Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Tuesday, July 15, 2008

Kesimpulan Debat

Shabery Cheek kena letak jawatan. Orang soal lain, jawab lain. Kenapalah Paklah lantik orang macam ni jadi menteri. Dalam hal ini aku harus memberi kredit kepada persoalan yang dibangkitkan Brader Anwar Bin Ibrahim. Beliau menyentuh tentang bagaimana kaedah pengurusan dapat membantu mengurangkan harga runcit minyak, tetapi si Shabery ni mengambil pendekatan menyerang peribadi. Nampak sangat si Shabery ni tak matang. Point hujah tu ada, tapi tidak dihuraikan dengan baik. Macamana la boleh jadi Menteri Penerangan. Kalau macam ni la gayanya, memang kerajaan akan bertukar tangan la jawabnya. Kau letak jawatan jelah Shabery!

Bagaimanapun 'tahniah' buat Brader Anwar Bin Ibrahim kerana pandai membuai emosi rakyat dalam debatnya. Kononnya ambil berat pasal kesengsaraan rakyat. Janji sebelum pilihanraya turunkan harga minyak kurang daripada RM1.92 tapi lepas pilihanraya janji lain, hanya nak turunkan 50sen saja daripada RM2.78. Lepas tu masih lagi nak menegakkan benang basah menafikan yang beliau sebenarnya penyokong nombor satu IMF dan terlibat secara langsung dengan membuat keputusan pemberian kontrak kepada IPP semasa menjadi menteri kewangan dahulu. Masih tidak mahu mengakui kenaikan harga minyak merupakan masalah global. Satu putar belit fakta yang hebat.

p/s: Tan Sri Nordin Kardi ada pun tidak membantu.

14 comments:

  1. Secara peribadi memang aku tak setuju debat pun. Dua orang yang dari dulu berlaga angin, aku khuatir penghujungnya bertekak. Tapi, malam tadi ternyata Anuar pandai control, malangnya Shabery dok ikut style Pak Lah nak buka cerita lama. Isu minyak, biar cerita minyak.

    Shabery bagi contoh Venezuela dan Iran, inflasi tinggi. Buat apa nak bagi contoh itu, negara2 yg menghadapi sekatan ekonomi USA. Nasib baik Anuar pun satu dol, tak buka cerita tu, mungkin dia memang agen USA kot?? Macamana import tak mahal, mereka beli dari pihak ketiga.

    Memang aku pro kerajaan, tapi aku terima kenyataan Shabery fail. Hakikatnya bukan sentimen yang mempengaruhi pandangan aku ini tapi didasarkan fact & figure

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Paneh,

    Den raso Shabery OK, "not bad". Sebab dia muda dan nak lawan season vatern smooth talker macam Anwar Ibrahim tu. Kerja cakap cakap ini memang kerja Anwar. Dia Professional talker. Serahlah pada dia. Satu hari satu malam pun boleh.

    Sabery banyak bagi fakta. Terpulang pada rakyat hendak terima atau tidak. Ada kebenarannya tapi mestilah terlindung kerana dek Anwar asyik asyik mainkan sentiment konon konon belas sangat pada rakyat.

    Dia minta belas kita supaya dia dapat kuasa, itu sahaja. Read between the lines. Dia kata tak sokong IMF, tapi 3 minggu lalu lepas menyorok kat kedutaan Turki dia mengadu hal pada Amerika. IMF tu Amerikalah, Ibu pejabat di Washington DC. Cakap belit belit macam ular.

    ReplyDelete
  3. bagi aku debat mlm td sangat bagus dan menarik. Anwar berjaya membuatkan rakyat percaya pada dia bhw beliau tdk pernah menyerang petronas tetapi hanya menyatakan kaedah bagaimana hendak mengurangkan bebanan rakyat. bagi aku sabery pula terlalu percaya bahawa pada awalnya dia menyangka bhw anwar akan menyerang petronas ttp rupa2nya silap kerana isu ipp dan saving somewhere can create chances to low the fuel hike. We have to bare in mind, and i think shabery should to know that, for this year only the government have to bourne Rm 2 bilion more from what they had given before. This is the statement that has to be made. Jawaplah dgn berhemah bagaimana kerajaan mengalihkan peruntukan yg sedia ada utk kepentingan 'perut' rakyat. tetapi, tidak mengapa. Paneh juga sepatutnya lebih rasional. mungkin shabery terlalu emosi tetapi opening remark dia dah cukup baik. Tan sri nordin sebenarnya banyak membantu sabery cuma org2 yg 'lama' sahaja fhm maksudnya. mungkin paneh perlu berguru dgn beliau dulu kot.

