Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Tuesday, January 8, 2013

Janji masyukkk...

Seorang pemuda masuk ke sebuah kedai makan berhampiran rumahnya dan memesan makanan. Tidak beberapa lama kemudian, pesanannya tiba. Saat pemuda itu nak menikmati makanannya, datanglah seorang anak kecil lelaki menjajakan kuih padanya, "Mahu beli kuih, bang?" Dengan ramah pemuda yang sedang makan itu menjawab, "Takpe, abang sedang makan." 

Anak kecil tersebut tidak putus asa dengan cubaan pertama. Dia menunggu sampai pemuda itu selesai makan, lalu dia tawarkan lagi kuih jualannya, "Mahu beli kuih, bang?" Pemuda tersebut menjawab, "Takpe dik, abang dah kenyang." 

Lalu pemuda itu bangun menuju ke kaunter untuk membayar dan terus berlalu pergi. Si anak kecil penjaja kuih masih berterusan mengekori pemuda tersebut hinggalah pemuda itu masuk ke rumahnya. Walaupun sudah hampir seharian si anak kecil cuba menjual kuih buatan ibunya, tetapi masih tidak laku-laku. Namun dia tidak mahu menyerah pada takdir dan masih meneruskan usahanya. Si anak kecil itu berfikir, "Cuba aku tawarkan lagi kuih ini pada abang tadi. Mana tau dia nak beli kuih ni sebagai ole-ole untuk orang di rumahnya."

Tidak berapa lama kemudian, pemuda itu keluar rumah semula dan si anak kecil penjaja kuih kembali menghampiri pemuda tersebut untuk menawarkan kuih jualannya bagi kali ketiga. "Bang, mahu beli kuih?" 

Kali ini pemuda itu merasa ralat untuk menolak. Dia mengeluarkan wang RM10 dari dompetnya dan diberikan pada anak kecil itu. Katanya, "Adik ambil duit ni. Abang tak nak beli kuih adik sebab abang masih kenyang. Anggap saja duit ni derma daripada abang buat adik." 

Anak kecil itu menerima wang pemberian si pemuda lalu menghampiri seorang pengemis yang kebetulan berada berhampiran, lantas mendermakan semula wang RM10 itu kepada pengemis tersebut. Betapa terkejutnya si pemuda lantas bertanya, "Kenapa adik beri wang tu pada pengemis? Mengapa tidak adik ambil saja?" 

Anak kecil penjaja kuih itu tersenyum lalu menjawab, "Saya sudah berjanji dengan ibu di rumah untuk menjual kuih yang dibuatnya, bukan untuk jadi pengemis. Dan saya pasti bangga pulang ke rumah bertemu ibu andai wang yang saya perolehi adalah disebabkan hasil jualan kuih ibu dan bukannya disebabkan derma daripada abang. Wang yang akan saya serahkan kepada ibu nanti adalah hasil usaha saya sendiri kerana ibu tidak suka saya meminta-minta.

Pemuda itu kagum dengan kata yang diucapkan oleh seorang anak yang masih kecil yang hanya menjaja kuih tetapi memiliki prinsip dan etika kerja yang hebat. Impian anak kecil itu ialah setiap kali pulang ke rumah, dia dapat melihat senyuman ibu yang menyambut kepulangannya disebabkan dia mampu menjual kuih buatan ibunya serta memperolehi wang hasil jualan tersebut, dan bukannya dengan cara meminta derma. 

Akhirnya pemuda itu memborong kesemua kuih yang dijajakan si anak kecil. Bukan kerana kasihan, bukan kerana lapar, tetapi kerana prinsip yang dimiliki si anak kecil bahawa "Usaha Tangga Kejayaan" dan dia pasti akan memperolehi ganjaran yang setimpal seandainya dia menyudahkan kerjanya dengan baik. 

Semoga kisah di atas mampu menyedarkan kita akan peri pentingnya usaha, dan bukannya dengan cara meminta-minta mengutip derma. Janganlah sampai mata kita jadi 'hijau' hanya disebabkan nafsu kepada wang ringgit. Wallahua'lam.





14 comments:

  1. pukimak punya umno..sampai hati biarkan dr novandri keseorangan...mana semangat membantu ahli parti umno harbi?..mana peguam umno harbi?..kenapa pemimpin umno harbi tidak menyediakan dana dr duit rasuah unt membela bloger umno pukimamak?...brp sgt kalu nk bayar lawyer kalu nak dibandingkan duit haram pemimpin umno harbi...mmg celaka pemimpin umno ni...begitu juga ahlinya...

    ReplyDelete
  2. Pas bukan macam umno. Umno byk duit sbb byk dpt 'sumbangan' politik

    Tapi cuba tgk, inilah punca kekuatan pas. Kesatuan hati yg ikhlas untuk perjuangan. Sebab tu sgt jarang ahli pas yg goyah dan setia dgn pas.

    ReplyDelete
  3. PAS tak rasuah sebab dia pakar songlap duit rakyat atas nama derma jihad.

    Ibrahim Libya kena dijihadkan, maka bolehlah derma dipungut.

