Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Wednesday, January 30, 2013

Teluk Kemang dah macam VEGAS


1. Semua maklum Parlimen Telok Kemang sejak 2008 di bawah penguasaan Komplot Pembangkang iaitu Pkr. 

2. Pasti ramai juga yang maklum bahawa selain parlimen, 3 daripada 5 DUN di bawah Parlimen Telok Kemang juga adalah milik Komplot Pembangkang iaitu DUN Chuah, Lukut dan PD Bandar.

3. Dan semua pun tahu Ahli Parlimen Telok Kemang hari ini ialah Kamarul Baharin Abbas aka sahabat baik Ketua Umum Pkr, merangkap Pengerusi Pkr Negeri Sembilan.

4. Juga ramai yang tahu bahawa Kamarul Baharin Abbas merupakan salah seorang Ahli Lembaga Pengarah (Board of Directors) Kumpulan Terangsang...eh...Kumpulan Perangsang Selangor Berhad di bawah Kumpulan Darul Ehsan Berhad. Apa la yang nak diPERANGSANGkan agaknya...

5.  Namun kami pasti ramai yang tak tahu sejak PRU-12, Telok Kemang di bawah teraju Pkr dan DAP kini sudah bertukar wajah menjadi pusat sosial setaraf Vegas.

6. Kami di Paneh Miang menerima banyak aduan gejala sosial di Parlimen Telok Kemang yang tidak pun berlaku sebelum PRU-12.

7. Antara petikan aduan yang kami terima;

"Lambakan pusat judi/rolex masih beroperasi di sekitar kawasan Port Dickson dikuatiri akan merosakkan akhlak generasi muda kini dan meruntuhkan institusi kekeluargaan."

"Kita ingin mempersoalkan tanggungjawab Ahli Parlimen Telok Kemang menangangi masalah ini kerana banyak premis judi haram beroperasi walaupun hanya beberapa meter dari balai polis. Hari ini polis buat operasi, esok pusat judi rolex akan dibuka semula."

"Mesin judi rolex yang berleluasa di daerah PD bagaikan cendawan tumbuh."

"Pusat perjudian di kawasan Port Dickson walaupun telah dibanteras tetapi masih wujud."

"Terdapat pusat-pusat perjudian (mesin rolex) yang terdiri daripada pengunjung Melayu dan Cina."



8. Selain itu kami juga menerima aduan berkenaan perkara lain. Antaranya;

"Terdapat warung makanan yang beroperasi hingga lewat malam yang turut menyediakan pentas untuk menari joget dangdut di bawah Parlimen Telok Kemang dan kebanyakan yang hadir adalah golongan veteran. Ini akan merosakkan institusi kekeluargaan."

"Kini banyak sungguh pusat hiburan di sekitar Port Dickson dan AP Telok Kemang dan ADUN DAP tak buat apa-apa pun."

"Tiada pungutan sampah berjadual di sekitar taman-taman di Port Dickson. Dulu tak macam ni."

"Tempat pembuangan sampah semakin berbau di PD dan banyak sampah bertaburan atas jalan."

"Apahal makin banyak pulak kuil di bina di kawasan PD macam cendawan tumbuh? Dah hampir sama banyak pulak dengan pusat judi!!"

"Masalah sosial makin berleluasa terutama di tempat gelap di sekitar Telok Kemang."

"Semakin banyak parti sosial berunsur negatif di PD 3-4 tahun kebelakangan ni."

"Ramai belia mabuk lepak tepi pantai PD. Apa kes???"

"Masalah sosial dari golongan dewasa, remaja dan khususnya pelajar sekolah seperti seksual yang mana pernah terjadi pada cuti umum termasuk bulan Ramadan."

"Mat-mat rempit menyebabkan banyak kes samseng jalanan di Batu 4 Port Dickson."

"Pusat Pub dan Karaoke dah macam cendawan tumbuh lepas hujan sekitar PD. Jual arak pulak tu."


9. Hakikatnya, JUDI, ARAK dan MAKSIAT sangat sinonim dengan Pkr/DAP. Buatlah dalih atau diversion macamana sekalipun, realitinya Pkr dan DAP tidak mampu mengikis imej PARTI GEJALA SOSIAL.

10. Amatlah malang apabila Pas yang mengwar-warkan kononnya mereka parti Islam, tapi sanggup pula bersekongkol serta menghalalkan perbuatan JUDI, ARAK dan MAKSIAT tajaan Pkr/DAP.

11. Mengundi Pkr dan DAP bermakna anda turut bersekongkol merosakkan masa depan anak bangsa.

12. Ingat Pkr/DAP...ingat GEJALA SOSIAL!

29 comments:

  1. PD nie kn kawasan pelancongan..kat mana2 kawasan pelancongan kat malaysia nie mmg ada tpt camnie,.xkan dok bwh tempurung kot,..cuba la pusing2 satu mlysia tgk..apa kerajaan be end da buat kat tpt pelancongan..kerajaan pusat la kna bertanggungjawab,..apa plak parlimen,..hadoiyai..

    ReplyDelete
  2. mesin slot rolex tu pun kira aktiviti pelancongan pd tu walaupun orang tempatan yang banyak main.

    tapi biasalah mana ada dap situlah ada judi, arak dan urut. tak caya cuba tengok selangor ngan penang. beribu lesen judi dan hiburan kerajaan selangor dan penang keluarkan. orang pkr tukang jadi pelanggan. pas tukang defend.

    ReplyDelete
  3. yang peliknya polis pbt jheains dah banyak kali serbu dan rampas tapi mesin slot tu tetap jugak ada esoknya. siapa jadi penaja? jeng..jeng..jeng!

    ReplyDelete
  4. no wonder la beb. blogger tegar pkr pun kena tangkap khlawat dengan bini orang. spesis macam tu memang suka gejala sosial ni.

    ReplyDelete
  5. Memang tidak patut. Pihak berkuasa tempatan, polis dan jabatan agama yang berada dibawah PKR di Negeri Sembilan mamang bacul dan tidak boleh diharap langsung

    ReplyDelete
  6. oklah tu. dulu zaman umno pegang pd hambar je. bosan. pkr ngan dap ambil alih kan meriah tu. soooosialll.

    ReplyDelete
  7. kau jangan tak tau paneh. jaheains ngan pajabat daerah pd tu ramai penyokong pembangkang pas dan pkr. so no wonder la masalah tak selesai2. sapa tak tau jabatan agama n9 ni ramai totok pas memang bangang la. dap buat kerja, balaci pas tukang cover line la.

    ReplyDelete
  8. Hahaha..aku orang johor beb, kluang Johor taw..Dan dgn selamba jea aku nk wat statement yg Johor ni dah berdekad bersama kepimpinan umno Dan BN..arini kluang pn da jdi mini Vegas..Jom admin wa ajak lu melawat kawasan wa....

    ReplyDelete
  9. den setuju amek tu. pd dulu memang bosan takdo hiburan. setakat pesta pd setahun sekali. pkr monang baru meriah sikit pd ni. tak kisah la gejala sosial ke apo janji meriah. tq pkr.

    ReplyDelete
  10. Ekau jang bantai isa samad ko ekau bantai kamarul ni? Macam serampang duo mato yo den nengok.

    ReplyDelete
  11. Bagus jugak ahli parlimen PKR ni boleh kasi lesen untuk perniagaan tersebut.Ini akan menambahkan lagi kemakmuran rakyat di kawasan tersebut.Di samping itu dapatlah jugak pihak perbandaran mandapat hasil dalam bentuk cukai pintu atau cukai hiburan........begitu kuat sekali kuasa ahli parlimen PKR walaupun hanya di satu kawasan sehingga boleh meluluskan lesen,mengelak dari tindakan majlis bandaran,JHEINS dan sebagainya.....he33333

    ReplyDelete
  12. AES Bercuti lah masa CNY, orang bawa laju leh cuti gak ke, http://www.bharian.com.my/bharian/articles/AEStakberoperasimusimperayaan/Article

    ReplyDelete
  13. Salam.
    Tuan minta pautan(LINK) blog http://revolusifikiran.blogspot.com dlm blog tuan. Sy senaraikan blog tuan dalam senarai BLOG POLITIK POPULAR. Blog sy revolusifikiran.blogspot.com blog santai gambar-gambar dan fakta-fakta yang menarik. Terima kasih kerjasama tuan.

    ReplyDelete
  14. utk pgetahuan paneh miang polis2 yg bt serbuan tu sbnarnya wayang je..sbbnya polis2 tu semua tlh dirahsuah terlebih dahulu..pagi ni ambush ptg nti smpi la lori lain anta mesin.tauke besar dorg cina.n pengikut2 kbyakkannya melayu..org pjabat agama islam pon ada gak yg mintak suapan.klu xbyr ngn dorg,dorg ugut nk bt ambush..yg polis pon kaki rolek gak..dr yg bru kua smpi lah yg nk pencen..aku tau pon sbb abg aku yg cite.aku bkn nk kondem polis atau hina or whatever cuma aku terkejut bila dpt tau yg dorg tu sbnarnya dalang dlm hal ni..

    ReplyDelete
  15. Aku ingatkan Telok Kemang di negeri yang diperintah Pakatan Rakyat... rupanya di negeri BN yang perintah.

