Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Monday, July 7, 2008

Fakta Menarik - Part I

1. Heng Pek Koon dalam satu tulisan bertajuk The New Economic Policy and the Chinese Community in Peninsula Malaysia dalam journal The Developing Economies, (September 1999, m.s 262–92) memaparkan dengan jelas data-data yang mencetuskan konflik berdarah 13 Mei:

Pada tahun 1970, perbezaan pendapatan di antara Melayu dan bukan Melayu begitu ketara sekali. Orang Melayu membentuk majoriti golongan miskin, iaitu sekitar 74 peratus di Semenjung Malaysia. Populasi Melayu dikawasan luar bandar 63.4 peratus berbanding kaum Cina 26.1 peratus, sementara kaum Cina membentuk majoriti populasi di kawasan bandar 58.7 peratus berbanding dengan Melayu 27.4 peratus. Pendapatan purata orang Melayu ialah RM178.7, berbanding dengan Cina RM387.4. Ekuiti korporat Melayu pula hanyalah 2.4 peratus, berbanding Cina 34.4 peratus. Menariknya, waktu itu ekuiti korporat negara ini dikuasai oleh orang luar, khususnya British, iaitu kira-kira 63.3 peratus.

2. Protokol Zionis mengandungi 24 bab atau bahagian. Ia merupakan dokumen sulit yang menerangkan survival bangsa Yahudi pada masa 100 tahun. Dokumen ini mulanya didedahkan Sergius A Nilus. Tiada bukti jelas siapa penulis dan mastermind protokol ini, tetapi ada spekulasi menyatakan ia diilhamkan oleh seorang wartawan Yahudi, Theodor Herzl yang juga dikenali sebagai bapa zionis.

3. Kafir HARBI ialah golongan bukan penganut Islam yang menetap disesebuah negara yang diterajui oleh pemimpin Islam, tapi kafir ini menentang Islam dan undang-undang yang ditetapkan. Contohnya di Malaysia ialah DAP.

4. Hari al-Nakba bermaksud 'hari malapetaka' sebagai memperingati pengusiran penduduk Arab Palestin oleh pengganas Zionis dan peperangan yang membawa kekalahan kepada penduduk arab pada 1948. Tarikh 15 Mei dipilih sebagai sambutan hari al-Nakba kerana pada tarikh 15 Mei 1948, Mandat British di Palestin berakhir dan pembentukan Negara Israel yang merdeka diisyhtiharkan secara rasmi dengan Presiden Harry S. Truman pemimpin negara pertama membuat pengiktirafan.

5. Petikan ucapan Lim Kit Siang di Parlimen tahun 1988:

"DAP dan sejumlah rakyat Malaysia yang menyokong DAP, bersetuju dengan objektif Dasar Ekonomi Baru bagi mencapai perpaduan negara melalui proses serampang dua mata, yakni menghapuskan kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusunkan semula masyarakat Malaysia melalui penghapusan menurut pekerjaan dan tempat kediamannya. Kami juga menerima jaminan DEB bahawa dalam perlaksanaannya, tidak ada kumpulan yang akan mengalami kerugian atau berasa dilucutkan hak, keutamaan, pendapatan dan pekerjaan atau apa-apa peluangnya. Apabila Rancangan Malaysia Kedua dibahaskan di Parlimen lebih 10 tahun yang lepas, saya menyatakan bagi pihak DAP bahawa DAP menyokong perlaksanaan proses serampang dua mata itu." - Sumber buku "Dasar Ekonomi Baru Pertumbuhan Negara dan pencapaian Ekonomi Orang Melayu " (Cetakan Kedua 2002).

No comments:

Post a Comment

Blog Archive