Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Monday, January 21, 2013

Demi MARUAH Pas maka Pakatan mesti diKALAHkan!

1. Sejak PRU-12 pada 2008, Pas sebenarnya sudah hilang maruah dan kehormatan. Ahli Pas sendiri pun dah lama sedar akan hakikat ini.

2. Sebab tu Himpunan Kiblat Rawak 112 (HKR112) hanya dapat mengumpul crowd kurang 60 ribu kerana penganjur gagal meyakinkan seramai mungkin ahli Pas di seluruh negara yang berjumlah lebih 2 juta untuk hadir sama memeriahkan perhimpunan.

3. Hakikatnya sejak 2008, Pas hanyalah berstatus balaci dan pencacai kepada Pkr dan DAP, dan bukannya rakan kongsi, apatah lagi dominan dalam Pakatan. Sejak 2008 juga, belum ada isu yang membabitkan Islam yang mampu dipertahankan Pas, walaupun serangan terhadap Islam itu datangnya dari rakan sekomplot Pas sendiri. Pas hanya akur dan tunduk tanpa berani membantah Pkr mahupun DAP.

4. Banyak bukti semasa yang boleh menyokong kenyataan di atas. Antaranya;

- Tentu masih ingat manifesto (Khalid MB Selangor cakap manifesto bukan janji...paloi!) Pas di Selangor semasa PRU 2008 apabila Pas menjanjikan, "Jika hari ini Pas memerintah Selangor, esok kilang arak akan ditutup!" Tak payah cerita pasal kilang laa, baru DAP angkat kening, habis semua arak yang dirampas dipulangkan semula ke 7E. Contoh klasik Pas selaku balaci.

- Pas Kedah nak tutup pusat hiburan bulan Ramadan, DAP renung tajam, terus arahan pada PBT suruh buat-buat buta tak nampak pusat hiburan terbuka. DAP beyond the law, Pas underfoot DAP.

- Walaupun sekian lama memperjuangkan negara Islam sejak penubuhannya, namun sejak 2011 Pas terpaksa menggadaikan prinsip dan maruah dengan menukar slogan kepada negara berkebajikan demi menjaga hati serta arahan rakan sekomplot Pkr dan DAP. Satu lagi contoh klasik Pas adalah pencacai.

- Jika dulu apabila UMNO menegur Pas, dengan rakusnya Pas membalas kononnya UMNO menentang Islam dengan alasan Pas memperjuangkan Islam, dan menentang Pas bermakna menentang Islam. Tapi hari ini jika Pkr atau DAP yang menegur, dengan segera Pas akan menarik balik atau menukar kenyataan tanpa membalas apa-apa kepada Pkr atau DAP. Jelas apabila bersama Pkr dan DAP, Pas boleh diibaratkan seperti anjing yang hanya mengikut arahan tuannya. Lagi contoh klasik Pas macam cencorot.

- Ketika UMNO minta Pas mengkaji semula draf Hudud yang dibentangkan di Kelantan dan Terengganu, habis Pas mencanang ke seluruh pelusuk negara konon UMNO menentang Hudud, UMNO kafir, UMNO junjung perlembagaan penjajah, bla..bla..bla..! Tapi bila Mursyidul Am Pakatan aka Karpal dan Khalifah Guan Eng terbatuk sikit, hampir kesemua pemimpan Pas tarik balik kenyataan, konon Hudud bukan keutamaan la, Hudud 0.0001 peratus dalam Quran la, Hudud hanya akan dilaksanakan pada masa sesuai la...bala..bala..bala. Takde pulak pemimpin Pas nak hentam balik Karpal atau Guan Eng. Malah Muryidul Ampas pulak dengan kondifen sebut konon DAP dah faham Islam. Lagi-lagi contoh klasik Pas hanyalah kuda tunggangan seperti yang pernah diakui Presiden-nya sendiri.

- Sama ada perasan atau tidak, setiap kali UMNO/BN menghentam Pas, tiada bantuan atau sokongan daripada pemimpin Pkr mahupun DAP untuk menjawab bagi pihak Pas. Terkujat-kujat la pemimpin Pas menjawab untuk membela diri sendiri. Tapi bila tiba giliran UMNO/BN hentam Pkr atau DAP...kita dapat saksikan bagaimana Pas akan cuba menjadi juara dengan menjawab bagi pihak Pkr dan DAP. Bersungguh-sungguh pulak Pas membela dan mempertahankan rakan sekomplot, sampai sanggup mencaci nista saudara seagama sendiri. Walhal bila time Pas yang kena, DAP dan Pkr buat derk jer. Contoh klasik purba Pas sebenarnya hanya balaci tahap cipan.

