Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Wednesday, July 16, 2008

ANWAR...Featuring Mawi

Menarik berita hari ini:-
KUALA LUMPUR 16 Julai – Penyanyi terkenal, Asmawi Ani atau Mawi hari ini gagal hadir ke Bukit Aman untuk menjelaskan tindakannya memakai pakaian uniform polis baru-baru ini. Mawi dan wakil KRU Film yang menerbitkan filem Jin Notti, dipanggil oleh Cawangan Perhubungan Awam Ibu Pejabat Polis Bukit Aman ekoran tindakan penyanyi itu menggayakan pakaian polis dalam sesi fotografi baru-baru ini. Beliau dijadualkan hadir di unit berkenaan pada pukul 1.30 petang tetapi sehingga pukul 5.50 petang ini, Mawi dan wakil KRU Film langsung tidak muncul. Difahamkan, Cawangan Perhubungan Awam Bukit Aman juga meminta Mawi dan pihak KRU Film hadir untuk diberi taklimat berhubung peraturan pemakaian uniform polis oleh orang awam. “Mawi dipanggil untuk diberi teguran, kami bukan mahu ambil tindakan (undang-undang) terhadapnya, ini perkara biasa,” kata seorang pegawai Cawangan Perhubungan Awam itu.

KUALA LUMPUR 16 Julai – Datuk Seri Anwar Ibrahim mula disoal siasat oleh polis berhubung dakwaan liwat melibatkannya di sebuah bilik di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini, pukul 2.50 petang ini. Anwar yang ditahan oleh sekumpulan anggota polis komando bertopeng pada pukul 1.05 petang dan dibawa menaiki kenderaan ke IPK 10 minit kemudian, hanya dibenarkan ditemani salah seorang peguamnya, R. Sivarasa. Seorang lagi peguam, Sankara N. Nair yang sempat menemui Anwar sebelum itu, ketika ditemui pemberita yang berkumpul di pekarangan IPK memberitahu, anak guamnya disiasat sebagai suspek di bawah Seksyen 377A Kanun Keseksaan iaitu kes meliwat tanpa kerelaan.

Nota: Persamaan Mawi dan Anwar apabila kedua2nya dipanggil polis dan kedua2nya tidak hadir dalam tempoh masa yang ditetapkan pihak berkuasa. Perbezaannya pula ialah, seorang dipanggil untuk memberi keterangan dan seorang lagi untuk diberi teguran. Kita tunggu apa kesudahannya kedua2 personaliti.

19 comments:

  1. sudah2 la tu kutuk dan aibkan dia, dia dah ditangkap pon, biarkan kes ini diadili dengan sewajarnya....jgn mengadili manusia sesuka hatikita
    dia pon sebangsa dgn kita dan beragama islam.

    ReplyDelete
  2. masalahnya bab yang diadili sewajarnya tak tahan tu...selama ni wajar ker? tahun 1998 wajar ker? alih2 last2 anwar dibebaskan atas tuduhan liwat..tapi selepas 5 Tahun merengkok dalam penjara dan tak boleh bertanding dalam pilihanraya..hari tu pilihanraya buat awal pun sebab takut anwar bertanding...memang zalim lah Pak Lah and kroninya..Hidup Islam hadhari!

    ReplyDelete
  3. Ni komen lanjutan di blog Dato' Noh Omar yang tak dijawab. Sama2 kita renungkan.

    http://niezearm.blogspot.com/2008/07/kereta-sape-ni.html

    ReplyDelete
  4. wahai ano yang kedua...
    dia dipenjara 5 tahun tu bukan atas kes liwat la ngok!!!Tu atas kes rasuah...susah la cakap dgn orang ta'asub membabi buta ni...main sondol macam babi buta jugak...

    ReplyDelete
  5. nampak sangat liwat tu diada2kan, org yg taksub gila babi kepada bn je yg percaya, jangan buta hati, fikir logik, sekarang ni saiful bahari pon senyap mengecut.....
    anak2 ikan yg tinggal kat kondo 2juta ini la org BN percaya 300%.
    peliks dan ajaib!!aku malu dengan perangai pemimpin UMNO (bukan akar umbi), yg suka mengadakan fitnah yg takder asas. aku malu dengan bangsa lain!!!cammoon akar umbi singkirkan pemimpin2 umno keparat ni!!!!!

    ReplyDelete
  6. wahai ano di atas. baca dulu keputusan kehakiman 10 orang hakim daripada mahkamah tinggi sehinggalah mahkamah rayuan ttg kes anwar sebelum ni. baru ano boleh buat kenyataan jika kes ini diada-adakan. takkanlah dari 10 hakim tersebut semuanya salah. buat research bro.

    ReplyDelete
  7. tapi anwar dipenjarakan atas kes rasuah bukan liwat.................
    secara kesimpulan, kes 10 thn dulu kes politik bukan peribadi!

    ReplyDelete
  8. Mukhriz pertikai hukum Allah di sidang parlimen
    Dilulus terbit pada Thursday, July 17 @ 20:03:02 MYT oleh greenboc

    Maklumat Oleh 110km_blogspot

    "a
    Dalam sidang parlimen semalam, anak lelaki Dr Mahathir yang menjadi suara bapanya di parlimen telah mempertikai hukum Allah dengan menyatakan keputusan DNA adalah lebih baik dari hukum Islam yang memerlukan persaksian dari 4 orang saksi. Ini dilaporkan dalam blog Zulkifli Noordin. Turut bangun membantah ialah Dr Lo' Lo' yang mendakwa Mukhriz boleh dituduh melakukan qazaf.

    Ikuti petikan blog ahli parlimen Kulim Bandar Bahru, Zulkifli Noordin.

    "
    Hari ni dalam Parlimen A/L Madey dari Jerlun telah mempertikaikan ketetapan hukum ALLAH yang mewajibkan persaksian empat orang dalam pertuduhan zina/liwat.

    Sebaliknya A/L Madey ini menyatakan penggunaan DNA lebih moden. Sedangkan dalam kes 98 dahulu jelas penggunaan DNA telah diputarbelitkan yang akhirnya menyebabkan Augustine Pol expunge keterangan berkaitan tuduhan zina/liwat terhadap DSAI. Saya telah bangun menyanggah sangkaan buruk A/L Madey yang mempertikaikan hukum ALLAH. Berlaku tikam lidah antara saya dan A/L Madey ni.

    Saya mencabar A/L Madey adakah berani beliau mengulangi dakwaan itu diluar dewan sidang Parlimen. Walaupun Speaker menyuruh kami duduk, saya menegaskan kepada Speaker kalau bab menghina hukum ALLAH saya tidak akan berkompromi. Akhirnya Dr. Lo' Lo' bangun menyatakan dakwaan A/L Madey yang DSAI kaki liwat mengundang hukum qazaf ke atas beliau.
    Saya nak ingatkan A/L Madey supaya segera bertaubat kerana ALLAH mengisytiharkan golongan yg menuduh orang Islam lain dengan tuduhan zina/liwat maka dia di anggap golongan fasiq dan tidak boleh diterima persaksian dia selama-lamanya..

    Bertaubatlah kamu wahai A/L Madey.."

    ReplyDelete
  9. alang sekali apabila pihak polis siap bertopeng dan berjaket kalis peluru menggunakan pendekatan yang keras menahan orang tua berusia 60 tahun atas tuduhan liwat pemuda gagah berusia 23 tahun yang sehingga kini belum ada bukti. yang ada ialah pindaan tuduhan yang akan memenjarakan orang tua itu sehingga 20 tahun.

    Drama 10 tahun yang lalu memang berulang, cerita sama, skrip lain, watak yang sebahagiannya sama.

    Jika DSAI bersalah maka laknatkan lah dia...Jika beliau tidak bersalah, maka laknatlah orang menfitnahnya dan semua watak yang terlibat dalam hal ini!!!

    Dengar2 watak2 jahat sebelum ini ada yang dah terima balasan Tuhan. Apa dah jadi pada Rahim Noor,Mokhtar dan lain2?

    ReplyDelete
  10. Bro Ano, aku sokong kalau kita doa kat Tuhan agar sesiapa yang bersalah dilaknat Tuhan... Tapi jangan laa pulak ngko berat sebelah tuduh orang2 (yg tersebut di atas) tu dah terima balasan Tuhan. Apa selama ni PAS & PKR tu cuma ujian, bila time UMNO dikira bala dan balasan? Mana keadilannya bro?

    p/s: Ingat lagi waktu PAS Kelantan tuduh bala Tuhan waktu Selangor banjir tahun 90an dulu, tapi di Kelantan banjir tiap2 tahun hanyalah ujian Tuhan... Mana adilnya tu?

    ReplyDelete
  11. Banjir pun nak dikaitkan dengan politik ker? cetek akal sungguh..kalau macam tu salji, hujan semua tu bolehlah dipolitikkan..

    ReplyDelete
  12. yang dangkal akal cuma orang2 pembangkang yang desperate yang dari dulu lagi telah mempolitikkan segala isu yang ada hatta kejadian alm semulajadi...kami orang2 UMNO tak bodoh macam PAS atau Parti Ketiadaan Rasional!!!

    ReplyDelete
  13. org umno memang bodoh sma macam PKR dan PAS, sebab sama2 bergaduh sesama melayu dan islam!!!Bagi aku sama je kedua2 nya, cuma bagi aku akar umbi UMNO tak bodoh(mungkin terpedaya) dengan pemimpin2 yg berselindung atas nama nasionalisma melayu....

    kes2 yg tak masuk akal jadi bukti..memalukan bangsa sendiri dan suka memfitnah....korang kena open sikit....bukak hati anda, demi kebaikan bangsa melayu.

    Bagi aku kesilapan Tun Dr M, ialah terlalu mendengar ill advise dari org sekelilingnya pada thn 1998.

    Tun Dr M terpaksa menegakkan benang yg basah, kerana telah tersilap langkah, mahu x mahu dia terpaksa melakukannya demi menutup keegoannya, namun aku tetap hormat Tun Dr M, sebab banyak berjasa kpd malaysia, cuma pencacai2 sekeliling dia yg bersalah, meneyebabkan perpecahan melayu sehingga kini.

    ReplyDelete
  14. Malaysia adalah sebuah negara yang boleh dikatakan kelakar dari segi pentadbiran perundangan dan keselamatan. Kita boleh lihat bahawasanya undang-undang di Malaysia biasanya dikendalikan mengikut persepsi sebelah pihak sahaja (biasanya milik kepada pihak berkuasa sahaja).

    Mari kita kaji dua situasi perundangan yang berbeza ini.

    Pertama, bagi kes pertuduhan “liwat” Anwar Ibrahim (defendan) dengan Saiful Bukhari Azlan (plaintif) anda akan dapat lihat bahawa Anwar Ibrahim (defendan) telah diminta keterangannya dan kemudiannya ditahan @ direman oleh pihak Polis. Ini adalah situasi biasa dimana defendan biasanya akan ditahan reman bagi memenuhi kehendak siasatan. Situasi ini tidaklah pelik dan ianya selari dengan keperluan undang-undang.

    Kedua, bagi kes pertuduhan “persekongkolan untuk membunuh” melibatkan tiga (3) defendan iaitu, Rosmah Mansor, Aziz Buyong dan Norhayati Hassan dengan Raja Petra Kamarudin (plaintif) anda akan dapat lihat bahawa Raja Petra Kamarudin (plaintif) pula yang diambil keterangan malah seterusnya ditahan reman oleh pihak Polis. Ini adalah satu situasi yang pelik kerana sepatutnya para defendanlah yang sewajarnya ditahan reman dan disiasat oleh pihak Polis. Tindakan pihak polis ini nampaknya tidak selari dengan keperluan undang-undang Malaysia.

    Ini semua menunjukkan bahawa terdapat kuasa-kuasa (tangan ajaib) yang mungkin terlibat dalam mencaturkan urusan perundangan dan keselamatan negara. Apa yang pastinya, kita boleh lihat bahawa akan terdapat penahanan dan pendakwaan terpilih dilakukan oleh pihak Polis.

    Sewajarnya pihak PDRM mengendalikan kedua-dua kes ini dengan profesional namun dari pengalaman yang lampau kita boleh lihat bahawa ianya tidak akan berlaku. Pihak Badan Pencegah Rasuah (BPR) wajar membuat satu siasatan terbuka untuk memastikan tiada unsur-unsur rasuah dalam kedua-dua kes yang dinyatakan diatas.

    Yang pasti, sistem perundangan, siasatan dan kehakiman Malaysia sedang dan telah mengalami kemerosotan yang melampau sehinggakan menjadi satu bahan lelucon diperingkat tempatan dan antarabangsa. Selagi mana perkara ini berlaku di Malaysia, saya pasti para pelabur asing akan menjauhkan diri mereka dari melabur di Malaysia kerana pastinya mereka tidak akan mendapat pembelaan yang sewajarnya daripada sistem perundangan dan kehakiman Malaysia.

    Kini anda dan saya boleh lihat betapa banyak pelabur asing telahpun memindahkan operasi mereka ke negara lain terutamanya Thailand, Vietnam, China dan Taiwan.

    ReplyDelete
  15. Petikan dari http://kuda-kepang.blogspot.com/

    kudakepang said...

    Di bawah ini adalah sebahagian komen Saudara Abdul Rahim. Sebahagian lagi telah saya delete atas permintaan beliau sendiri kerana mengandingi perincian peribadi beberapa VVIP tertentu. – Ruhanie Ahmad

    Salam Dato'

    Saya cadangkan semua rakyat buat solat jahat setiap hari minta kepada Allah, siapa yang salah termasuk yang bersubahat dilaknatkan Allah.

    Kita dah banyak lihat musibah yang berlaku dalam kes pertama DSAI. Lihat apa jadi dengan mereka yang bersubahat, macam-macam bala.

    Dato UMNO perlukan perubahan. perlukan anjakan paradigma yang menyeluruh.

    Dato patut kembali ke dalam UMNO membetulkan kekalutan yang amat sangat ini. Jika tidak saya pasti Musibah besar yang Allah akan turunkan ialah kepada orang Melayu ialah UMNO akan hilang di bumi Malaysia ini.

    PRU12 bukankah musibah awal yang diturunkan Allah kepada orang Melayu apabila UMNO hilang majoriti 2/3 dan empat negeri selain Kelantan yang kekal kepda pemerintahan parsti Islam?

    Sama-sama kita fikir-fikirkan

    Salam. Abdul Rahim, 10:06 PM

    ReplyDelete
  16. kepada ano 10.46pm

    sebelum mengkritik sistem perundangan kita melalui hujah 2 kes tersebut, saya nak bg pandangan.

    1. dlm kes anwar, saiful itu adalah mangsa yg mendakwa dirinya diliwat.

    2. kes raja petra pula...dakwaan dibuat atas dasar 'hearsay' org yg membuat tuduhan dan bukannya sbg seorang mangsa.

    maka wajarlah raja petra ditahan utk diambil keterangan dan bukti.

    dalam kes pelabur2 lari dari malaysia, rasanya hujah sbb sistem perundangan yg lemah adalah hujah yg sangat dangkal. banyak faktor lain contohnya ekons dan gunatenaga.

    ReplyDelete
  17. sojuk ni memang dah bangang..biarkan luncai terjun dengan labu2 nya..biarkan..

    ReplyDelete
  18. orn umno ni memang hati ah gelap. aku pon xreti. lebih percaya kepada anak ikan (saiful) yg latar belakannya sunggguh mengelirukan. Kalau betul benda ni fitnah, janka hayat parti UMMeno yg banyak hipokrit terhadap bangsa melayu akan mampos!!!Kita biarkan le mahkamah yg mengadili. INi nampak sangat macam suatu perancangan. UMNO meliwat bangsa sendiri!!!!

    Lihat apa kata ulamak:(bukan ular dalam semak UMNO):-

    Nik Aziz tegur media
    Dilulus terbit pada Saturday, July 19 @ 02:53:59 MYT oleh greenboc

    Berita Oleh BERNAMA

    AMursyidul Am PAS Datuk Nik AbdulAziz Nik Mat menegur pengamal media yang memberi liputan keterlaluan dalam kes liwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga mengaibkannya walaupun belum lagi terbukti bersalah.

    Menteri Besar Kelantan itu kecewa dengan keghairahan media yang melaporkan berita penahanan Anwar di muka depan beserta gambar tetapi pembebasan Anwar dengan jaminan polis dilaporkan secara ringkas sahaja.

    "Saya nak tanya kenapa nak malukan dia sampai letak muka depan (media)...kena ingat Allah akan tutup aib kita di akhirat kalau kita tutup aib orang lain dan Allah juga akan dedah aib kita kelak kalau kita dedah aib orang di dunia," katanya semasa menyampaikan kuliah di Dataran Ilmu di sini hari ini.

    Sehubungan itu, beliau mengingatkan pengamal media bahawa setiap perbuatan itu akan dihitung di akhirat kelak.

    ReplyDelete
  19. untuk ano 10.46PM,
    lain kali kalu nak citer pasal perundangan pergi la blaja undang2 dulu...kalau tak mampu blaja selidik dulu sebelum bagi komen...kalau hanya menampakkan kebodohan diri sendoiri je...

    make sure terms yang ko pakai tu betul...jangan nak berlagak pandai kalau ilmu tiada di dada...!!!

    ReplyDelete

Blog Archive