Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Sunday, June 3, 2012

MBNS lagi?!

Menteri Besar Negeri Sembilan??? Bukan jang. Yang sebonar eh nak cerito hangit dan topat pasal tok pekong-tok pekong yang baru bermastautin dalam Majlis Belia Negeri Sembilan. Dah galak bonar kito nyalang isu-isu sensasi, hangat dan paneh punggung MBNS ini. Namun ternyata petua pekak badak dan bodoh sombong MBNS patut dipuji.

Pak Sedaro suko sarankan Sekretariat Belia YNS yang kobar eh dah keluar baris Parman, dan diganti dengan Zamri, mako YAB MB ambillah masa dan ruang untuk memberi fokus kepada peranan dan perancangan strategik RPBNS2 untuk dijayakan secara saksama dan berterusan.

Kok takyo cayo dengan Zamri, Pengarah Sekretariat Belia YNS yang baru tu campaklah ketopi dan bubarkan Sekretariat Belia YNS yang terlalu lamo lopong. Dah nak basi cerita dan berita RPBNS2 dengan perayaan Sambutan Belia peringkat Negeri pun tidak dikordinasi ikhlas oleh ketumbukan utama belia dalam Negeri Sembilan.

Penatlah Pengarah JBS, Baharuddin Md Jali berhempas pulas. Lotihlah juo melihat budak hingusan yang bolun tentu arah lagi dah dihadiahkan Tokoh Belia Wanita NSDK...apo kojo ni? Menjerat lubang-menggali lubang?

Apakah dokumen RPBNS2 hanyalah karangan berkajang-kajang demi membuktikan bahawa TONG SAMPAH LEBIH MULIA DARIPADA RPBNS2? Jika demikian tingkah gerak silat pihak-pihak bertangungjawab, khasnya YB Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, YB Setiausaha Kerajaan Negeri yang tak sudah-sudah berperanan "Little Napoleon", YB-YB yang ramai temberang di Dewan Undangan Negeri, ditambah dengan "ilmu tai chi" pegawai-pegawai kanan Kerajaan Negeri yang penakut kepada YAB MB, maka hancurlah sebuah pentadbiran eksekutif BN.

Negeri Kerja Belia hanya retorika daif dan paria sekumpulan pemikir belia. Negeri Kerja Belia hanya fatamorgana yang dicetuskan untuk menelanjangkan kerendahan ilmu sekumpulan pemikir belia. Benarlah pesanan Za'aba dalam Makalah Al-Ikhwan bertarikh 16 Mac 1927, bahawa Melayu masih Miskin iaitu;

1. Miskin Wang Ringgit
2. Miskin Perangai
3. Miskin Asuhan
4. Miskin Hayat dan Roh

No comments:

Post a Comment

Blog Archive