    Nak buat Lebuhraya Rakyat perlu ada derma jihad. Ladang Rakyat, jambatan, madrasah, masjid macam-macam lagi. Ceramah tu biasalah.

    Memang PAS amat pakar. Siapa nak audit duit derma siapa nak tanya mana pergi duit yang berlambak2.

    Ahli PAS yang telah disamdolkan oleh Mursyidol mana berani nak tanya. Takut masyuk neraka.

    Tahniah PAS. Teruskan Derma Jihad.

    Ingatlah duit derma yang disalahgunakan akan menjadi darah daging yang kotor lebih kotor dari rasuah. Rasuah yang terbukti salahnya akan dihukum didunia lagi.

    Akan tetapi derma yang diseleweng hanya Allah swt sahaja yang tahu.

    Sia-sialah kepada mereka yang dianiayai Syahidnya oleh para pemimpin PAS sendiri seperti Ibrahim Libya.

    Bersihkah para pemimpan PAS yang riak dengan gelaran Ulama yang mereka sendiri ciptakan.

    Buang serban tepuk kepala ingat dosa pahala.

    ReplyDelete
  4. Bang;
    First class punya sindiran.Ini yang sekor terlepas marah-marah UMNO apa hal.Biasalah bila kena batang hidung mula lari dari topik.Typical PR Goons

    ReplyDelete
  5. Sebiji macam cakap Kak Ijat, peduli apa aku pasal rakyat mencemuh, janji masukk RM 250 ribu. Begitu juga cakap Raja Soopiah, peduli apa aku pasal rakyat, janji masukk RM 100 ribu. Begitu juga cakap Najib Altantuya, peduli apa aku dengan rakyat, janji masukk duit jual scorpene rm 700 ribu.

    ReplyDelete
  6. Anon di atas, salah infolah.
    Sharizat cakap janji masukk RM 250 juta. Raja Soopiah cakap, janji masukk RM 100 juta. Najib Altantuya cakap, janji masukk RM 750 juta. Orang UMNO tak main ribu ribu,dia orang main juta juta.

    ReplyDelete
  7. Kasihan PAS masukk sikit sikit. PAS kena belajar macam mana UMNO masukk banyak banyak.PAS kena belajar dari UMNO macam mana nak merompak duit rakyat.

    ReplyDelete
  8. hehe..tajam2...sindir tu. Lepas ni kaya la PAS sumbangan harbi sebab dah berjaya lelong nama khas pada bible tak pyh susah2 mintak derma lg.

    Inilah contoh pemimpin/pengikut yg kosong organ antara 2 telinga.

    ReplyDelete
  9. PAS kalau belajar dari UMNO, bagaimana nak merompak harta rakyat,tidak pelu lagi meminta minta.

    ReplyDelete
  10. Umno kaya dah bang,tak perlu derma jihad dah..apa lombap rakyat melayu ni.tu pon slow nak pikir

    ReplyDelete
  11. Den sokong raja ropiaah ushawan tulin.

    ReplyDelete
  12. aku rasa ramai pencacai pas tak faham intipati sebenar post ni. rasanya penulis menggalakkan kita berusaha instead of meminta-minta. banyak cara pas boleh jana pendapatan kerana dah kuasai 2 negeri tak termasuk 22 tahun teraju kelantan. dengan akal anugerah ilahi, sumber yang pelbagai di negeri yang ditadbir, ditambah dengan sedikit kuasa yang Allah berikan, takkanlah pas masih jadi parti yang suka meminta-minta? tak boleh ke usaha sendiri? doa dan mintak derma semata tidak akan menjadikan islam itu hebat!! sebaliknya penggunaan akal semaksimum mungkin disertakan dengan usaha dan tawakkal mampu mengubah takdir. itulah yang umno lakukan dan tidak pas.

    ReplyDelete
  13. Konsep derma telah lama di popularkan.Ia memberi pendekatan yg baik pada matlamatnya pada jangka Der masa panjang.Contoh Derma "Telethon" utk jsntung anda.Maka banyak spekulasi yg menyatakan ia adalah utk dana PRU.Masapun berlalu,selepas itu wujudlah institut jantung negara yg dpt di manafaatkan oleh semua lapisan masyarakat.Selain daripada itu,ia memberi kesan yg amat baik utk melahirkan pakar kedoktoran di kalangan orang2 melayu.Dari segi nilainya,ia amat bernilai bagi rakyat malaysia ketika ini.Bayangkan sekiranya institut jantung negara tidak wujud sehingga sekarang.Mungkin kos pembiayaan yg tinggi di luar negara.Pengaliran wang kita ke luar negara amat tinggi,andai di ukur daripada data pesakit jantung.Yang menyedihkan,golongan pesakit yg tidak mampu utk mendapat khidamt perubatan sakit jantung.Untuk era akan datang ,konsep derma(hadiah) boleh di aplikasi selari dgn kutipan zakat,fidyah,sedekah dll utk memajukan ekonomi ummah.Pas dan derma amat sinonim walaupun telah menempuh berdekad lamanya,namum ia tidak memberi impak yg besar pada kalangan umat islam melayu.

    ReplyDelete

Blog Archive