Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Monday, January 14, 2013

Nak menipu pun agak-agak la...

Himpunan Kebangkitan Rakyat yang  berlangsung di Kuala Lumpur telah berjaya menghimpunkan seramai antara 45,000 orang  (anggaran Polis) dan 100,000 orang (anggaran Malaysiakini). Sesungguhnya gambar-gambar dalam Stadium menunjukkan ia telah dibanjiri penuh oleh peserta.

Tetapi, dua anggaran di atas amat jauh perbezaannya, jadi saya buat sedikit kajian untuk mendapat anggaran yang lebih tepat. Pertama, saya semak kapasiti Stadium Merdeka di laman web yang menyatakan kapasiti di tempat penonton sebagai 25,000 orang dan di gelanggang sukan 20,000 orang. Dengan maklumat ini, dengan mudah kita dapat data tepat yang  berada di Stadium semalam adalah kira kira 45,000 orang. Jika termasuk kira kira 10,000 orang di luar stadium, maka keseluruhan peserta Himpunan semalam hanya mencecah 55,000 orang sahaja, iaitu hanya sedikit melebihi anggaran dari pihak polis.

Penyertaan seramai 55,000 orang boleh dianggap hambar memandangkan penganjur Himpunan mensasarkan 1 juta peserta. Ini pula ia diadakan di kawasan parti pembangkang, iaitu Kawasan Lembah Kelang yang mempunyai seramai 7 juta penduduk. Dari segi peratusan yang hadir, tak sampai 1% daripada penduduk Lembah Kelang.

Mengikut anggaran, seramai 90% peserta terdiri daripada kaum Melayu, kebanyakan mereka ahli atau penyokong Pas, selain Pkr. Selainya adalah dari kaum Cina dari DAP. Penyertaan dari kaum India pula dianggar tidak signifikan.

Mengapakah sambutan begitu hambar? Saya nampak beberapa sebabnya: Pertama, para penyokong Pakatan mulai jemu menyertai demonstrasi demi demonstrasi; Kedua, Ketiadaan isu besar yang mampu menaikkan kemarahan rakyat; dan ketiga, populariti Perdana Menteri Najib telah meningkat amat tinggi.

Secara kebetulan Tinjauan Pendapat Umum yang terkini  oleh Merdeka Center pada bulan Disember 2012, menunjukkan populari Perdana Menteri Najib amat tinggi diparas 77% dikalangan kaum Melayu, 76% di kalangan kaum India dan 34% dari kaum Cina. Keadaan kini adalah jauh lebih baik daripada aras sokongan pada bulan Mac 2008, menjelang Pilihan raya Umum ke 12 dahulu.

Persepsi ke atas Barisan Nasional pula menunjukkan, 63% Melayu gembira dengan BN berbanding hanya 22% untuk Pakatan,  kaum India 45% untuk BN dan 22% untuk Pakatan, sementara kaum Cina 16% untuk BN dan 47% untuk Pakatan.

Walaupun angka di atas menunjukkan kaum Melayu dan India kini lebih memihak kepada BN, tetapi kebencian kaum Cina kepada BN masih berlarutan hingga kini. Nampaknya kaum Cina  kekal bertekad  hendak  menjatuhkan kerajaan  BN yang bertunggakkan kuasa Melayu dan Islam. - Dah Ikhwan.


Nak photoshop pun agak-agak laa...


Lagi foto KL112 untuk pencari kebenaran.

27 comments:

  1. Kalu x menipu dan fitnah bukan pakatan rakyat namanya. Tok Guru cakap sanggup kawan ngan setan camtulah jadinya.

    ReplyDelete
  2. Kesian ko ni paneh, lain kali nk tipu pun agak2 la, korang xpegi lepas tu tunjuk gambar mcm tu.. aduhai la paneh, dlm stadium tu mmg penuh, smpai xmuat, org xboleh masuk.. kalau korang tunjuk gmbar pukul 12 tgh hari, mmg la xpenuh lg sbb event start pukul 2-5 ptg.. lain kali cerdik sikit yer paneh. Makin lama rakyat makin jemu dgn Umno & BN, sorry la paneh.. Makin byk korang spin brita, makin mnyampah rakyat pada BN.. Thanks :)

    ReplyDelete
  3. Aku rasa Mahathir yg suruh geng dgn setan yg dikenali..

    ReplyDelete
  4. Nk banding kn gambar tk real.Ko prg ambil gambar stadium Merdeka hr ni,dn tunjukan stadium kosong,lagi sensasi bro.Analisis pun merapu.Populariti Najib naik.Pasal naik lh,dia masih bergayut pd mandat Pak Lah.Dh nk habis pun tempoh mandat.Ntah berapa hari je lagi!

    ReplyDelete
  5. https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=rs_kzhEsFOg#!

    Paneh,ni video dlm stadium.. kalo korang nk ckp superimpose lg, aku xbley komen ape lg dah nih..

    ReplyDelete
  6. buat rugi je umno bayar ko paneh..kalu mcm ni otak kau buat propaganda...baik umno bayar pelacur china doll dr bayar kau ni..tulisan mcm ketua bahagian umno yg kaki rasuah..

    ReplyDelete
  7. kalo refer pada foto dan video minaq jinggo kat link tu memang tak full sangat la stadium. 50k jumlah pengunjung agak resonable. sbb kalo 100ribu dalam stadium nampak benar menipu. tak boleh bernafas langsung.

    tapi gambar atas ni memang superimpose edit. tak logik langsung atas bumbung pun ada orang. dah tu masa anwar berucap ada pulak mamat badan besar macam dlm bulatan tu. yang lain kecik plak. bendera pun nampak besar tang jauh. nampak sgt menipu.

    masalahnya 2 gambar ni yang banyak dimainkan pembangkang kat fb. betul la tu, nak menipu pun berpada2 lah.

    ReplyDelete
  8. nik aziz & hadi restu ke ito nyanyi macam orang laluk dadah macam dalam youtube tu? nyanyi depan pemimpin pakatan lak tu.

    pastu muslimah pas berhimpit-himpit laki perempuan dalam stadium tu nik aziz restu jugak ke? hmmm...

    ReplyDelete
  9. paneh oh paneh...sudah cukup sudah...x abes2 kau ni...

    ReplyDelete
  10. AKU LEBIH PERCAYA GAMBAQ DAN VIDEO MINAQ JINGGO. MEMANG NAMPAK PENUH BUT 100K? JUST TO MUCH. 50K IS MORE ACCURATE N RESONABLE.

    PALING BEST TENGOK VIDEO MINAQ JINGGO MASA HADI BERUCAP..RAMAI YANG PAKAT2 BLAH KELUAR STADIUM. MASA ANWAR BERUCAP LAGI RAMAI KELUAR STADIUM.

    TAPI HAIRAN YA..AHLI PAS 2JUTA LEBIH, PKR DEKAT 700K DAN DAP DEKAT 500K, TAPI DAPAT KUMPUL 50K ORANG JE MASA PERHIMPUNAN? ITU 3 PARTI BERGABUNG TU. UMNO BUAT PERHIMPUNAN AHLI UMNO SAHAJA DEKAT 100K YANG DATANG.

    3 PARTI PAKATAN BERGABUNG PUN TAK BOLEH LAWAN 1 PARTI UMNO UNTUK KUMPUL CROWD. BELUM LAGI AHLI BN YANG BERGABUNG. MAU BUNGKUS PEMBANGKANG.

    ReplyDelete
  11. umno kumpul crowd siap pkai surat pekeliling, dari budak universiti sampai penjawat awam. sume kene kerah pegi event umno.. xpegi kene bg surat tunjuk sebab.. enough la umno, rakyat xbodoh mcm dlu..

    ReplyDelete
  12. Ramai penyokong UMNO yang bertanya kenapa perlu berhimpun ? kenapa tidak tahu bersyukur? well mungkin jika kita berikan contoh tianamen square atau french revolution... terlampau complex untuk mereka maka kita gunakan contoh UMNO sendiri. Mengapakah ketika menentang Malayan Union UMNO pergi ke jalanan membuat rapat umum? apa perlunya rapat umum begitu menyemak je... tulislah surat bantahan shj pada kerajaan british. Mengapa UMNO menentang british?sedangkan british adalah kerajaan yang sah ketika itu, wpn tidak dipili rakyat tapi diberikan kuasa secara sah dari sultan2 melayu melalui perjanjian. Mengapa orang UMNO tidak bersyukur dengan british? british juga membina sekolah jalanraya hospital dan lain2. British memberikan kerja pada orang melayu hingga tertubuh nya MCS ... mengapa org umno yg berkerja dgn british ketika itu menentang british? kerja dgn kerajaan tapi tentang kerajaan? tak malukah orang UMNO ketika itu

    ReplyDelete
  13. Jgn la samakan dulu dgn sekarang.....nape kau tak ckp jer...dulu org berkemban...kenapa kita tak berkemban.....dulu kalo kita tak buat penentangan.....korang tak senang la mcm sekarang.....kalo la himpunan tu menentang artis pakai seksi ker.....buang anak ker.....maksiat ker dll masalah sosial skrg ada jugak faedahnya.....jgn dek sebab politik saja......jgn kata org hipokrit kalo kita sendiri hipokrit.....

    ReplyDelete
  14. soalan mengapa orang melayu tak bersyukur dengan british dan menentang british? hahahaha. lawak la ko anon 151. nak cerita sejarah tapi comparison langsung not at par. ko tau tak beza pentadbiran penjajah asing dengan pentadbiran rakyat sendiri? komen ko bagi hujah sejarah pun dah nampak dangkal. kalo macam tu kenapa rakyat negara lain juga menentang penjajah asing yang mentadbir secara sah di negara mereka? wajarkah nak samakan british dgn pentadbiran warganegara sendiri? kelakar la statement. sama macam komen 151. anon atas dia komen pasal umno kumpul crowd ahli sendiri tapi dia pusing kata pasal surat pekeliling bagai. mana boleh umno punya program bagi surat pekeliling pada uni dan penjawat awam untuk hadir. kalau prog kerajaan bolehlah. itulah bebalnya tak dapat beza peranan parti dengan badan kerajaan. masalanya pkr, dap, pas buat program parti tapi masih tak dapat kumpul crowd. nampak sangat sokongan dah mula merosot. pembangkang dapat kekal kerusi sedia ada next pru pun dah cukup elok. tapi rasanya banyak kerusi pembangkang yang akan hilang. wait n see.

    ReplyDelete
  15. Mcm barua siyee, nak menipu pun pada2 lah. sinar n surat khabar cina pn ada keluar gambar yg betul. Phuuiiiiii, dasar bangsat, barau ameno menkedarah rasuah.


    warga penang///

    ReplyDelete
  16. anon 1.51 x abis blajar sejarak tingkatan 3 kot...

    british nk hapuskan kuasa Raja2 Melayu di Tanah melayu sendiri, siapa x bangkang..

    mcm tetamu nk halau tuan rumah lak, x kan tuan rumah angguk2 jer..

    dari 1511 sampai 1950, penjajah memerintah Tanah Melayu.. ok jer selagi x menggugat kuasa Raja..

    kalau dah sentuh bab Raja2 Malayu.. melenting la..

    Kalau salah tolong betulkan.. sejarah ting. 3 sy pon cukup2 makan jer.. hehehe

    ReplyDelete
  17. Gambar paper cina pun edit photoshop.

    ReplyDelete
  18. Apasal Melayu menentang malayan union? Kau tak tau ke malayan union tu nak hapus kuasa raja2 dan bagi hak kerakyatan sama rata sama ada Melayu atau bukan Melayu. Maknanya Malay special privilege tarak. Sbb tu org Melayu buat demo menentang. Boleh pulak kau nak samakan demo tentang malayan union dgn pembangkang berhimpun, kan ke bangang namanya tu. Tak payah la cerita french revolution, sejarah negara sendiri pun nampak sgt kau failed.

    ReplyDelete
  19. : kah kah berkumpul sampai atas bumbung stadium kah kah bodo bodo udah udah le jadi penipu weii memali dana ko lesap pasal kes tipu yang mati katak dalam memali pun kena tipu sapa mau jawab ni penipu...

    ReplyDelete
  20. Officially stadium tu cuma kapasiti 25k setelah dibuang teres terakhir. kalau lambakkan yg duduk atas teres ke padang boleh kata ada la dlm 15k lagi. Campur yg kat luar lambakan stadium adala dlm 10k lagi. Lebih kurang 50k je. Kalau letak 70k dlm stadium tu semua wajib kena berdiri takbleh duduk, jgn kata nak letak 100k, mmg tak muat.

    Jgn pulak ada org nak kata nik aziz ada mukjizat boleh muat 700k dlm stadium. Haru plak tu.

    ReplyDelete
  21. Bani Melayu Umno@UmPORNOJanuary 15, 2013 at 1:56 AM

    Mano gambar2 Himpunan kebangkitan Najibah bini Rosmah kek Semonyih aritu?Gambar2 macai yg bagi2 boreh,topung sekampit,,,,yg Menghino rakyat mcm Pelarian tu?
    dlm gambar tu ado nampak muko2 warga paneh miang ko,,malu la pulak yo tk?Tak abis edit lagi yo?
    Waa,,Kah!!!kah!!!kah!!!
    dah tkdo Isu lg,,,citor la pasal gambar2 yo ha,,,tk tulis apo2 nt,,tak masyuk pulak yo,,,
    kah!!kah!!!kah!!!kah!!!!

    ReplyDelete
  22. Yang kat semenyih pon kerah dak PLKN datang..n kalau majlis2 UMNO..akan ade wit elaun minyak..yang datang pon akan dapat duit..law salah tlong btulkan yer..try tnyer pemuda2 semua yer..wit hotel pon support..:)..peace..

    ReplyDelete
  23. Gambar Akhbar Nanyang tak photoshop puuun pantet miang oooi!!ekau bingai ko po ekau dah paneh miang sendri.

    ReplyDelete
  24. kesian aku kat penyokong pembangkang yang komen kat sini. paneh miang komen masing2 dikerjakan oleh blogger ni. impressive.

    ReplyDelete
  25. apa yg ekau meraban bingai betui

    ReplyDelete
  26. gambar paper nanyang pun photoshop.

    ReplyDelete
  27. Jgn syok nak berubah jer
    bukalah mata..

    Afghanistan - taliban
    Iraq - berubah ke syiah
    Mesir - ikhwanul ekstrem
    Libya - ?
    Syria - ?
    Pakistan - huru hara

    bunuh 100x setiap hari...

    Jangan jadikan Malaysia
    the next taliban...

    ReplyDelete

Blog Archive