Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Tuesday, July 15, 2008

Kuasa Akar Umbi

Dua berita yang agak menarik.

KUALA LUMPUR 15 Julai - Pergerakan Pemuda UMNO beranggapan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO perlu dipertandingkan pada Perhimpunan Agung UMNO Disember ini kerana hak berbuat demikian termaktub dalam Perlembagaan parti. Ketuanya, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata, walaupun peralihan kuasa antara Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak dimuktamadkan, namun ia isu yang berbeza dengan pertandingan dalam parti. "Sememangnya isu bertanding dan peralihan kuasa dua isu yang berasingan, hak bertanding bukan hak individu," katanya pada sidang akhbar selepas Mempengerusikan Mesyuarat Khas Exco Pemuda, di sini hari ini.

KUALA LUMPUR 15 Julai – Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai peluang yang lebih cerah untuk memenangi jawatan Timbalan Presiden UMNO sekiranya pemilihan bagi jawatan itu dibuat secara terbuka. Bekas Presiden UMNO, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, ini berikutan tanggapan umum yang melihat Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai seorang pemimpin yang lemah dan tidak pernah mempunyai pendirian sendiri. Beliau turut membayangkan Muhyiddin akan lebih diterima sebagai Perdana Menteri oleh ahli-ahli UMNO yang tidak dikongkong oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan orang-orang luar UMNO berbanding Najib. Bekas Perdana Menteri itu juga menyatakan keyakinannya Abdullah akan memanipulasi mesyuarat Agung UMNO Disember ini agar ahli-ahli UMNO mengundi calon pilihannya.

Nota: Sudah tiba masanya ahli2 UMNO menunjukkan siapakah yang lebih berkuasa - Paklah atau akar umbi. Jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO bukanlah jawatan yang boleh diwariskan kepada sesiapa yang dikehendaki presidennya. Tetapi penyandang kedua2 jawatan tertinggi tersebut perlu mendapat restu dan mandat daripada semua ahli2 UMNO. Kepada ahli2 UMNO, keputusan yang anda buat sekarang akan memberi kesan kepada bangsa Melayu pada masa hadapan. Berfikirlah dengan rasional dan bijak demi survival ketuanan Melayu dan kedaulatan Islam.

2 comments:

  1. Assalamualaikum,

    Den setuju dan rasa TIDAK ada salahnya jawatan Presiden dan Timbalannya dipertandingkan.

    UMNO mesti akur pada kuasa akar umbi. Selama ini survival UMNO adalah team work dan yang akar umbi memainkan peranan yang amat penting dari pasang sepanduk, panjat tiang, ceramah rumah ke rumah yang tidak dapat dipertikaikan.

    Memang pemimpin amat penting tetapi bagilah akar umbi juga peluang menentukan siapa Pemimpin yang layak memimpin mereka. WaAllahuAlam.

    ReplyDelete
  2. setuju dgn melayuangkat. harap ada bahagian umno yang akan mencalonkan sesiapa untuk bertanding melawan najib dan paklah.

    ReplyDelete

Blog Archive