- Bila Pkr buat perhimpunan atau ceramah, ahli Pas yang akan ramai hadir. Bila DAP buat program, pun ahli Pas jadi tukang meramaikan majlis. Tapi bila Pas yang buat program, boleh kira berapa ramai ahli Pkr dan DAP yang datang. Malah masa PRK yang kerap berlangsung tidak lama dulu, jentera Pas jugak yang bersungguh jadi balaci walaupun calon Pkr dan DAP yang bertanding. Semua orang pun tahu Pkr mana ada jentera. Pas jugak yang diperkudabelangkan.

- Semu tahu kisah pemecatan Hasan Ali. Tanpa desakan dan arahan daripada Pkr dan DAP, termasuk segelintir puak Erdogan dalam Pas, tak mungkin Hasan Ali akan dipecat. Pas sanggup buang ahli dan pemimpin sendiri semata-mata untuk menggembirakan bosnya iaitu Pkr dan DAP. Jadi nak disamakan dengan apa lagi Pas ni? Hamba abdi Pakatan?!

- Dulu bukan main pencacai Pas menuduh kononnya UMNO mempertahankan perlembagaan penjajah, perlembagaan yahudi Lord Reid, siap buat amanat Hadi lagi, sampai habis umat Islam negara ni berpecah belah sampai ada yang mati di Memali. Tapi alih-alih Presiden Pas bersama saf kepimpinan Pas masa kini berikrar akan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan sekiranya memerintah. Apa kes? Dulu tuduh macam-macam, sekarang dah tak dengar pun pencacai Pas sebut pasal Lord Reid atau perlembagaan yahudi. Nampak sangat apa yang dimiliki Pas hari ini adalah hasil 'brainwash' Pkr dan DAP. Pas mendakwa kononnya mereka telah berjaya mentarbiah Pkr dan DAP...tapi sebaliknya?

- Kes salun rambut Kelantan yang kononnya Pas telah dikuatkuasakan selama 10 tahun di negeri itu, tapi tahun ke-11, DAP bising, terus Pas batal peraturan. Apo punyo macai la...

- Isu paneh tanah 4,259.9 hektar di Kelantan yang diberi kepada pemimpin DAP, orang luar Kelantan pulak tu, semata-mata kerana nafsu besar pemimpin Pas nak jadi MB Perak, sehingga kini masih belum dijawab Menteri Besar Kelantan. Apa sudah jadi dengan Akta Tanah Rizab Melayu Kelantan yang menjadi rujukan negeri-negeri lain? Walhal kerajaan negeri Kelantan pimpinan Pas sendiri pun sudah mencabul Akta tersebut dengan memberikan tanah rizab kepada bukan Melayu!

- Isu kalimah Allah lagi pening. Presiden kata boleh, Mursyidul Am pulak ayat berpusing-pusing..kejap kata tak betul, mengarut, salah, BOLEH...penggunaan salah, makna tak betul...BOLEH! Sorang ke hulu, sorang ke hilir. Mana satu nak pakai? Hanya sebab Khalifah Guan Eng buat tuntutan pasal Al-Kitab, terus pemimpin Pas kelam kabut menjawab. Apahal tak balun saja Guan Eng? Oh, lupa...khalifah pakatan mana boleh tegur. Terbaru Timbalan Presiden Pkr pula kata Majlis Syura Ulama' Pas bukan suara Pakatan. Karpal Singh pun suruh Hadi ikut apa yang telah dipersetujui geng Pakatan. Abih camno Pas nak jawab? Bersetuju untuk tidak bersetuju? Contoh klasik Pas sebagai badut sekiranya memerintah.

- Kemuncak kepada segala injakan maruah Pas apabila Presiden Pas sendiri mengaku tidak berminat menjadi Perdana Menteri. Setelah habis segala amanat mengkafir orang sana sini, bercerai berai laki bini, solat 2 imam dalam mukim sama, nikah 2 kali sebab kadi kononnya tak Islam, tak makan sembelihan saudara seagama, bangga diri konon lebih Islam berbanding orang lain, konon nak ganti undang-undang penjajah, nak tubuh negara Islam, nak buat hudud, bla..bla..bla...alih-alih tak nak jadi Perdana Menteri. Apa punya turrr? Nampak sangat selama berpuluh tahun ni ahli Pas diperbodohkan Presiden mereka sendiri. Sanggup angkat Raja LGBT jadi PM berbanding Presiden parti Islam. Apa punya balaci tahap gaban la Pas!

