Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Monday, June 18, 2012

Pas sampai bila-bila pun takkan jadi dominan...

Berikut adalah fakta mengenai Pas yang disorok pemimpin mereka daripada pengetahuan ahlinya sendiri, apatah lagi rakyat Malaysia sejak sekian lama;

1. Sejak PRU Pertama 1955, Pas tidak pernah bertanding kerusi parlimen lebih daripada majoriti mudah. Dan semua harus maklum, untuk sesebuah parti memerintah negara ini, mereka perlu memenangi lebih separuh daripada jumlah kerusi parlimen yang dipertandingkan.

2. Sejak PRU-4 pada 1969 hinggalah PRU-12 pada 2008, jumlah kerusi parlimen yang ditandingi oleh Pas secara puratanya ialah 60+ kerusi.

3. Paling tinggi Pas pernah bertanding kerusi parlimen ialah pada PRU-11 tahun 2004 iaitu sebanyak 85 kerusi, tetapi Pas kembali mengurangkan kerusi yang ditandinginya pada PRU-12 yang lalu dengan hanya 66 kerusi parlimen, semata-mata kerana ingin memberi laluan kepada PkR untuk menambah bilangan kerusi.

4. Khabarnya pada PRU-13 akan datang, Pas sekali lagi akan mengurangkan jumlah kerusi parlimen yang ditandinginya kepada 63 kerusi kerana ingin memberi laluan pula kepada calon Melayu parti DAP.

5. Sejak PRU-4 pada 1969 hinggalah yang terbaru PRU-12, DAP sentiasa menambah bilangan kerusi parlimen yang mereka tandingi.

6. Persoalan ramai ialah, jika Pas tidak pernah sekalipun bertanding kerusi parlimen melebihi majoriti mudah, jadi bagaimana Pas boleh menipu kononnya akan  melaksanakan dasar-dasar Islam ala Pas di negara ini?

7. Dan persoalan utama, bagaimana Pas boleh menjadi parti dominan dikalangan Komplot Pembangkang sedangkan kerusi yang PkR tandingi lebih banyak daripada Pas.

8. Di PRU-12, PkR bertanding 97 kerusi parlimen yang menjadikan PkR lebih dominan berbanding Pas walaupun ahli PkR sendiri lebih ramai bukan Islam berbanding Islam. Adakah Pas lebih yakin pada PkR untuk laksanakan dasar-dasar Islam?

9. UMNO pula sejak PRU-4 sentiasa memastikan parti mereka dominan dalam Barisan Nasional dengan bertanding kerusi parlimen lebih daripada majoiti mudah berbanding parti-parti komponen dalam BN.

Adakah Pas selama ini memang berniat menipu rakyat yang kononnya akan laksana dasar Islam jika berjaya memerintah Malaysia; sedangkan Pas tidak pernah pun bertanding kerusi parlimen lebih darpada majoriti mudah yang membolehkannya membentuk kerajaan persekutuan, apatah lagi untuk jadi parti dominan dalam Komplot Pembangkang?

Selamanyalah Pas kekal sebagai BALACI DAP dan PkR.

8 comments:

  1. UMNO party dominan......kah kah.....Dulu UMNO kuat tapi sekarang dah lembik...bolih di pijak pijak olih MCA dan MIC....Kesian UMNO dah hilang taring....?
    Gua mahu cakap gua UMNO pun banyak malu.....oh...ohhh.

    ReplyDelete
  2. Anak Rembau Di RantauJune 18, 2012 at 4:04 PM

    Hai, dalam politik kenalah flexible dan bijaksana selagi tidak melanggar prinsip. Memang selama ini UMNOlah yang diharapkan jadi pelindung Melayu dan Islam. Apakan daya, harapkan pegar, pegar makan padi.

    Melayu semakin lemah dan jadi penyembah ihsan orang lain. Islam semakin terpinggir. Orang bukan Islam semakin menjauhi. Di awal 50an dan 60an, ramai Cina masuk Islam. Ramai serah anak pada orang Melayu. Mereka anggap Melayu dan Islam jadi penyelamat anak cucu mereka.

    Kini semua sudah berlalu. Kaum bangsawan Melayu sudah jadi feudalis. Menindas, memutar belit, merampas hak orang Melayu miskin. Misalnya, atas nama hak bumi, 1000 permit teksi diberikan kpd beberapa pemuda UMNO. Maka jadilah pemuda UMNO itu feudalis baru menindas 1000 pemandu teksi Melayu yang akan terus miskin dan papa kedana.

    Jadi, selepas PRU13, jika PR yang memerintah, Ahli-Ahli Parlimen UMNO perlulah bergabung dengan PAS dan PKR. Maka, jumlah Melayu akan terusi dominan. Jika dulu, UMNO ketua pelindung Islam & Melayu. Selepas PRU nanti, biarlah PAS pula yang mengetuainya. Kita yakin, era baru nanti, umat Islam akan lebih selamat dan gemilang. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  3. Apa guna dominan kalau perangai macam domino umno

    ReplyDelete
  4. kalu lepas pru13 umno menang 110 kerusi daripado 117 kerusi parlimen yg bertanding mcm pru11 dulu camno lak anon? maso tu nak cakap, perlulah umno begabung lagi ko? http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=657921

    ReplyDelete
  5. Di Mesir, Ikhwan dh menang dan tak mustahil gerakan Islam menerajui Mesir. Malaysia yg berbilang kaum dan agama, jika diizinkan Allah Pas menang lebih 60 kerusi bermakna solid Islam-Melayu dan PKR akan menyumbang selebihnya. Masa itu umno akan jd pembangkang. Bila jd pembangkang di Pusat maka dia akan tahu betapa bangang dan hinanya umno... sbb dulu biasa monang, salah guna kuasa dan berebut laba. Bila dah kalah tak mustahil puluhan MP umno lompat atau menawarkan kongsi kuasa mcm kat Selangor dan Perak dulu. tak malu2 umno bingai ni pelawa Pas kongsi dan sanggup lantik Wakil pas sbg MB kat sgor dan Perak. Umno hidup atas 3P iaitu pitih, pangkat dan Pu**

    ReplyDelete
  6. Lambek laie, PAS, PKR nak monang.. DAp mungkinlah dapek PP tu. Di Kelantan bukannya PAS kuek, tapi UMNO yang tak ondak monang..

    ReplyDelete
  7. Ade plak kt kelantan pas xkuat...tgk brpe krusi yg mnang lh bro

    ReplyDelete
  8. Analisis bangang...

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."
Blog Widget by LinkWithin

Blog Archive