Fakta menarik tentang Dr Mohamed Osman Hamid iaitu doktor Myanmar yang bertugas di Hospital Pusrawi sejak setahun lalu itu, rupanya pernah bekerja selama 3 tahun di Regional Islamic Da'wah Council of South East Asia and the Pacific (RISEAP) antara tahun 1993 hingga 1995. Kebetulan pula, Brader Anwar Bin Ibrahim juga merupakan salah seorang ahli Supreme Council RISEAP yang secara kebetulan memegang jawatan pada tahun yang sama semasa Dr Mohamed Osman Hamid (individu yang mengeluarkan laporan Saiful tidak diliwat) bekerja di RISEAP. Bolehkah sesiapa menjelaskan hubungan Dr Mohamed Osman Hamid dengan Anwar Ibrahim, terutama semasa mereka berdua aktif di RISEAP pada awal tahun 1990an dan lewat tahun 1980an?Amat sesuai Anwar dilebelkan sebagai Mr. Propaganda yang mempunyai ramai kawan berpengaruh termasuklah di IMF, Bank Dunia, Amerika Syarikat, World council of Mosques dan RISEAP.
Apa yang cuba diselindungi oleh Anwar? Adakah Wan Azizah melepaskan kerusi Parlimen Permatang Pauh hanya semata2 ingin memberi laluan kepada Anwar? Atau Wan Azizah sudah malas memikirkan mengenai penafian liwat Anwar? Benarkah Wan Azizah memberi 'restu' untuk Anwar membuat sidang akhbar bagi menyangkal dakwaan liwat berdasarkan laporan seorang doktor Hospital Pusrawi? Adakah Wan Azizah berasa malu apabila mengetahui bahawa doktor yang mengeluarkan laporan Saiful tidak diliwat itu adalah kenalan lama Anwar? Mungkinkah Anwar cuba memperdayakan rakyat Malaysia dengan menggunakan sahabatnya iaitu Dr. Mohamed Osman Hamid untuk mengeluarkan laporan perubatan palsu bahawa Saiful tidak diliwat?
Itulah Brader Anwar Bin Ibrahim yang seumpama seekor sesumpah yang suka mengambil kesempatan atas 'kesempitan'.



























