Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Monday, July 7, 2008

14 Tuntutan IFC

Nama penuhnya adalah Interfaith Council. Sebelum ini dikenali sebagai Inter Religious Council. IFC didalangi beberapa pemimpin Pakatan Rakyat antaranya adalah Sivarasa a/l Rasiah ( Naib Presiden PKR ), Tian Chua ( Ketua Penerangan PKR ), Ronnie Liu ( Setiausaha Hal Ehwal Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan DAP Pusat ), Elizabert Wong Keat Peng ( Ketua Penerangan Wanita PKR ). Berikut merupakan 14 tuntutan IFC:-

i. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa orang Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

ii. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.

iii. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.

iv. Tidak perlu dicatatkan didalm kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

v. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menagnut agama Islam sekiranya ingin berkahwin dengan ornag Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.

vi. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk agama Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.

vii. Orang-orang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seseorang yang memeluk Islam hendaklah diberi hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

viii. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadah orang bukan Islam sebagimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

ix. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

x. Bible dalam bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

xi. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agam itu hendaklah diajar disemua sekolah.

xii. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahas ibunda masing-masing.

xiii. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

xiv. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

3 comments:

  1. Kesilapan kepimpinan kerana tidak tegas dalam memastikan penubuhan IFC ni tak makan tuan.Ia sepatutnya tidak perlu dilayan, dan PERLEMBAGAAN MALAYSIA ialah kata putus kepada segala jawapan bagi tuntutan mereka. FULL STOP!!

    Suara dan ketetapan Yang Dipertuan Agong boleh menyekat semua ini yang pasti bertujuan memporak perandakan sistem kemasyarakatan kita yang sudah terjalin sekian lama.

    Apa perlu kita mencontohi Indonesia? Biarlah mereka 'confuse' akibat kelonggaran mereka sendiri.

    Semakin luas isu kemelayuan kita yang dipertikaikan oleh rakan-rakan senegara, termasuk juga generasi Melayu yang menyokong 'perubahan'tanpa ingin menyelami asal usul mereka sebagai Melayu. PERLEMBAGAAN MELAYSIA PERLU DIAJAR DI PERINGKAT SEKOLAH, TERMASUK SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN. Dan adakan ujian untuk memastikan mereka faham akan hak-hak dan keperluan mereka sebagai rakyat.

    ReplyDelete
  2. betul tu noris. kalo di indonesia, pelajar2nya diajar ttg negara mereka seawal umur 9 tahun. sebab tu indon lebih patriotik berbanding kita agaknya.

    ReplyDelete
  3. itu beberapa ekor yg buat tuntutan yg 14 tu.....mencabar kuasa ydpa...sekarang ni ydpa perlu sedarkan si beberapa ekor tu supaya berhenti dari membuat 14 tuntutan yg mencabar kedaulatan kuasa majlis raja-raja.....si beberapa ekor ini ibarat penderhaka yg mesti dihukum dan diberi pengajaran yg dapat menyedarkan kedudukan perkara di bumi malaysia ini...situasi sekarang ini menampakkan si beberapa ekor ini sudah melampau dan tidak sedar diri...

    ReplyDelete

Blog Archive