    ReplyDelete
  16. Tiap-tiap hari tokey-tokey Miang datang ke pejabat AP Telok Kemang memohon lesen. Sekarang sudah ada lesen untuk ' one night ' untuk mana-mana ahli politik yang nak guna untuk bersantai dengan teman-teman atau artis-artis. Mereka ini akan dijamin perlindungan oleh AP Telok Kemang. Memang dah lama Telok Kemang tempat ahli politik yang Miang-Miang dan masyarakat/pelancung ambil kesempatan bersama mengikut tauladan pemimpin-pemimpin besar. Syabas AP Tkemang.

    ReplyDelete
  17. Benar....Teluk Kemang untuk yang MIANG-MIANG !

    ReplyDelete
  18. Komen murahan umno dah kehabisan modal.NS dan Negara dibawah BN jadi apa kenamengena dengan PKR .Pejabat ugama,Jakim,semuanya bawah BN jadi mereka tulah yang patut dipersalahkan.Nampak benar bangangnya orang UMNO .

    ReplyDelete
  19. masyaAllah, macamana pengundi BN mati rasa bahawa lesen2 tempat maksiat BN yng beri dan mereka dapat setiap unit dosa maksiat itu yang masuk akaun mereka yg akan didedahkan di mahsyar besok!Kesian!! Mereka tipu diri sendiri dgn tuduh PKR!! Firman Allah SWT, "Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya menipu dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya." Al-Baqorah 9

    ReplyDelete
  20. Jabatan agama islam negeri sembilan ramai penyokong pas tapi mbns selaku pengerusi buek ontok yor. Abih camno...

    ReplyDelete
  21. Bagus ekau buek artikel camni paneh. Baru juak2 pembangkang ni sodar camno raso ey bilo mereka selalu sgt spin cerito apo sajo silap mereka kononnya salah Umno belaka. Yang bungko mmg tak faham maksud tersirat paneh ni. Sobab pembangkang selalu sgt fitnah Umno, jadi camno lak raso bilo.batang idung sendiri tekono?

    ReplyDelete
  22. Aku rasa post ni serampang 2 mata. Kiri kanan paneh miang balun ni. Cuma tak tersebut je.

    ReplyDelete
  23. Salam sedara seislam den.den ni dah lamo duduk kek PD.dah tau bonar selok belok PD tu.sojak zaman Mat Isa lagi PD ni jadi Les Vegas.cumo tak di kobarkan ajo.bapak segala bapak kaki judi ni boleh tanyo kek Mat Isa.bukan den nak buek cerito tapi ni lah hakikatnye.nak tanyo pado korang siapo yang kono tangkap khalwat dongan Ziana Zain..siapo yang lopehkan keduo-duo Jantan dan Betino yang tongah skodeng tu..tanyo lah siPendek Mat Isa..ni bukan Fitnah tapi Kenyataan..ha skarang korang dah FAHAM...

    ReplyDelete
  24. mmg serampang duo mato pun paneh ni. tu sobab kalo dio tulih den tak torus komen sobab mamat ni kenkadang banyak tersirat yang ditulihnyo. kono pikir dulu baru komen. macam marah anak sindir mertuo la ni.

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum,

    Untuk pengetahuan, lesen-lesen perniagaan di sesuatu kawasan diberi oleh Pihak Berkuasa Tempatan, bukan Kerajaan Negeri yang luluskan..

    Wassalam..

    ReplyDelete
  26. maknanya pkr & dap ada geng dalam pbt la ni?

    ReplyDelete
  27. kerajaan tempatan yg keluarkan lesen, dan sebagainya tu, kerajaan mana ? BN kan? Patut pun .....

    ReplyDelete
  28. Kate bodo marah. Tp tak kate kang mmg da bodo dah. Benang yg basah pun nak ditegakkan puak pakatan ni. Ibarat kayuh basikal takde tayar, tp mulut malalak "aku dah nak sampai putrajaya". Bertindak atau buat sesuatu yg tak gune akal. tp byk gune hati. hati yg x btol yg sntiase fikir diri tu lg bagos. Bile buat yg salah tunjuk jari punce dari org lain. Puii!

    ReplyDelete
  29. Goli hati tengok orang nogori semuo soperti di atas bagi pendapat.Bangang bangang belako. Setakat lulus SPM,kuli batak,askar pencen,professor kangkung tak payahlah bagi pendapat. Memalukan orang nogori sajo. Kito kalau dah bangang dan bodoh janganlah nak bagi idea.hanya menampakkan kebodohan kito.

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."
Blog Widget by LinkWithin

Blog Archive