- Banyak lagilah bukti...tak tergamak nak taip panjang-panjang.

Kesimpulan...

5. Hakikatnya Pas dulu lain...sekarang lain. Pas lebih bermaruah dan hebat andai tidak bersama Komplot Pkr dan DAP.

6. Ahli Pas perlu memastikan Pas kembali kepada landasan memperjuangkan Islam kerana 5 tahun kebelakangan ini prinsip dan dasar perjuangan Pas telah diinjak-injak oleh rakan sekomplotnya. Solat tepi longkang, tepi semak, dalam stadium dengan kiblat tak tentu arah tu bukan memperjuangkan Islam namanya ok!!

7. Demi mengembalikan maruah serta kehormatan Pas yang telah tercemar dek dicop sebagai kaldai Pkr dan DAP selama 5 tahun ini, maka Pakatan wajib ditolak, Pakatan tidak perlu diundi.

8. Kini menjadi tanggungjawab orang Melayu Malaysia untuk memastikan Pas kembali garang, Pas kembali mantap memperjuangkan Islam, Pas boleh berdiri sendiri tanpa Pkr dan DAP.

9. Mengundi Pakatan bermakna bersetuju Pas menjadi HAMBA ABDI seumur hidup Pkr dan DAP.

10. Kembalikan maruah Pas...tolak Pakatan Rakyat!

24 comments:

  1. pas bukan balaci lagi dah bro. dah macam pencacai pengangkut najis dap pkr. entahlah sedih den mengenangkan melayu macam pas ni. buat rosak nama melayu dgn islam jak.

    ReplyDelete
  2. Parti PAS ni memalukan umat Islam je.

    ReplyDelete
  3. Hangpa yang balaci....bodoh xleh diajar sombong xnak diajar...

    ReplyDelete
  4. Salam,

    Sejak bila ko ni prihatin terhadap nasib PAS dalam politik?

    Sejak bila ko ni sayang sangat pada perjuangan PAS hingga tak sanggup tengok PAS jadi pak turut KONONNYA?

    Atau saja nak cerai beraikan pakatan?

    Lupakanlah bro.

    ReplyDelete
  5. Hahaha balaci umno..rakyat mau tolak Be End amano ja...semua isu bleh selesai..cuma umno n BN kita wajib kasi selesai n kuburkan..rakyat yg menyokong PR akan faham i/allah...perhatian rakyat Malaya semua, ini adalah pertembungan PR melawan BN amno.harap jgn hilangkan fokus utk tumbangkan BN umno.hehehe go rakyat go.

    ReplyDelete
  6. BN will die.people power!

    ReplyDelete
  7. Mahathir dah kata ' UMNO dah rotten hingga ke akar umbi. Jadi kalau tak undi PAS, nak undi siapa. Tak kan nak undi rotten UMNO.

    ReplyDelete
  8. Salam tuan khemah.

    Jangan risau tuan, mesej tuan loud n clear. Kami atas pagar ni faham apa yang patut kami buat nanti. Dont woli b happy go lucky.

    ReplyDelete
  9. Butut paneh. Wa sikong sama lu...

    ReplyDelete
  10. Paneh, kdg2 fakta tuh mmg pedih nak diterima. Yalah, semenjak khalifah LGE bg fatwa semua org PR kene follow, nak pikir pon kene mintak kebenaran khalifah LGE.

    ReplyDelete
  11. Tahap gaban khalifah LGE?ingat org bodo mcm lu.:ahahhahahahaha

    ReplyDelete
  12. Orng pas memang bangang dan dongki macam beruk kat dusun sey,habis durian sey digugur nyo.

    ReplyDelete
  13. Terbaiiikkk!!! lah PANEH, Osah dungu ea dan malang ea nasib PAS. Itupun ado puak PAS ni yang nak mondabik dado, nak mintak jawatan PM, nak mintak korusi lobih..

    Duo pomimpin bosa ea Hj Hadi dan Nik Aziz, totunduk layu bilo Karpal Singki OKU bukak mulut..

    Mano poie komaluan PAS ni..

    ReplyDelete
  14. PAS skrg ibarat siput babi..disentuh sesungutnye oleh Kapal Sinki..Chhuuuuppp!! Kecut, masuk dalam cengkerang..Jadi sapo2 yg ado masalah dgn PAS, jgn risau mengadu lah kpd Sheikhul DAP Kapal Al Sinki..BEREHH!!

