HARARE 19 Julai - Zimbabwe yang berdepan dengan inflasi setinggi 2.2 juta peratus, hari ini memperkenalkan wang kertas baru not Z$100 bilion dalam usaha mengawal kekurangan wang tunai. Kenyataan bank pusat yang disiarkan oleh media negara menyebut, not baru itu akan mula diedarkan esok bersama dengan beberapa not-not besar yang diperkenalkan sebelum ini. Januari lalu, not Z$10 juta diperkenalkan dan pada April, not Z$50 juta diikuti Z$100 juta dan Z$250 juta pada Mei. Ia diteruskan dengan not Z$5 bilion, Z$25 bilion dan Z$50 bilion. Negara di selatan benua Afrika yang mengalami krisis selepas pilihan raya ini, kini berdepan pula dengan inflasi melampau yang melonjak kepada 165,000 peratus pada Februari dan terus melambung kepada 2.2 juta peratus pada bulan lalu. Pakar ekonomi bagaimanapun percaya kadar inflasi itu lebih besar daripada apa yang dinyatakan iaitu antara 10 juta peratus hingga 15 juta peratus. Kemelesetan ekonomi Zimbabwe menyebabkan 80 peratus penduduknya hidup di bawah paras kemiskinan dengan bekalan barang makanan yang amat sedikit.
Nota: Kok macam ni baik Zimbabwe lantik cino akam kek Kuala Pilah nun jadi menteri kewangan, kalo la payah na nak dapekkan nasihat nuar brahim yang pakar ekonomi kononnya tu. Apo2 pun, den bersyukur kerano dilahirkan kek Malaysia dan dapek pemimpin2 bijaksano yang amek menjago kebajikan rakyatnya. Thank you Allah!
No comments:
Post a Comment