Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Monday, July 21, 2008

Pembelian Mercedes Exco Terengganu

KUALA TERENGGANU 20 Julai - Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said hari ini mempertahankan tindakan kerajaan negeri membeli 14 kereta Mercedes E200 Kompressor sebagai kenderaan rasmi anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri dalam usaha menjimatkan kos perbelanjaan tahunan.

“Ia tidak melibatkan royalti minyak. Bagaimana nak guna wang royalti minyak, kita masih belum menerimanya daripada kerajaan pusat,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas laporan akhbar berhubung pembelian kenderaan bagi menggantikan Proton Perdana V6 Executive sebagai kenderaan rasmi Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri.

Ahmad berkata, keputusan pembelian kenderaan berjumlah RM3.43juta itu dibuat berikutan kos penyelenggaraan Proton Perdana V6 Executive yang digunakan oleh Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri sebelum ini terlalu tinggi.

“Bukannya kita nak kata kereta keluaran nasional tidak baik, tetapi hakikatnya kereta itu tidak sampai dua tahun terpaksa diselenggara kerana beberapa komponen kereta seperti kotak gear rosak.

“Contohnya kereta yang dinaiki Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar, Toh Chin Yaw sudah dua kali diselenggara yang melibatkan kos sehingga RM50,000. Tetapi kalau kereta Mercedes walaupun mahal tetapi ia jimat dari segi penyelenggaraan tempoh jangka panjang,” katanya.

Nota: Alasan Mad Said tak boleh diterima. Dimana semangat patriotik Mad Said? Kalau di Jepun orang seperti Mad Said patut dihukum secara harakiri kerana memalukan kerajaan dan negara. Bagaimana kerajaan sendiri tidak menyokong produk keluaran negara? Maka janganlah nanti rakyat pula dimarahi sekiranya mereka nanti menyokong barangan tempatan pada masa hadapan. Pada den kalau nak beli mercedes sekalipun, janganlah memberi alasan yang berupa penghinaan kepada kereta nasional. Kalau dah 'boghuk' bawak keto, keto kobal pun boleh punah!

9 comments:

  1. result: ahmad said 1 idris jusoh 1

    Farahasyikin

    ReplyDelete
  2. Kalau tak silap, Perdana tu "baru" dibeli masa zaman Idris Jusoh dulu...dan betul ker maintenance Merz lebih jimat dari Perdana!!!??? Setakat yg saya tau, E200K model W211 tu banyak sangat electrical problemnya....

    Lagipun biarlah kena pada tempat, orang dok tengah "memenangi" hati rakyat dgn mempromosikan cara hemah berbelanja...kita pulak dok pi labur berjuta-juta dgn Merz tuh. Cuba guna duit tu utk bagi makan kat rakyat Trengganu yg masih ramai kelaparan tuh! Guano demo Said?????

    Whatever, bila lagi nak naik Merz baru yg FREE...nak beli sendiri sayang duit. Setuju dgn Paneh: kalau dah boghuk yg drive, keto kobal pun boleh rosakkk....

    Apa komen Pak Lah??????

    ReplyDelete
  3. mana 'SOJUK' tak nak komen ker? tu la hipokrit ngan umno..ni lah sikap2 umno..bacul dan membazir

    ReplyDelete
  4. Salam Paneh,

    Biasalah, manusia suka pada yang BARU dan CANTIK. Semua nak rasa pakai Mercedes, tidak bilo laie?

    Tidak ada apa yang nak dihairankan.

    Tapi bila manusia itu adalah MB, susah sikitlah. Sebab kena ikut peraturan peraturan yang tergaris.

    Mercedes memang kereta yang baik, tahan lasak, tahan lama. Maintenance pun senang tapi kalau salah workshop kena semua double.

    Dengar khabar isu ini akan dibawa ke kabinet.

    ReplyDelete
  5. orang terengganu ni memang bangsa yang cepat lupa diri...bagi kat UMNO ke PAS ke sama sajo...tak sodar diri punya orang makang ikang...suko sangat nak melebih2...bahaso gganu pung memang dok lebih sokmo...
    yang lu ni ano, ko tak puas hati ngan gua pesal??? Ader hutang ke???

    ReplyDelete
  6. haha..tak pasai2 'sojuk' kutuk org ganu pulak..mentang2 nak tutup kelemahan sojuk yang duk gila babi sangat ngan UMNO tu..tu lah sojuk, bak kata pepatah, berak terpercik ke muka sendiri..sojuk sojuk..apa lagi la hang nak ulas pasal ni..dah terbukti keparatan UMNO ni..tengah rakyat duk susah2, pi beli mercedes pulak..kurang maintanence la, apa la..kalau ikghlas, gunalah kelisa ker..tu baru2 pemimpin sojukkkkkkk

    ReplyDelete
  7. ape2 lah ano...aku sebagai orang islam maafkan aje ko yang takde otak ni...da takde keja sangat agaknya nak cari gaduh ngan aku....ni la melayu bangang....orang tak usik dia, dia pulak nak jolok...ko baik2....sib baik la yang ko jolok ni bukan tebuan...kalo idak memang masuk lubang kubo yang ko sendiri gali aku rasa....tapi tak pelah...dasar pembangkang memang suka buat huru hara ngan cari gaduh...kesian...kesian...cuba lagi ye ano....

    ReplyDelete
  8. aik..sojuk masuk isu islam pulak..yang pandai2 kutuk fitnah anwar tu islam gak ke sojuk..yang kau tu ada ke masa kes liwat tu..dahlah anwar dah tak larat kau boleh percaya lak dia buat kes tu..takyah lah sojuk, toksah main islam2 la kalau asasnya tak betul..hang ingat pembangkang tu jahat sangat ker...ulamak2 tu jahat sangat ker sebab banyak yang membangkang..hang tu dah tak betul fanatik dan gila babi UMNO yang sesetangah tu perosak bangsa (aku cakap sesetengah yer, bukan semua..kau sojuk kena paham istilah sesetengah tu)..kau ni susah sikit tak berapa nak paham..time fitnah tak pikir islam, time ko kena kutuk baru pikir islam..takde apa nak dimaafkan sojukk

    ReplyDelete
  9. apalah sojuk ni..nak cakap pasal islam tapi fitnah memfitnah buat jugak..hampeh betul

    ReplyDelete

Blog Archive