    ReplyDelete
  15. Kamu semua, jangan lawan cakap Mahathir. Mahathir dah cakap, UMNO dah busuk hingga ke usus, jadi ta'apa kalau tak undi PAS, tapi jangan undi UMNO. Kamu semua tak pergi undi pun ta'apa. Undi kamu semua tak ada nilai. Habiskan boreh saja.....

    ReplyDelete
  16. Hoi, orang nogori, kamu semua cakap berdogar dogar tapi otak kosong. Apa kerja kamu.? Kalau kuli,askar pencen, professor kangkung tak payah. Semua harap subsidi kerajaan. Makan taik orang nogori. Kalau tak ada ijazah first class, tak payah bagi pendapat kerana hanya menunjukkan kebodohan kamu semua.

    ReplyDelete
  17. Apolah cai pembangkang yg komen ni. Mengutuk org negori den tp pado maso samo nak suruh undi pembangkang. Kang den koba an strategi bangang kang maghah plak. Ghaso ey paneh ni ckp jgn undi pas pkr dap. Jadi den sokong yolah saranan tu sobab cai pembangkang dah buek den sakit hati ngutuk oghang negori. Silap bosar la.

    ReplyDelete
  18. Ijazah first class baru boleh bagi pendapat ko?..puihhh..ngutuk nogori den plak..bungko

    ReplyDelete
  19. Memang sodap lanyak orang Nogori,depa ni semua bangang bangang belako.

    ReplyDelete
  20. SURAT, DATO' HARON DIN

    AHLI PAS DISERU MENANGKAN UMNO ELAK KEMUDARATAN LEBIH BESAR

    YBHG. DATO DR. HARON DIN, YB. DATO DR. HASSAN ALI, YB DATO NASHARUDIN MAT ISA LAMBANG SEBENAR

    Assalamualaikum Warahmatullahih Wabarakatuh.

    Kepada Yang Dihormati,

    YBhg. Dato' Dr. Haron Din, YB. Nasharudin Mat Isa, YBhg. Dato Haron Taib, YBhg. Dato Ismail Kamus dan YB. Dato' Taib Azamudin.

    Terlebih dahulu kita bersyukur ke hadrat ALLAH SWT kerana dengan limpah dan kurniaNYA, kita masih ada kesempatan untuk berdakwah, beristigfar, bermunajat dan berdoa kepada ALLAH SWT. Kita semua, baik UMNO dan PAS, telah berusaha sedaya upaya mengangkat martabat dan kesucian agama Islam dan umat Islam untuk mendapat keredaan ALLAH SWT.

    Menurut seorang pemimpin pemuda PAS di Selangor, Cukup-cukuplah perkawanan dengan DAP, lihatlah mudarat yang akan datang jika Pakatan memerintah. PAS tidak mampu menasihati malah tidak ada kekuatan untuk memimpin Pakatan, sudah sampai masanya PAS keluar dari Pakatan. Sekaranglah masanya, bukan selepas PRU13. Inilah masa untuk menunjukkan perpaduan ummah, dan menghancurkan musuh-musuh Islam terutama DAP.

    Di Kedah malah di Kelantan, tok-tok guru pondok, dan orang-orang tua yang berumur 60 dan 70 tahun di kampung-kampung jika dulunya penyokong kuat PAS, kini sudah mula berkata, "kalau beginilah PAS hari ini, baik kita keluar PAS dan buat parti PAS baru seperti dulu". Inilah suara-suara pendokong-pendokong PAS asal yang kecewa. Bukan saya yang berkata perkara ini, saya hanya menulisnya, yang menyebutnya kepimpinan pemuda PAS yang pernah menjadi calon dalam beberapa PRU yang lepas.

    Lihatlah juga, apabila Majlis Syura memutuskan Tidak Boleh menggunakan nama ALLAH SWT sebagai gantinama kepada GOD (agama Kristian), DAP melalui Pengerusinya Memberi Kata Dua kepada YB Dato Nik Aziz Nik Mat (Mursyidul Am) dan YB Datuk Hj Hadi Awang (Presiden) supaya menarik balik keputusan Majlis Syura itu.



    YBHG. DATO ISMAIL KAMUS & YBHG. DATO' HARON DIN MENYEDARKAN AKAN KEBIADAPAN DAP
    Pertembungan Pemikiran dalam PAS sekarang menjadi semakin kemerut apabila hanya tinggal kira-kira 20% hingga 25% sahaja golongan Ulama dalam PAS. Parasit-parasit Anwar yang semakin mendominasi PAS berjaya meng'adjust' keputusan-keputusan PAS sebagaimana Mat Sabu berjaya meng'adjust' keputusan Kalimah Allah.

