Terbukti Loke amat biaDAP. Pengakuan Tunku Aziz, mantan Naib Presiden DAP berkenaan usaha berterusan DAP NSDK untuk mendapat kerusi dan kuasai kedudukan nombor satu di NSDK. Loke memaksa Tunku Aziz untuk memujuk salah seorang anakanda DYMM Tuanku Muhriz menjadi calon PRU-13 atas tiket DAP.
Ini satu tindakan paling biaDAP, begitu sekali kemaruk kuasa, maka, agenda Komunis sanggup dan berazam untuk menghancur institusi keRAJAan dan peRAJAan daripada darah daging pemerintahan tertinggi NSDK sendiri.
Alhamdulillah, Allah kurnia rahmah dan tahap ilmu mantiq dan pertimbangan yang baik kepada zuriat keturunan Almarhum Tuanku Munawir ini, untuk MENOLAK pelawaan DAP durjana ini.
Ternyata usaha menghalalkan kebiaDAPan DAP sudah menjalar-jalar. Mana, orang Melayu! Mana, pemimpin Melayu? Mana, pejuang Melayu?
DAP sudah langgar batas-batas susila dan ADAB, kesantunan ADAT PERPATIH sedang dirodok, dirobek dengan rakus dan ghairah oleh DAP. Rupanya rencana DAP ialah memusatkan kepentingan Melayu untuk menjahamankan sebuah Tanah Melayu.
Moga Allah pelihara dan kurniai hikmah kepada pemerintahan DYMM Tuanku Muhriz, dan Allah pelihara nikmat ilmu dan membuat keputusan bil-hikmah kepada YAM Tunku Ali, YAM Tunku Zain A'abidin. Moga Allah lindungi kuasa pemerintahan Negeri Sembilan daripada bala-bencana dan kemungkaran tipu daya iblis dan syaitan laknatullah baik yang nampak mahu pun tidak nampak, sesungguhnya Allah jualah Tuhan Maha Mengetahui, Maha Pelindung lagi Maha Pemerintah Kerajaan Di Langit dan Di Bumi.
No comments:
Post a Comment