizikal perlu berintegriti. Antara langkah pertama yang perlu diuruskan ialah;

1. Berkata benar walaupun amat pahit, walau terpaksa ditempelak oleh YAB PM sekali pun. Namun derhaka kepada Agama, Bangsa dan Negara tiada kompromi.

2. "Buat baik ayuhai rakan, ke dalam laut engkau campakkan, walau tidak dikenal ikan, Tuhanmu tahu iyakah bukan."

3. Kaya Wang Ringgit, Kaya Perangai, Kaya Asuhan, Kaya Hayat dan Roh.

4. Taat kepada Agama, Taat kepada Raja, Taat kepada Tanahair, Taat kepada Ilmu yang Berguna.

5. Siddiq, Tabligh, Amanah dan Fatanah.

Jika integriti pemimpin masih boleh dipersenda oleh pengundi, maka jauh lagilah kita untuk matang seperti negara-negara penjajah. 

Sedarlah bahawa kesan penjajahan di kalangan kita masih baru lagi. Kita ada 150 tahun lagi untuk menjadi matang dalam TAMADUN BANGSA TANAH MELAYU MERDEKA DAN BERDAULAT.

Hidup Melayu, Hidup UMNO, Undilah Barisan Nasional!

2 comments:

  1. Harga Petrol - Rakyat Ditipu Hidup-Hidup

    Kerajaan mendakwa kualiti RON97 lebih baik berbanding RON95. Disebabkan kualiti yang lebih baik, kerajaan menetapkan harga runcit RON97 sebanyak RM2.90 seliter manakala RON95 yang kurang berkualiti pada harga RM1.90 seliter. Jika dilihat, memang jelas RON97 (RM2.90) berharga lebih RM1 daripada RON95 (RM1.90).

    Tetapi, kerajaan juga begitu bangga menyatakan bahawa petrol RON95 telah diberi subsidi kerana rakyat diutamakan. Bukan sedikit tetapi subsidi dan cukai berjumlah RM1.45 terpaksa ditanggung oleh kerajaan bagi menetapkan harga runcit RON95 pada paras RM1.90 seliter.

    Dengan harga RM1.90 seliter dan ditambah nilai subsidi RM1.45 seliter yang ditanggung oleh kerajaan, maka harga RON95 TANPA SUBSIDI ialah RM3.35 manakala RON97 yang lebih berkualiti tetapi TANPA sebarang subsidi hanya berharga RM2.90!


    Sekiranya kedua-dua gred petrol dijual TANPA sebarang subsidi, maka harga RON95 (RM3.35) lebih tinggi daripada RON97 (RM2.90). Petrol yang lebih berkualiti lebih murah daripada petrol yang kurang berkualiti!

    Jika begitulah halnya, adalah lebih baik kerajaan menukarkan subsidi RM1.45 seliter yang diberikan kepada petrol gred RON95 (yang kurang berkualiti) dan memindahkan subsidi berkenaan kepada petrol RON97. Rakyat akan menikmati petrol yang berkualiti lebih baik dengan harga yang jauh lebih murah. Dengan kadar subsidi RM1.45, harga petrol gred RON97 dapat dinikmati oleh rakyat dengan harga RM1.45 seliter! (RM2.90 - RM1.45).

    Dengan harga yang lebih murah dan Rakyat dapat menggunakan petrol daripada gred RON97 yang lebih berkualiti.... RON97 berharga RM1.45 seliter! Macam mimpi!

    Tapi kerajaan Barisan Nasional seronok menipu orang-orang tua di kampung dan peneroka Felda dengan perkataan subsidi. Tak mengapa. Teruskan menipu menggunakan perkataan keramat 'subsidi' tetapi pindahkan subsidi berkenaan kepada petrol RON97. Ada berani?

    Kalau tak berani, jangan ganggu Rakyat untuk menukar kerajaan yang dapat memberikan harga petrol yang lebih murah. Bukan susah pun kerajaan Pakatan nak lakukan... Pindahkan sahaja subsidi daripada RON95 kepada RON97. Tak perlu pakar kewangan untuk melakukannya..

    Analoginya samalah dengan menjual kereta Proton yang berkualiti dengan harga yang lebih murah di luar negara manakala Proton yang kurang berkualiti dijual kepada rakyat di dalam negara dengan harga yang jauh lebih mahal. Haram jadah!!! (pinjam kata-kata Najib)

    Siapa yang mahukan harga petrol RON97 berkualiti dengan harga yang lebih murah daripada harga RON95, JOM tukar kerajaan BN kepada kerajaan Pakatan Rakyat!

    Patutlah DS Anwar berani dan konfiden memberi jaminan, "malam ini kita berkuasa di Putrajaya, esok kita turunkan harga petrol!"

    Kepada pemuda-pemudi, abang, adik, kakak, cuba eksplen penipuan subsidi petrol kerajaan Najib ini kepada orang-orang tua di kampung-kampung, di pedalaman, Makcik Kiah, Makcik Jemah, Pak Seman, Pak Sudin di Felda-Felda. Mereka semua ada kereta dan motor yang menggunakan petrol.

    ReplyDelete
  2. RON97

    Harga sebenar - RM3.75.
    Harga Apungan - RM2.90.
    Pelepasan Cukai - RM0.85.

    RON95

    Harga Sebenar - RM3.54.
    Harga Kawalan - RM1.90.
    Pelepasan Cukai - RM0.59.
    Subsidi - RM1.05.

    Ron 97 ada pelepasan cukai la anon ngok. Nak tipu pun berpadalah pembangkang nih.

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."
Blog Widget by LinkWithin

Blog Archive