    ReplyDelete
  4. Salam,

    aku rasa patut Paneh yg berdebat dgn anwar heheheh :-)

    ReplyDelete
  5. waalaikumusalam melayuangkat,

    nordin kardi menggunakan kaedah yg biasa digunakan oleh kebanyakan pemudahcara iaitu pengorbanan generasi terdahulu yang perlu dipertahankan. namun pendekatan sebegitu tidak sesuai memandangkan bukan dia yg berdebat tetapi hanya sebagai pengaju soalan. manakala soalan itu pula tidak cukup kick dan back fire smula pada dia. kita mungkin boleh faham, tapi bagaimana dgn masyarakat diluar sana?

    saya setuju shabery banyak bagi fakta, tapi kena polish kaedah penerangan. kita faham anwar hebat dalam bercakap, tapi sebagai wakil kerajaan dan bertaraf menteri...shabery patut lebih bersedia. kalo ikut tua muda...anwar cuma 10 tahun lebih tua drpd shabery.

    kesempatan ini patut diambil oleh ahmad shabery bicara ttg fakta berkenaan minyak dan bagaimana kaedah pengagihan subsidi oleh kerajaan dalam mengurangkan beban rakyat dan bukannya menyerang peribadi lawan. kerajaan kena tampak profesional dan bukannya emosi.

    walau apa pun kerajaan kena akui kelemahan kerana apa yg dibangkitkan oleh anwar berkenaan pengurusan adalah senada dengan apa yang pernah disuarakan oleh che det berkenaan pengurusan sebelum ini. (rujuk cadangan dlm artikel saya berkenaan oil prices)

    pada anggapan saya walau sehebat manapun dasar dan sistem, jika orang yang menguruskannya lemah maka tidaklah bermakna. peralihan kuasa perlu dilakukan segera untuk memastikan survival bangsa.

    p/s: bila nak bagi alamat panglima perang? den nak pos profail co.

    ReplyDelete
  6. kalau pah lah debat ngan anwar, rasanya terus pengsan nak menjawab, mana taknya selama ni asyik bergantung kepada teks jer..apa2 pun anwar besok dah nak kena tangkap..inilah kerajaan yang adil...

    ReplyDelete
  7. Yeah Shaberry seems to go astray all the time... Anwar also have some astray moment especially went being attack on personel ground..

    overall it is a "good" debate...

    Anyway, it is just something political... Will the oil price come down ?? I dont think so... Will Anwar become a PM... I also doubt it..

    Only if the Government could listen and follow Anwar suggestions....

    ReplyDelete
  8. salam..

    apa yang rakyat dapat dari hasil debat ni.. lagi menyakitkan hati ada la...tak kiralah siapa yang menang atau kalah.. tapi apa yang yang rakyat dapat?? kos sara hidup makin meningkat.. saya rasa pak lah gerenti buat pekak je dengan hasil debat malam tadi.. ye la.. selama ni pun pak lah dah biasa buat pekak kan..

    Kalau zaman TUN MAHATHIR dulu masak anwar nak berdebat...

    ReplyDelete
  9. biarlah mahadey pencen dgn aman, umur pon dah 83, banyak2 beribadat,patot umno antar ezam baru padan:p

    ReplyDelete
  10. Saya pun kurang setuju kasi coverage kat Anwar Ibrahim ni.. of course dalam TV dia lebih beradab la, tapi kalau tengok ceramah2 dia masa berkempen, memang naik meluat..

    Saya rasa kalau kasi Tan Sri Nordin Kardi debat dgn Anwar, lagi bagus.. sebenarnya Tan Sri Nordin ada bertanyakan soalan kepada Shabery, kenapa Anwar terlebih2 sangat pasal minyak kalau misinya untuk meringankan beban rakyat.. kalau Shabery pandai jawab, dia boleh guna peluang tu untuk bidas arguments Anwar..

    Kalau diperhatikan, sebenarnya Anwar pun kurang fakta, nampak sgt ada masa tu, dia ambik masa susun ayat, tapi fakta takde..last2 guna ayat yg menyentuh sentimen rakyat je, org tepuk la.. tapi solution yang dia cadangkan tu, tak pun dihuraikan betul2.. tapi org kalau dah taksub dgn Anwar, apa dia cakap pun betul..

    Apa2 hal pun, saya rasa Anwar kini terserlah sangat ketamakan kuasa dia.. tak sudah2 nak jadi PM.. cukup2 lah tu..saya pun tak paham mcm mana isterinya boleh terus menyokong. dia tu in denial kot? ataupun mmg Anwar licik membohongi semua org dikelilingnya..

    saya mmg tak percayalah kalau Anwar jadi PM.. rasanya negara ni akan dijajah oleh amerika dan barat secara ekonomi.. sedangkan zaman Pak Lah ni pun sudah ada unsur2 begitu disebabkan nasihat2 tak betul org kelilingnya..

    wallahua'lam.. kena byk istighfar bila cerita politik.. tak tau apa yg sahih apa yg tidak kdg2 ni..

    ReplyDelete
  11. hayya org2 umno, ashik pakai propganda bodoh,amerika + liwat,cari la modal lain:p.... muak2 biasala x dapat terima hakikat:p

    ReplyDelete
  12. Kalau ikut kesopanan Nordin Kadi:-

    Seolah-olah Nordin Kadi seumpama seorang yang telah diluluskan oleh UMNO sebagai penal BN akan buat serangan peribadi seboleh-bolehnya kepada DSAI, untuk mendapatkan keseronokan di kalangan kawan-kawan dalam UMNO bahawa Nordin Kadi adalah anjing UMNO yang baik.

    ReplyDelete
  13. Salam perpaduan,
    saya bersyukur kerana dapat melihat pelbagai komen yang positif n negatif mengenai isu debat n hasilnya di luahkan oleh komentar dalam blog ini.
    Apepun saya ingin mengajak semua pihak baik dari pro-kerajaan dan pembangkang untuk menilai sikap kerajaan kini yang terbuka tidak kira siapa pun pencabarnya.Ini adalah kenyataan.Paklah telah membuat 1dasar baru iaitu keterbukaan dalam kerajaan walaupun pada masa yang sama pihak pembangkang telah mengambil kesempatan dengan membantai kerajaan secara tidak membangun.Ini adalah 1 kenyataan.
    Seterusnya mengenai isu debat. Saya boleh katakan, formula anwar tentang isu penyelesaian kenaikan harga minyak memang nampak hebat. Penyelesaiannya seolah-olah macam main jigsaw puzzle pulak.Senang sangat.Ini sama sekali tidak logik dengan mengambil rezab 1billion daripada TNB. Kerana jika kita mengambil rezab ini, kalau jadi apa-apa pada syarikat minyak kita, maka maruah syarikat utiliti ini akan juga tergadaia kerana pasti tidak akan mampu survive dalam tempoh lama.Ini kerana, syarikat utiliti negara ini adalah syarikat yang berkaitan dengan api dan gas.Maka hubungan nya dengan harga minyak dunia amat dekat.Jika kita pertahankan petronas maka kita pertahankan syarikat utiliti ini juga.
    Yang kedua soal isu tan sri ani arope yang anwar bangkitkan dalam debat,anwar bijak bermain dengan suasana debat dan ayat.Ini 1 kelebihan orang-orang debat. Saya ingin tegaskan bahawa tan sri ani arope bukan meletakkan jawatan beliau kerana tidak bersetuju dengan perjanjian IPP.sebaliknya beliau letak jawatan kerana tidak bersetuju dengan isi kandungan perjanjian tersebut.Saya melihat semula tentang pihak yang bertanggungjawab membuat perjanjian dan perbincangan dengan IPP.Pihak yang terlibat salah satunya adalah MOF sendiri ketika itu yang dipimpin anwar.Ini 1 lagu helah anwar yang rakyat tak nampak.
    Memang jika kita surut kan kembali, anwar tidak menyentuh soal kepentingan petronas.tetapi, jika anwar memerintah dalam masa 10tahun akan datang, saya yakin petronas berada dalam pasaran dunia untuk dilelong.Ini kerana anwar melepaskan petronas secara perlahan apabila 1masa nanti kita perlu menjadi net importer.dan ketika itulah sebenarnya maruah negara akan dijual.Ini agenda tersirat anwar. Bayangkan jika kita mendapat 1 percent daripada penjualan petronas yang benilai 10bilion.Sapa tak nak kan.Justeru ini patut rakyat ketahui dan sedar.
    Insyaallah saya akan menyambung kesimpulan debat ini lagi.
    salam muhibbah.

    ReplyDelete
  14. yup setuju dgn anak hang tuah. perjanjian dgn ipp adalah paksaan anwar semasa jadi menteri mof. dlm kandungan perjanjian yg tak dipersetujui ani arope tu, sama ada bekalan elektrik itu digunakan atau tidak oleh tnb, mereka still kena bayar. sebab tu berlaku lebihan tenaga 40%. anwar punya silap, kerajaan skrg pulak yang kena tanggung. tak pasal2 kerajaan kena buat dasar gunatenaga yg baru utk memansuhkan perjanjian tsb.

    ReplyDelete

Blog Archive