    Sebabnya mudah, PAS tidak mungkin dapat menghalang kekuatan DAP sekarang ini, yang menerima dana dan latihan dari luar negara. Di mana-mana sekarang, ahli-ahli PAS bercakap supaya PAS keluar dari Pakatan.

    Bersambung...

    ReplyDelete
  21. Sambungan...

    Jika DAP menguasai kerajaan Pakatan selepas PRU13, orang-orang PAS sendiri tahu betapa ligatnya DAP menguasai dan menjaga kuasa itu, menggunakan kuasa itu, yang mana akhirnya YB Datuk Hj Hadi Awang mahu pun Datuk Hj Nik Aziz Nik Mat sendiri pun tidak mampu berkata "tidak" kepada DAP.

    Saya akui PAS adalah parti yang penting untuk memberikan "check and balance", namun kemasukan orang-orang Anwar yang membawa masuk fahaman liberal Islam dan Islam ala Amerika ke dalam PAS benar-benar merosakkan Islam PAS. Kata YB Dato' Dr. Hassan Ali, mereka ini semua parasit yang dihantar Anwar ke dalam PAS.

    Lihatlah Mat Sabu seorang yang bukan berpendidikan agama, dengan dibantu oleh golongan-golongan parasit Anwar telah memenangkan Mat Sabu. Bukankah parasit-parasit ini yang bertemu YB Datuk Nik Aziz Nik Mat dengan memberi nasehat yang salah, dengan memaksa YB Datuk Nik Aziz Nik Mat mendesak anak buahnya YB Tuan Man Tuan Ibrahim untuk bertanding Timbalan Presiden PAS.

    Bukankah awal-awal lagi YB Tuan Man Tuan Ibrahim berkata kepada media bahawa beliau tidak hendak bertanding. Akhirnya, YB Nasharudin Mat Isa ditewaskan, dan berjayalah Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS. Bertepuk-tanganlah parasit-parasit Anwar dalam PAS dan bertepuk tangan jugalah DAP kerana Mat Sabu mudah ditunjuk-tunjuk.

    Kepimpinan pemuda PAS ini berkata kepada saya, kita mesti bantu UMNO menang dalam PRU13 ini kerana Mudarat akan lebih besar kepada negara ini, kepada agama Islam, dan kepada bangsa Melayu seandainya DAP menang besar dan menguasai kerajaan Pakatan.

    YB Nasharudin Mat Isa sendiri tidak akan keluar PAS, tidak akan mengisytiharkan diri keluar PAS, tetapi akan keluar PAS jika dia dipecat. Kerana YB Nasharudin Mat Isa seorang individu yang bermaruah.

    Ketahuilah bahawa kini semakin ramai pemimpin muda PAS yang masih berada di dalam PAS, tetapi kini sudah berkempen supaya mengundi UMNO.

    Katanya, Apakah perbezaan sekarang, UMNO boleh memimpin BN, sebaliknya PAS tidak mampu memimpin Pakatan Rakyat.

    Sebagai pemimpin pemuda PAS, beliau menyeru supaya menangkan UMNO dalam PRU13 akan datang untuk mengelakkan Kemudaratan yang lebih besar kepada umat Islam dan bangsa Melayu di tanah air ini.

    ReplyDelete
  22. Tepuk tepuk tepuk tangan semua...satu cubaan menarik dari cai ameno.ingat penyokong PAS termakan ke?depa bukan bengap mcm penyokong melayu kutti ameno.hahahaha..

    ReplyDelete
  23. Anon 6.53
    Kau sorang jo lah topok tangan kerano orang nogori tak bangang dan bunkur macam kau.Jadi Lalat Hijau lah kau sampai habis.

    ReplyDelete
  24. Mahathir dah kata UMNO dah rosak hingga ke usus. Lepas tu kau orang sokong dan undi UMNO. Kan bangang dan bodoh nama nya. Presiden UMNO selama 22 tahun kata UMNO dah rosak, yang korang ni ahli pun belum tentu tapi kata UMNO bagus. Bodoh betul kau orang semua. Bagi aku, orang bodoh tak perlu hidup di dunia ni, kerana dia menyusahkan orang lain.

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."
Blog Widget by LinkWithin

Blog Archive