Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Tuesday, December 2, 2008

Wanita Melayu Yang Hebat

Teruja betul aku bila tengok wanita-wanita Melayu kini semakin berani. Tapi jangan salah sangka..bukan aku nak cerita bab wanita berani membela bangsa atau wanita yang memerah keringat mempertahankan agama. Aku nak cerita tentang wanita Melayu yang berani bercerita sahaja. Terutamanya yang berani bercerita dalam blog masing-masing. Bertambah kagum lagi bila aku baca ayat-ayat begini;

"Nie citer last friday on(14th noV).. Location: Lake view club,Subang. Kami buat sesuka ati ja tanpa nk control2 nie.. well.. semo pic kt bwh nie mgambarkn how enjoy n fun we had..." (Ada la ditunjukkan beberapa gambar yang segan skit nak tengok + mabuk laut).

"Kak... mai dengan hubby dia dalam pukul 10pm mcm tu laa... so dinner sesama kat HRC, tapi aku tak mkn bnyk laa kann, sebelum tu dah order room service... kenyang lagik..." (Sambil ditunjukkan beberapa gambar mereka berdansa riang laki bini.).

"Arghhh...rindunya kat my hubby..kena outstation pulak dia. Lama plak tu dia pegi. So malam tadi i ajak Nep teman i pegi clubbing. Lama dah tak ke kelab dalam 4-5 bulan sebab my hubby ada rumah dan dia tak suka sangat clubbing ni." (Ditunjukkan beberapa gambar si wanita dengan Nep (jantan) yang tengah sehati berdansa. Laki dia tahu ke?).

Cukuplah beberapa keratan dialoq kat atas ni. Aku malas nak upload gambar-gambar dari blog mereka, korang cari la sendiri. Lagipun kalo aku tunjuk gambar-gambar tu nanti mau terbeliak mata Atok Keronai menengoknya. Sungguh berani wanita Melayu sekarang? Mereka bukan sahaja berani membuka pekung sendiri, malah berani juga berkongsi gambar-gambar peribadi di internet untuk tatapan dunia. Tahniah Wanita Melayu!

3 comments:

  1. LAAA, PO PLAK KONO MONGONO EH NGAN ATOK PLAK. TAPI KOK ADO TU NAK YO NENGOK CAM NO RUPO EH

    ReplyDelete
  2. apa nama blog ehh..aku nak tau gak...entah betul ke tidak..ke saje nak sensasi kan blog paneh miang nih...

    ReplyDelete
  3. wanita melayu mmg hebat..tapi hebat lagi lelaki melayu...org lelaki ni akalnya byk tapi penggunaannya sikit..kalu org lelaki tak bersetuju, tak der la jadi apapun..iman kena kuat

    ReplyDelete

Blog Archive