Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Wednesday, July 9, 2008

UMNO Selangor calonkan Abdullah; Najib

KUALA LUMPUR 8 Julai - Badan Perhubungan UMNO Selangor sebulat suara akan mencalonkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Presiden UMNO pada pemilihan parti itu Disember ini. Pengerusinya, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, UMNO Selangor juga memutuskan sebulat suara mencalonkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Timbalan Presiden UMNO. "Keputusan ini dibuat dalam mesyuarat Badan Perhubungan di Ibu Pejabat UMNO Selangor di Shah Alam malam tadi. "Ia dihadiri oleh Ketua-Ketua UMNO Bahagian dari seluruh Selangor," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini. Sebelum ini Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang turut memutuskan untuk mencalonkan Abdullah sebagai Presiden UMNO dan Najib sebagai Timbalan Presiden UMNO.

Nota: Bukankah mesyuarat cawangan UMNO hanya akan bermula 17 Julai ni? Jadi bagaimana pulak dah ada pencalonan terhadap Paklah untuk jawatan Presiden UMNO? Atau Mike Tyson nih nak hantar mesej kepada akar umbi bahawa ketua2 bahagian UMNO sekarang menyokong Paklah dan akar umbi kena buat sesuatu mulai sekarang. Aku teringin nak tahu apa yang bermain difikiran akar umbi UMNO sekarang ini.

4 comments:

  1. tau nak membuktikan bahawa Bedolah ni sedang mengamalkan rasuah secara berleluasa demi memastikan dia kekal bertakhta dan menghancurkan terus negara ni...maka kita rakyat ni tak kan la nak sokong lagi manusia macam ni???

    Mungkin ni hint yang di beri oleh mike tyson meminta tolong rakyat bertindak kerana mereka kat atas tu semuanya hopeless dan helpless dan USELESS!!!

    ReplyDelete
  2. Tu yang aku malas nak komen pasl UMNO hari ni..nilah dia penyakit pemimpin UMNO..Sakit BODEK ni payah nak diubati..dia orang ni bukan pejuang UMNO tapi pejuang kepada PAK LAH..dia orang tak tahu bezakan antara perjuangan kepimpinan atau perjuangan parti...
    tapi nak buat camna ek..bila paklah dah kasi jawatan free..tak yah bertanding takkan nak lawan boss pulak ek! eh betul jugak..lu fikir lah sendiri

    ReplyDelete
  3. Salam sahabat2,

    Mampuih boss ..dah confirm si bebal tu nak lagi 2 tahun. Reason dia, nak melaksanakan project untuk 'rakyat'. Dalam waktu yang sama, habis semua ketua bahagian sokong si bebal tu.

    My question is? Apolah sudah kita ni sahabat. Lagi dua tahun of pure misery. Another 2 years of the son out law exploits and of course the mastermind son. Please bare in mind the possibility of si bebal tu staying longer than the "promised 2 years' transition.

    Najib ni sudahnya masuk angin keluar asaplah nampaknya. Habis dia kena goreng kek pengasas islam hadhari ni.

    So my sahabat, as what witnessed in the last general election, lets stand up and be counted and show this MORON that the power is in the hands of the people.

    Selamat bersidang in the coming branch meeting. Make as much noise as possible.

    Salam perjuangan !!!!


    Arcadia

    ReplyDelete
  4. paklah ni walau nampak cool dan lembut tapi ego tinggi.

    ReplyDelete

Blog Archive