Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Wednesday, December 17, 2008

YANG MANA SATU???

Memetik tajuk keratan akhbar:PPSMI: Tujuh opsyen** dihalusi

**Apa kita ni sudah ketandusan perkataan dalam bahasa Melayu ke?

'Opsyen lain ialah menggunakan bahasa Melayu atau bahasa ibunda di sekolah rendah dan digunakan sepenuhnya di sekolah menengah selain penggunaan bahasa pengantar untuk Sains dan Matematik ditentukan oleh sekolah. ''Opsyen turut menyentuh penggunaan bahasa Melayu atau bahasa ibunda di tahun satu hingga tiga, penggunaan dwibahasa pada tahun empat hingga enam dan penggunaan bahasa Inggeris sepenuhnya di sekolah menengah dan memansuhkan mata pelajaran Sains di peringkat tahun satu hingga tiga tetapi mengajar ilmu Sains dalam mata pelajaran lain.

Membaca pilihan2 yang dinyatakan di atas, saya agak keliru memikirkan apakah isu sebenar yang timbul dalam pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik ini. Apakah matlamat akhir yang ingin dicapai oleh pihak kerajaan sebenarnya? Apakah di peringkat Kementerian mereka sudah ketandusan pakar2 untuk membuat kajian lapangan bagi mengenal pasti masalah sebenar sebelum membuka peluang kepada pihak2 lain untuk memberikan cadangan?

2 comments:

  1. yang jadi menteri pelajaran tu hishamudi...so what do you expect?? Nothing much...bengap...cakap pun gagap...

    ReplyDelete
  2. kecuali mahathir, sapo pun yg jadi menteri pelajaran kat mesia ni mmg lembab.

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive