Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Saturday, December 27, 2008

Siapa punya idea ni? Tak praktikal langsung!

Petang tadi aku ke kedai accessories kereta kat jalan Rahang. Hajat hati tu nak pasang tinted kat tingkap kereta aku. Sesampainya aku kat situ, ada dua pelanggan lelaki yang sibuk memilih set talipinggang untuk dipasang di tempat duduk belakang kereta masing-masing daripada sebuah kotak yang penuh dengan berbagai-bagai jenis talipinggang. Aku pun sempat la berbual-bual dengan kedua-dua brader tu. Masing-masing mengeluh kerana merasa polisi pemakaian talipinggang belakang kereta adalah sesuatu yang tidak begitu praktikal. Apa taknya, brader tu aku tengok sorang pakai Iswara dan sorang lagi pakai Kancil lama dan daripada cerita mereka, anak masing-masing ade 4-5 orang. Jadi logik ke kalo mereka nak kena pasang 5 tali pinggang kat belakang kereta tu? Pakai otak laa sikit. Berapa ramai rakyat yang berpendapatan rendah yang akan mengundi dalam PRU ke 13 nanti? Rata-ratanya merasakan undang-undang berkaitan pemakaian talipinggang tempat duduk belakang adalah sesuatu yang tidak begitu wajar di dalam keadaan ekonomi negara yang agak lembap serta bilangan anak yang agak ramai.

Kepada Ong Tee Keat, apa rasionalnya menguatkuasakan undang-undang pemakaian talipinggang tempat duduk belakang hanya sekadar berasaskan statistik kematian penumpang yang belum pasti kesahihannya? Tak payah laa nak ikut sangat peraturan yang diguna pakai di UK kerana bilangan anak-anak orang-orang putih tu takdelah seramai anak-anak orang Malaysia. Lagipun pendapatan perkapita orang UK dengan Malaysia berbeza. Kok ye pun nak menunjukkan kau tu ade idea yang bernas, sekurang-kurangnya fikirkanlah sama ada ianya praktikal atau tidak untuk diaplikasikan kepada rakyat di Malaysia. Janganlah sekadar untuk menguntungkan sesetengah pihak tertentu tanpa memikirkan akibat dan kesannya kepada rakyat yang akan menentukan halatuju kerajaan dalam PRU yang akan datang. Lu pikir la sendiri...

3 comments:

  1. Assalamualaikum Anakku,

    Bagi Mak Cik APA PUN untuk keselamatan Umum itu baik. Baik untuk kita semua terutamanya sekarang kadar kemalangan jalan raya di Malaysia ini amat tinggi.

    CUMA, mungkin pihak berwajib patut beri tempoh lagi pada pengguna tidak perlulah hendak denda mendadak sebegitu.

    Kalau kita semua amati, rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu kurang prihatin akan aspek keselamatan semasa menaiki kenderaan mereka. Kita lihat betapa kereta2 tidak diservice atau dijaga dengan baik untuk perjalanan jauh.

    Mereka selalu bawa penumpang lebih muatan. Saya sendiri tidak terkecuali. Kalau start saja engine kereta, semua cucu cucu saudara hendak ikut. Kalau tak bawa Mak atau nenek mereka kecil hati. Kalau bawa dah penuh macam sardine. Jadi tak payah pergilah, sebab kita bimbang kalau dah padat sangat,kalau apa apa terjadi padah.

    Biarlah kita sokong penggunanan tali pinggang keledar di tempat duduk belakang kereta untuk jangka panjang dan keselesaan penumpang jalan raya. Mula mula saja kita rasa janggal memakainya, lama lama besok, insyaAllah terbiasalah.

    WaAllahuAlam.

    ReplyDelete
  2. memang la bagus kempen pakai tali pinggang keledar belakang untuk keselamatan penumpang....tapi banyak perkara yang saya jauh lebih perlu diberikan perhatian dalam memastikan keselamatan pengguna jalan raya/ lebuh raya di Malaysia ni...

    Bagi saya yang paling utama sekali ialah keadaan jalan itu sendiri yang mana merupakan faktor utama juga dalam memastikan keselamatan selain daripada pemanduan berhemat oleh pengguna2.

    Kalau diamati, jalanraya2 di Malaysia ni sangat teruk kondisinya.Berlubang sana sini, jalan tidak rata, yang pastinya amat membahayakan pengguna2 semua.

    Mana janji2 pihak kerajaan yang konon nak naik taraf jalan2 kat mesia ni? Habis masuk poket pariya samy dan konco2 nya ke apa?
    Atau dok habis kat scomi? Atau dok habis beli bas rapid kl yang takder orang naik tuh?

    Kalau nak buat perbandingan di UK, di sana, maksimum penumpang yang boleh naik ialah 5/kereta. Kalau lebih, mereka perlu kereta kedua.Di sana, untuk mendapatkan kereta kedua bukan satu masalah sangat kerana nilai kereta yang murah dan kemampuan rakyat mereka juga lebih tinggi daripada rakyat di Malaysia.

    Sewajarnya, pihak kerajaan ni belajar2 la sikit buat kajian lapangan. Tengok dulu keadaan individu dan isi rumahnya, pendapatan sebulan, keperluan seharian, dsb...takkan itu pun blogger nak kena ajar jugak...otak campak mana?

    ReplyDelete
  3. Saya setuju pandanga kedua2 diatas. Saya sgt bersetuju pemakaian tali pinggang dibelakang kerana itu untuk keselamatan. Bagaimanapun saya juga setuju bahawa rata2 penduduk malaysia berkeluarga besar dan tidak mampu membeli 2 kereta. Jadi harap kerajaan tidak kuatkuasakan tindakan saman kerana tidak pakai talipinggang keledar. Itu memadai. Galak pemakaian untuk keselamatan tetapi tidak menyaman bagi mereka berpendapatan rendah yg akan membebankan.

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive